06/06/2024
Berikut merupakan fakta-fakta tentang air soya...
Welcome to the page for UNIMAP student assignments for Project Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM).
06/06/2024
Berikut merupakan fakta-fakta tentang air soya...
05/06/2024
Jangan lupa untuk ikuti kami juga di platform Tiktok 😊🙏
https://www.tiktok.com/?_t=8mw6NqxuVQG&_r=1
AZAZRA SOYA
# Unimap
02/06/2024
Mitos-mitos Soya
Ramai masyarakat di luar sana yang takut untuk mengambil soya kerana terpengaruh dengan mitos tentang kadar bahaya soya.
1. Soya Mengurangkan Maskuliniti Lelaki
Ini tidak benar. Kacang soya mempunyai komponen yang dinamakan phytoestrogen dan ia didapati boleh mengganggu kesuburan untuk seekor tikus. Namun begitu, kajian dibuat telah membuktikan phytoestrogen hanya mengganggu kesuburan tikus jantan dan tiada apa-apa kaitan dengan manusia lelaki.
Terdapat kes perubahan hormon pada lelaki yang berpunca daripada pengambilan soya yang terlalu tinggi dan ini hanya perlu dirawat dengan mengurangkan pengambilan soya.
Oleh itu para lelaki jangan takut untuk minum atau makan makanan berasaskan soya, kacang soya tidak mengganggu hormon testosteron anda dan tiada bukti soya akan mengurangkan maskuliniti anda.
2. Soya Menyebabkan Kanser Payudara
Seperti yang dijelaskan di bahagian atas, soya tidak menyebabkan kanser payudara, sebaliknya boleh mengurangkan risiko kanser payudara.
3. Soya Menyebabkan Kanser Prostat
Tuduhan terhadap soya ini juga tidak benar. Soya sebenarnya mampu mengurangkan risiko kanser prostat. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa meminum air soya dapat menurunkan paras PSA (prostate-specific antigen).
4. Soya Mengganggu Fungsi Tiroid
Soya hanya boleh mengganggu fungsi tiroid individu yang menghidapi hipotiroid subklinikal sahaja, dan hanya dos phytoestrogen soya yang sangat tinggi akan membuatkan pesakit hipotiroid subklinikal menjadi hipotiroid klinikal. Oleh itu, mereka yang tiada penyakit ini tidak perlu risau untuk menikmati hidangan berasaskan soya.
Untuk informasi kebih lanjut boleh layari artikel di bawah :-
Artikel : Asyraf, H. (2024, April 8). Ketahui Manfaat Soya. Benarkah Soya Membahayakan Kesihatan? https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/nutrisi/khasiat-makanan/khasiat-soya
AZRA SOYA
01/06/2024
Kebaikan Soya
1. Mengelakkan Osteoporosis
2. Kanser Payudara
3. Kencing Manis
4. Kolesterol
5. Obesiti
Untuk informasi kebih lanjut boleh layari artikel di bawah :-
Artikel : Asyraf, H. (2024, April 8). Ketahui Manfaat Soya. Benarkah Soya Membahayakan Kesihatan? https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/nutrisi/khasiat-makanan/khasiat-soya
AZRA SOYA
26/05/2024
PERJUMPAAN BERSAMA PENSYARAH
Tarikh : 21 Mei 2024
Masa : 5.00 petang
Tempat : Google Meet
Sesi perjumpaan bersama pensyarah ini diadakan ialah untuk kami berkongsi mengenai informasi atau input yang dapat sepanjang sesi temuduga dijalankan antara pihak kami bersama pihak industri iaitu Azra Soya.
Hampa jangan lupa singgah na beli ayaq soya dekat Azra Soya. Depa ada berdekatan dengan Taman Fauziah, Kangar ( Berhadapan TNB Kangar). Panas-panas pekena ayaq soya yang sejuk lagi apa nak kata na. Jom pakat-pakat cuba rasa Air soya Azra.
AZRA SOYA
Hampa video penuh kami dah upload dah ni, jangan lupa untuk singgah beli air soya dekat azra soya berdekatan Taman Senan Indah, Kangar. Azra Soya dah beroperasi dah di kedai yang baru. Pakat-pakat cuba na 😁
AZRA SOYA
Stay tuned guys for the full video on this page 😁😁
06/05/2024
SESI TEMU RAMAH BERSAMA PIHAK INDUSTRI BIL. 2
Tarikh : 5 Mei 2024
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Kangar , Perlis
Alhamdulillah, Untuk sesi ini kami dapat berjumpa dengan anak kepada pengasas Azra Soya iaitu Encik Farhan. Pada perjumpaan kali ini kami temu ramah berkenaan dengan pemasaran digital bagi pihak Azra Soya dari segi media sosial yang dimiliki oleh pihak industri tersebut dan lain-lain lagi. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada encik farhan kerana sudi berpeluang untuk berkongsi sedikit info berkaitan dengan pemasaran digital yang diterapkan dalam industri Azra Soya.
06/05/2024
SESI TEMU RAMAH BERSAMA PIHAK INDUSTRI BIL. 2
Tarikh : 5 Mei 2024
Masa : 2.00 Petang
Tempat : kangar , Perlis
Alhamdulillah, Untuk sesi ini kami dapat berjumpa dengan anak kepada pengasas Azra Soya iaitu Encik Farhan. Pada perjumpaan kali ini kami temu ramah berkenaan dengan pemasaran digital bagi pihak Azra Soya dari segi media sosial yang dimiliki oleh pihak industri tersebut dan lain-lain lagi. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada encik farhan kerana sudi berpeluang untuk berkongsi sedikit info berkaitan dengan pemasaran digital yang diterapkan dalam industri Azra Soya.
27/04/2024
SESI TEMU RAMAH BERSAMA PIHAK INDUSTRI BIL. 1
Tarikh : 27 April 2024
Masa : 3.15 Petang
Tempat : Jejawi , Perlis
Alhamdulillah, pihak kami telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Azra Soya. Pada pertemuan ini kami berjumpa dengan pengasasnya atau pemilik kepada Azra Soya iaitu Encik Ku Azizan. Semasa berlangsungnya sesi temu ramah ini banyak perkongsian yang telah diberikan oleh beliau antaranya ialah serba sedikit latar belakang mengenai penubuhan perniagaan tersebut dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh beliau semasa mengendalikan perniagaan ini.