Labeyla Academy

Labeyla Academy

Share

The academy specialized on online business technology sharing and solution.

29/10/2024

Buat draf lukisan kedai yang asas. Esok nak double confirmkan ukuran.

Lepas dah finalized drawing kita close part kita dan gerak ke projek van p**ak.

Photos from Labeyla Academy's post 24/10/2024

Minggu lepas den bertugas di Port Dickson untuk perbentangan rancangan pemasaran pelajar Jabatan Perdagangnan Politeknik Port Dickson.

Program dari jam 8 pagi sampai 5 petang. Jumpa balik dengan kawan-kawan kat PoliPD.

Lunch dia torbaiks masak lomak ayam, ulam dan sambal belacan ... perghhh.

Lepas menilai perbentangan depa kita pun beri la sepatah dua tiga empat lima enam kata untuk anak-anak politeknik ni.

Terima kasih kepada Ketua Jabatan, Ketua Program dan pensyarah2 yang melayan kerenah den. Iyola dah kenal dari 2016 lagi, memang meriah ler bila lama tak jumpa.

12/05/2024

Dalam dok jual harumanis ni, adalah dapat panggilan untuk mengajar digital marketing untuk professional diploma di UTMSpace.

Apa cerita kita nak bawak. Kita bawak satu case study camna nak digitalkan perniagaan harumanis.

Mende dok buat, tengah fresh senang nak ajar dari hati.

Photos from Labeyla Academy's post 18/04/2024

2015, bini den memulakan projek harumanis kat rumah ni. La ni dah besau dah pokok harumanis dirumah tu.

Macam Perlis Hari Ini kata,

1. Suhu di Perlis ni panas.
2. Tanah di Perlis ni jenis berkapur.
3. Hat ni yang PENTING. Orang Perlis manis-manis. Asbab kemanisan orang Perlis dia terjangkit kat buah harum manis ni.

Order harum manis dah dibuka antara 19 April hingga 25 Apr.

Kami akan mula hantar ke yang order tu pada 28 Apr.

Setakat ni order yang masuk dah 8 kotak dah iaitu 24 kg.

Nak maklumat lanjut, boleh tengok kat ruang komen.

Photos from Labeyla Academy's post 03/02/2024

Hari ni kami menerima Infaq dari seorang sahabat lama di Trengganu. Beliau telah menginfaqkan 1 unit komputer kepada anak tahfiz dan 1 komputer lagi dibeli dengan harga yang tersangatlah murah. Komputer All-In-One brand new bukan refurbish.

Kami ingin mengucapkan terima kasih dan semoga Allah murah rezeki kepada Yang Mulia Tengku Amdan pemilik https://www.facebook.com/iwhizztech serta semua staffnya di atas infaq kepada AQIS hari ini.

Unit komputer ini akan digunakan untuk anak-anak tahfiz belajar pendigitalan dakwah, kuliah online luar negara, dan juga programming.

Sijil insya allah di keluarkan oleh UTMSpace Sdn. Bhd. KLIEC dan Labeyla Academy dibawah program microcredential.

Photos from Labeyla Academy's post 03/02/2024

Tunda Video Sains Data
================
Hari ni dekat 4 jam dok kat stable kuda dengan anak tahfiz. Sambil tengok depa main memanah. Banyak jugak belajar pasai kuda ni. Bukan teruih naik je.

Mula2 kena tau, apa peralatan untuk berkuda. Den belajar apa tu saddle, briddle dan stirrup. Lepas tu belajar camna nak masuk stable depan dengan kuda, supaya kuda tak terkejut.

Lepas tu belajar camna nak groom kuda, supaya kuda selesa dengan kita. Belajar tu je depa hari ni nak kasi depa familar dengan step awal sebelum naik kuda.

Safety check sebelum mendekati kuda. Pergh banyak ilmu yang belajar hari ni. Memanah, depa belajar camna nak pasang tali busur, nak pegang busur camna. Jenis-jenis pegangan. Hari ni depa belajar memanah tembak target je dulu.

Tempat berkuda dan memanah ni tak jauh 20 minit je dari Arau. Kat kawasan kodiang.

Sebelum balik den usap kuda, kata nanti kita jumpa lagi untuk pembelajaran seterusnya.

