Faculty of Accountancy, Perlis Branch

Faculty of Accountancy, Perlis Branch First faculty introduced at Universiti Teknologi MARA, Perlis Branch in 1974.

21/08/2026

Seluruh warga Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Marjan binti Mohd Noor C.A.(M), Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan, atas lantikan sebagai Penceramah Program Study Smart Menuju Kecemerlangan SPM 2026, anjuran Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Perlis yang berlangsung di SMK Agama Jerlun, Kedah.

Semoga perkongsian ilmu, pengalaman dan inspirasi yang disampaikan dapat menyuntik semangat serta meningkatkan keyakinan para pelajar dalam menghadapi SPM 2026.

Tahniah Dr Marjan!
Teruskan menyebar ilmu, memberi inspirasi dan membawa nama Fakulti Perakaunan dengan penuh kecemerlangan.

Daripada:
Warga Fakulti Perakaunan
UiTM Cawangan Perlis





16/08/2026

HEBAHAN KEPUTUSAN & SEMAKAN SURAT TAWARAN KE PROGRAM PROFESIONAL PERAKAUNAN ASAS FIA (ACCA UK) AC151 SESI 1 2026/2027

📌 Hebahan keputusan permohonan ke Program Profesional Perakaunan
The Association of Chartered Certified Acountants (ACCA) (UK) (AC151) Sesi 1 2026/2027 (Kemasukan Oktober 2026) boleh disemak mulai:-

📅 Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 05:00 petang
🌐 Pautan: pengambilan.uitm.edu.my

✅ Setuju Terima Tawaran & Pendaftaran Dalam Talian
Calon yang berjaya hendaklah membuat Setuju Terima Tawaran dan Pendaftaran Online dalam tempoh berikut:

🗓️ 15 OGOS hingga 23 OGOS 2026 [PENTING!]

Sila baca Surat Tawaran & Manual Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.

15/08/2026

Seluruh warga Fakulti mengucapkan tahniah kepada Puan Nor Kartini atas lantikan beliau sebagai ahli panel Mock Interview 4.0 Tahun 2026, program anjuran SMK Agama (P) Alawiyah, Kangar, Perlis ini berlangsung pada 15 Ogos 2026, melibatkan pelajar dalam bidang Ekonomi dan Perakaunan.

Sesi Mock Interview ini menjadi ruang bermakna untuk membantu pelajar mengenali potensi diri, memahami hala tuju selepas SPM 2026, serta meningkatkan kesiapsiagaan mereka dalam merancang pengajian dan membina haluan kerjaya masa hadapan.

Semoga perkongsian ilmu, pengalaman dan panduan yang diberikan menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk melangkah dengan lebih yakin dalam menentukan masa depan mereka.






07/08/2026

Shaping Agile Accounting Professionals for the Digital Future.






31/07/2026

Bersama kita mendidik. Bersama kita membimbing. Bersama kita membentuk masa depan. Terima kasih kepada seluruh warga pensyarah atas dedikasi yang luar biasa. Kejayaan pelajar adalah kebanggaan kita bersama.



21/07/2026

10 Petikan Inspirasi Naib Canselor UiTM yang Wajar Dihayati
Bicarawara Strategi Siri 3/2026 Anjuran Pejabat Transformasi Universiti dengan kerjasama PTAR UiTM Shah

Setiap kata membawa makna. Setiap pemikiran mencorakkan masa hadapan.

Sempena Bicarawara Strategi Siri 3/2026, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, FASc, Naib Canselor UiTM telah berkongsi pelbagai pandangan strategik yang menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti.

Antara intipati yang paling memberi kesan ialah:
✨ "Kita bukan sekadar mahu kekal relevan. Kita mesti melangkaui kerelevanan."
✨ "High Impact bukan apa yang kita lakukan. High Impact ialah apa yang masyarakat rasakan."
✨ "Ownership bermaksud kita tidak menunggu arahan untuk menyumbang."
✨ "Modal terbesar UiTM ialah manusia yang ada di dalamnya."
✨ "It’s not about resources, it’s about being resourceful."

Petikan-petikan ini bukan sekadar kata-kata motivasi, malah menjadi panduan dalam membina budaya kerja berprestasi tinggi, memperkukuh semangat kepimpinan serta memacu transformasi UiTM ke arah kecemerlangan yang lebih bermakna.

Mari kita hayati dan jadikan setiap petikan ini sebagai inspirasi dalam melaksanakan amanah serta menyumbang kepada kecemerlangan universiti.










21/07/2026

10/07/2026

Address

Arau
02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049882520

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faculty of Accountancy, Perlis Branch posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Faculty of Accountancy, Perlis Branch:

Shortcuts

Share