26/09/2025
📚 40 Hadis Motivasi Untuk Berakhlak Mulia
Hadis 1: 𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗞𝗘 𝗦𝗬𝗨𝗥𝗚𝗔 🌱
Rasulullah SAW bersabda:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوْا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ
Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambungkan silaturrahim, dan solatlah di waktu malam ketika orang lain sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” (HR Ibnu Majah(3251) Sahih)
Allah SWT menciptakan dan menghidupkan manusia di dunia ini dengan suatu tujuan iaitu agar mereka beribadah dan mengabdikan diri hanya kepada-Nya. Hal ini sebagaimana firman Allah swt:
وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” (QS. Az-Dzariyat:56)
Ketika mana manusia beribadah kepada Allah swt, ada syarat yang harus dipenuhi agar amal ibadah mereka diterima oleh Allah swt. Antara syarat tersebut ialah ikhlas dan ittiba' (sesuai dengan apa yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW). [Lihat Tafsir Ibnu Katsir terhadap surah al-kahfi ayat 110]
Semua amalan yang dilakukan oleh manusia akan diberi balasan oleh Allah SWT. Dan Pengakhiran bagi tempat balasan tersebut hanyalah terhenti pada 2 tempat sahaja iaitu sama ada di Syurga atau di Neraka.
Bagi mereka yang banyak melakukan kebaikan dan beramal soleh maka balasannya Syurga manakala bagi mereka yang s**a dan kerap melakukan maksiat,dosa dan kesalahan maka balasannya ditempatkan di neraka.
Apabila ditanya, kita mahu ke mana? Sudah tentu kita inginkan untuk ke Syurga Allah SWT kerana itulah tempat dambaan seluruh manusia, tempat yang penuh dengan kenikmatan.
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadith qudsi:
قَالَ اللَّهُ تعالى: أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي الصَّالِحِينَ، مَا لَا عَيْنٌ رَأَتْ، وَلَا أُذُنٌ سَمِعَتْ، وَلَا خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ
Maksudnya: Allah SWT berfirman "Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh telinga, dan belum pernah p**a terdetik dalam jantung hati manusia’." (HR al-Bukhari 4328)
Mendengarkan hal ini, sudah tentu akan membuat hati kita semakin teringin untuk memasuki Syurga Allah SWT.🥹
Seterusnya, Nabi SAW sebagai pembawa risalah wahyu daripada Allah SWT telah mengkhabarkan dan menunjukkan kepada kita jalan-jalan serta amalan-amalan yang dapat memasukkan kita ke Syurga Allah SWT.
Ada banyak amalan yang telah ditunjukkan oleh Nabi, antaranya seperti mana yang disebutkan dalam hadith tersebut iaitu sebarkan salam, beri makan, sambung silaturahim dan solat malam Ketika mana manusia sedang tidur.
1.𝑺𝒆𝒃𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒍𝒂𝒎
Menyebarkan salam antara salah satu perkara yang dapat mengeratkan tali persaudaraan dan menunjukkan indahnya akhlak islam. Salam ditujukan kepada setiap muslim baik yang dikenal mahupun tidak. Memulakan salam hukumnya sunnah manakala menjawabnya adalah wajib (Rujuk surah an-Nisa:86)
Antara lafaz salam yang dianjurkan:
* السلام عليكم (Assalamualaikum)
* السلام عليكم ورحمة الله (Assalamualaikum Warahmatullah)
* السلام عليكم ورحمة الله وبركاته (Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh)
2. 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒂𝒎𝒃𝒖𝒏𝒈 𝒔𝒊𝒍𝒂𝒕𝒖𝒓𝒂𝒉𝒊𝒎
Kita dituntut untuk menyambung hubungan silaturahim terhadap kerabat yang dekat ataupun yang jauh. Allah SWT memuji orang yang melakukannya (Rujuk QS. Ar-Ra’d:21) dan sebaliknya mencela orang yang memutuskan silaturahim sebagaimana dalam firmanNya:
وَٱلَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ ٱللَّهِ مِنۢ بَعْدِ مِيثَـٰقِهِۦ وَيَقْطَعُونَ مَآ أَمَرَ ٱللَّهُ بِهِۦٓ أَن يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِى ٱلْأَرْضِ ۙ أُو۟لَـٰٓئِكَ لَهُمُ ٱللَّعْنَةُ وَلَهُمْ سُوٓءُ ٱلدَّارِ
“Dan (sebaliknya) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka p**a membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, - mereka itu beroleh laknat, dan mereka p**a beroleh balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya”. (QS.ar-Ra’d: 25)
3. "𝑫𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒌𝒂𝒏"
Maksudnya mengeluarkan infak yang wajib dan sunnah, memberi makan kepada fakir miskin dan kepada mereka yang memerlukan. Allah SWT menyebutkan bahawa antara sikap ahli Syurga itu ialah s**a memberi makan kepada orang miskin. Firman Allah SWT:
وَيُطْعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسْكِينًۭا وَيَتِيمًۭا وَأَسِيرًا
“Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan dis**ainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang Tawanan,” (QS.al-Insan: 8)
4. 𝑺𝒐𝒍𝒂𝒕 𝒎𝒂𝒍𝒂𝒎
Rajin solat malam antara perkara yang dapat mengantar kita ke Syurga. Solat malam juga mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ia merupakan antara solat terbaik selepas solat fardhu. Sabda Nabi SAW:
"أفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل"
“Solat sunnah utama selepas solat fardhu adalah solat malam” (HR Muslim.1163)
Allah SWT menyebutkan dalam al-Quran bahawa antara sifat penghuni Syurga itu ialah mereka yang sering dan rajin melakukan solat malam dan bertahajjud
Allah SWT berfirman:
كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) p**a, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). [QS.Adz-Dzariyat.17-18]
Kesimp**annya, marilah kita cuba mengamalkan 4 perkara ini. Semoga dengan beramal dengannya kita dapat menjejakkan kaki ke Syurga Allah SWT dengan sejahtera dan selamat.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَسْتَجِيْرُ بِكَ مِنَ النَّارِ
Maksudnya: Ya Allah sesungguhnya aku memohon syurgaMu dan aku meminta denganMu menjauhi neraka. (HR al-Tirmidhi(2572)
Link download ebook:
https://drive.google.com/file/d/1_ThXyw7QqLss-p4021MpIwfkopUKVbpQ/view?usp=drivesdk
𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗡𝗡𝗔𝗛 𝗨𝗻𝗶𝗦𝗜𝗥𝗔𝗝
”𝑨𝒍 𝑸𝒖𝒓’𝒂𝒏 𝑫𝒊𝒋𝒖𝒏𝒋𝒖𝒏𝒈, 𝑨𝒍 𝑺𝒖𝒏𝒏𝒂𝒉 𝑫𝒊𝒔𝒂𝒏𝒋𝒖𝒏𝒈.”