Jurulatih p**ak, wakil Malaysia dalam pertandingan World Horse Back Archery selaku tenaga pengajar di AQIS.

Balik pun dah lambat, so kita tundalah sidang video mengajar Sains Data Python ke esok hari.

01/02/2024

Nukilan Coder Botak Dari Kampung Pida 3 Lama
================================

WordPress, Mobirise, Nicepage & Bootstrap Form, semua tu alat untuk pemudahcara programming. Semuanya menggunakan bahasa yang sama iaitu:

HTML5, CSS, JS. Manakala wordpress p**ak menggunakan php dan banyak js dalam code dia untuk mengeluarkan HTML5 dan css.

Wordpress ni agak robust, kerana dia ada framework sendiri, ada widget dan plugin. Orang yang bukan programming background, bila luang masa sikit akan dapat feel camna nak produce satu web.

Framework php p**a, ada banyak, antaranya codeigniter, laravel dan etc.

Den dah try semua, tapi buat from scratch jugak jadi pilihan. Melainkan kalau ada requirement khas dari pelanggan untuk guna wordpress ka, atau spesifik framework.

Satu framework yang den guna ialah dari opencart, dimana den ambik engine dia saja lepaih buat cam stail formula one, tambah ikut s**a hati.

Permintaan untuk landing page yang mudah la ni banyak. Aplikasi untuk landing page buat sendiri pun banyak. Tapi kalau ada yang kata 5 minit siap tu, marketing gimik je. Memang la siap 5 minit, tapi lepas tu tengok ada yang kena tambah tu ada yang kena tambah ni.

Sebabnya aplikasi yang produce website 5 minit pun pakai framework. Dia dah standard dah keluarkan yang basic. Kalau just nak tunjuk kat orang kita ada website lepas tu lepas setahun baru kita ingat kita ada website boleh lah amik yang 5 minit ni.

Tapi kalau perlukan kandungan web tu diupdate setiap hari. Website 5 minit bukan la penyelesaiannya. Nak tau penyelesaiannya, tanya la developer anda, depa akan bantu.

Gambar. Scratch build html5, php dan bahasa jawa ie javascript.

Photos from Labeyla Academy's post 01/02/2024

Kerja-kerja pendigitalan Akademi Al-Quran Imam Al-Syafiie, nampak dah stable dah. So kita sambung dengan kelas python kita. Den sharekan meme simple dia na.

Photos from Labeyla Academy's post 31/01/2024

Selayang Pandang Sesi Menyambut Pelajar Baru di AQIS. Esok kita mulakan sesi pengajian.

30/01/2024

Nota Kuliah Ustaz Ahmad Adnan la ni boleh didownload dari laman web aqis.com.my

Cara dia senang je. Kat page aqis tu ada butang download nota kuliah. Tekan butang tu, lepas tu pilih kategori yang aktif.

Dapat la skrin macam dalam gambar ni. Boleh baca teruih, nak download pun boleh.

Kalau nak infaq atas buku ni pun boleh. Ikutlah cara macamana pun. Janji dapat nota kuliah.

Esok je tinggal sebelum student mula pengajian di AQIS nih.

29/01/2024

Apa yang baru di AQIS
===============
Apa yang kami buat di laman web Akademi Al-Quran Imam Al-Syafiie ialah Web Content Management. Ianya sebahagian dari kursus microcredential in Web Content Management di Labeyla Academy.

Selain dari mengajar macamana nak buat web content management secara praktikal, kami mempraktiskan dalam kerja-kerja pendigitalan Akademi Al-Quran Imam Al-Syafiie.

Pelajar baru akan melapor diri pada hari rabu ini dan ini ialah apa yang baru di laman web AQIS. Koleksi nota kuliah Ustaz Ahmad Adnan. Boleh layari https://aqis.com.my/notakuliah.php untuk dapatkan nota kuliah ustaz secara percuma. Kalau nak infaq atas usaha menyediakan nota ini kami alu-alukan juga.

Laman ini akan diupdate setiap hari. 1 jam akan diperuntukkan untuk menjaga laman web ini. Insya allah Ilmu ini akan diperturunkan sedikit demi sedikit pada anak tahfiz dibawah program ko-kurikulum nanti.

Want your school to be the top-listed School/college in Arau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kampung Pida 3 Lama, Tambun Tulang
Arau
02600

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00