17/06/2026
16/6/2026- Persembahan Sempena Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baharu Diploma Sidang Akademik 2026/2027 Di Dewan Tuanku Canselori.
Pusat Kebudayaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Youtube channel of Pusat Kebudayaan (PKBU)
https://www.youtube.com/channel/UCrh2rb5vEEb3YT1s5HL3uvA?view_as=subscriber
17/06/2026
16/6/2026- Persembahan Sempena Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baharu Diploma Sidang Akademik 2026/2027 Di Dewan Tuanku Canselori.
17/06/2026
16/06/2026
15/6/2026 - Persiapan dan raptai sempena persembahan majlis Hari Apresiasi Dan Kebudayaan sempena Program Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baharu Diploma Sidang Akademik 2026/2027
15/06/2026
14/06/2026
Tahniah kepada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Perlis, kumpulan atas kejayaan mengungguli Pertandingan Busking Challenge (Akustik) MAKUM 2026 Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) di Batu Pahat, Johor.
Sebanyak 17 pasukan yang mewakili Universiti Awam dari seluruh Malaysia telah menyertai pertandingan ini
Sekalung tahniah dan penghargaan juga kepada jurulatih, pengurus pasukan serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pencapaian ini.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berkarya, mengangkat martabat seni dan mengharumkan nama universiti di persada yang lebih tinggi.
13/06/2026
13/6/2026 Day 1 - MSK Pelajar Baharu Diploma Sidang Akademik 2026/2027
/2027
04/06/2026
MOBILITY β GLOBAL CHALLENGES 2026
π Studio Pusat Kebudayaan UniMAP (PKBU)
π
3 β 5 Jun 2026
Seramai 15 orang peserta telah mengikuti sesi pembelajaran Tarian Ayam Didik oleh tenaga pengajar dari PKBU sempena program Mobility β Global Challenges 2026. Program ini bertujuan memperkenalkan warisan seni tari tradisional Malaysia serta memupuk apresiasi terhadap budaya tempatan di luar negara.
27/05/2026
π Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H π
Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan terus menyatukan kita dalam ukhuwah, seni dan budaya.
Ikhlas daripada
Pusat Kebudayaan UniMAP
23/05/2026
MAJLIS MALAM CITRAWARNA KUALA PERLIS 2026 FESTIVAL RAKYAT 3.0 SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KE-83 DYMM TUANKU RAJA PERLIS
π 22 Mei 2026 (Jumaat)
π 8.00 malam
π Dataran Lok 9, Kuala Perlis
Majlis Malam Citrawarna Kuala Perlis 2026 Festival Rakyat 3.0 telah berlangsung dengan penuh gemilang dan warna-warni di Dataran Lok 9, Kuala Perlis sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 DYMM Tuanku Raja Perlis.
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis telah berkenan berangkat mencemar duli ke majlis berkenaan. Turut berangkat ialah DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis bersama DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.
Turut hadir menyerikan majlis ialah YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis bersama YABhg. Isteri, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri, YBhg. Datoβ Mohd Yusri bin Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tuan Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah JKKN serta barisan kepimpinan tertinggi negeri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan wakil agensi kerajaan.
Penganjuran Malam Citrawarna Kuala Perlis 2026 merupakan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Perlis, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta Kementerian Belia dan Sukan dan dikelolakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis, Majlis Kebudayaan Negeri Perlis dan MT Sempadan Utara Enterprise.
Memasuki tahun ketiga penganjuran, program ini terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara acara utama pelancongan negeri, sekali gus menyokong Sambutan Tahun Melawat Perlis 2026.
DYMM Tuanku Raja Perlis turut berkenan menyempurnakan simbolik perasmian Malam Citrawarna Kuala Perlis 2026.
Majlis ini turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, pegawai kanan kerajaan, wakil jabatan, penduduk setempat, pengunjung serta urus setia yang bersama-sama memeriahkan sambutan penuh berprestij ini.
| Monday | 08:10 - 17:10 |
| Tuesday | 08:10 - 17:10 |
| Wednesday | 08:10 - 17:10 |
| Thursday | 08:10 - 17:10 |
| Friday | 08:10 - 17:10 |