Academic Management Centre Universiti Malaysia Perlis

Academic Management Centre Universiti Malaysia Perlis Welcome to the official Academic Management Centre (AMC) page! 🎉 Get the latest updates and news related to academic management at UniMAP.

Like, Follow & Share to stay informed! We value your support and feedback.

Salam Aidil Adha | 10 Zulhijah 1447H
26/05/2026

Salam Aidil Adha | 10 Zulhijah 1447H

21/05/2026

NANTIKAN ❗️
❗️ESOK❗️

📣 Perhatian adik-adik lepasan SPM!

Debaran penantian bakal berakhir apabila keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi bagi Sesi Akademik 2026/2027 mula diumumkan ESOK❗️🥰

🗓️ 22 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ Bermula jam 12.00 tengah hari

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang diimpikan buat semua calon ✨

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Aminuddin Hassim
BKPA UPU



07/05/2026
Pusat Pengurusan Akademik, UniMAP dengan kerjasama Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor/ Rektor (Akademik & Anta...
19/12/2025

Pusat Pengurusan Akademik, UniMAP dengan kerjasama Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor/ Rektor (Akademik & Antarabangsa) (JKTNCRA) Universiti Awam (UA) telah menganjurkan Bengkel Kaji Selidik Keberkesanan Program Akademik Anjal (PAA) dan Pengurangan Tempoh Pengajian (PTP) pada 9 Disember 2025 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar.

Bengkel ini menghimpunkan wakil pengurusan akademik dari 20 Universiti Awam bagi membincangkan dapatan kaji selidik PAA, termasuk keberkesanan pembelajaran fleksibel, implikasi pemendekan tempoh pengajian serta penambahbaikan dasar bagi kesejahteraan mahasiswa dan kesiapsiagaan graduan.

Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh pelaksanaan PAA dan PTP serta meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara.

*Bengkel Engagement Work-Based Learning (WBL) GITC Bersama MTUN, POLYCC & PERKESO*Government-Industry TVET Coordination ...
25/10/2025

*Bengkel Engagement Work-Based Learning (WBL) GITC Bersama MTUN, POLYCC & PERKESO*

Government-Industry TVET Coordination Body (GITC) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Akademik (UniMAP) melalui Bahagian Pengurusan Dasar TVET (TPMD), telah menganjurkan Program Pemerkasaan Work-Based Learning (WBL) pada:

Tarikh : 22 Oktober 2025 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Senat, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam UniMAP

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif GITC, Tn. Hj. Br. Jamil B. Bakri bersama delegasi GITC, ahli Council of Experts (CoExp), Ketua Jabatan, Pengerusi Rancangan Program, Penyelaras WBL Program Sarjana Muda Teknologi serta para pelajar yang bakal mengikuti WBL. Majlis ini turut disempurnakan dengan perasmian oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Shukry bin Abdul Majid, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UniMAP.

Melalui bengkel ini, para peserta dapat:
- Memperkukuh kerjasama institusi TVET dengan industri melalui program WBL.
- Memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan penempatan Latihan industri secara terus.
- Memperkenalkan skim perlindungan sosial PERKESO bagi peserta WBL.
- Berkongsi ilmu dan pengalaman melalui Council of Experts (CoExp) mengikut zon.

Seusai majlis, delegasi GITC bersama wakil industri telah melakukan kunjungan hormat kepada Naib Canselor, YBhg. Dato’ Prof. Ts. Dr. Zaliman bin Sauli bagi memperkukuh jaringan kerjasama strategik universiti–industri ke arah pemerkasaan pelaksanaan Work-Based Learning (WBL) di UniMAP.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas komitmen dalam menjayakan bengkel ini. Semoga hasil usaha ini memberi impak positif kepada pembangunan akademik dan pembelajaran sepanjang hayat di universiti.

First Bachelor's Degree in the TVET Accounting programme..Join us today!
15/09/2025

First Bachelor's Degree in the TVET Accounting programme..Join us today!

Bengkel Pembangunan Self-Instructional Materials (SIM) bagi Kursus Micro-Credentials (Akademik)Pusat Pengurusan Akademik...
28/08/2025

Bengkel Pembangunan Self-Instructional Materials (SIM) bagi Kursus Micro-Credentials (Akademik)

Pusat Pengurusan Akademik melalui Bahagian Pendidikan Fleksibel (FED) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan SIM pada:
📅 21 Ogos 2025 (Khamis)
🕘 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Bilik Inspirasi, Aras Bawah, FKTE

Seramai 17 orang pensyarah telah hadir dalam sesi ini yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hanafi Bin Mat Som, Timbalan Pengarah (Kelestarian Pembelajaran), Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan Lestari selaku penceramah.

✨ Melalui bengkel ini, para peserta dapat:
✅ Memahami garis panduan, format dan ciri utama SIM untuk program Micro-Credentials (Akademik).
✅ Menyediakan SIM lengkap bagi minggu pertama pembelajaran atau satu modul pembelajaran.
✅ Menyumbang kepada pembangunan kursus Micro-Credentials universiti yang lebih berkualiti, relevan dengan industri dan menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

Terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah yang terlibat atas komitmen dalam menjayakan bengkel ini. Semoga hasil usaha ini memberi impak positif kepada pembangunan akademik dan pembelajaran sepanjang hayat di universiti.

Address

Academic Management Centre, Universiti Malaysia Perlis, Level 3, Tuanku Syed Sirajuddin Chancellery, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra
Arau
02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049414065

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Academic Management Centre Universiti Malaysia Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Academic Management Centre Universiti Malaysia Perlis:

Shortcuts

Share