Pusat Kebolehpasaran Graduan & Keusahawanan

Pusat Kebolehpasaran Graduan & Keusahawanan Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan
Universiti Malaysia Perlis

8 September 2026 | Bootcamp Phase 2 DICE 2026 - Industry Mentoring Session memberi peluang kepada para peserta untuk mem...
15/09/2026

8 September 2026 | Bootcamp Phase 2 DICE 2026 - Industry Mentoring Session memberi peluang kepada para peserta untuk membawa idea dan projek mereka ke tahap seterusnya menerusi Industry Mentoring Session bersama mentor industri. Sesi ini menjadi platform penting untuk peserta mendapatkan pandangan profesional, memperkemas konsep, mengukuhkan Proof of Concept (PoC) serta meningkatkan potensi inovasi ke arah penyelesaian yang lebih relevan dengan keperluan industri.

Program turut diperkasakan dengan Industry Talk: “Industri Rekabentuk dan Pengkomersialan” bersama Mr. Ismail bin Rosli, Director, Majlis Rekabentuk Malaysia, yang berkongsi perspektif industri berkaitan reka bentuk serta laluan pengkomersialan inovasi.

Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin kepada peserta untuk terus refine the idea, validate the solution and turn innovation into impact! All the best to our UniMAP teams in DICE 2026!

📣 PELUANG LATIHAN MySISWA JOB ON CAMPUS (JoC) @ UniMAP.PELATIH DIGITAL CREATIVE  UniMAP.CGEE UniMAP membuka peluang kepa...
13/07/2026

📣 PELUANG LATIHAN MySISWA JOB ON CAMPUS (JoC) @ UniMAP.PELATIH DIGITAL CREATIVE UniMAP.

CGEE UniMAP membuka peluang kepada pelajar yang kreatif dan berminat dalam reka bentuk grafik, media sosial serta pembangunan laman web untuk menyertai pasukan Digital Creative.

📧 Hantar resume dan portfolio (jika ada) ke:
[email protected]

📁 Borang permohonan dan maklumat lanjut:
https://drive.google.com/drive/folders/1As-QXUw_OytyrStZ0gA3TZmuhP74J2i3?usp=drive_link

📞 Sebarang pertanyaan:
Puan Rozila : 017-427 5700

🚀 Mohon sekarang! Tempat adalah terhad.

Setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Ts. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah atas pelantikan semula sebagai Timbalan Naib...
10/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Ts. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah atas pelantikan semula sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi tempoh 10 Julai 2026 hingga 9 Julai 2028.

Semoga terus cemerlang memimpin dan membawa kecemerlangan UniMAP ke tahap yang lebih tinggi.

Ikhlas daripada,
Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan (CGEE), UniMAP

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (UKM-CESMED) telah menganjurkan Simp...
26/06/2026

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (UKM-CESMED) telah menganjurkan Simposium Penutup bagi Program Innovative Studentpreneurs For Impactful & Resilient Enterprise (INSPIRE) bertempat di Hotel Zecon, Cheras Kuala Lumpur pada 22 hingga 23 Jun 2026.Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan seramai 117 usahawan siswa berjaya menjana jualan hampir RM400,000 menerusi Geran Pemula INSPIRE yang membuktikan potensi mahasiswa sebagai pemacu agenda keusahawanan negara.

Program (INSPIRE) ini adalah merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk memberi platform kepada pelajar untuk mempamer dan mengembangkan idea perniagaan mereka dalam Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta dapat membantu usahawan pelajar meningkatkan daya saing dalam dunia perniagaan sebenar yang memberi impak positif kepada ekonomi negara. Pasukan UniMAP telah diwakili oleh YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Zulkifli Bin Husin sebagai mentor dan juga tiga orang pelajar daripada fakulti (FKTEN/FKC). Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Bahagian (Perancangan Strategik), Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Encik Hazlan Abdul Hamid. Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi pemangkin kepada lebih ramai pelajar untuk melangkah ke dunia keusahawanan.

Sekumpulan lima (5) orang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam (FKTA), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...
14/06/2026

Sekumpulan lima (5) orang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam (FKTA), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diselia oleh Dr. Nor Faizah Bawadi telah terpilih menyertai Grand Showcase Program Impact Digital Community Tourism (IDCT) 2.0 di Summer Mall, Kota Samarahan, Sarawak. Lebih membanggakan, projek SIRANA berjaya meraih Pingat Gangsa (Bronze Medal) dalam pertandingan yang menghimpunkan 23 institusi pengajian tinggi dari seluruh Malaysia.

Program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ini mengetengahkan inisiatif berteraskan teknologi dan inovasi dalam memperkasa komuniti setempat.

Menerusi projek SIRANA (Sustainable Innovation for Rural Advancement through Nexus Alliance), UniMAP membantu komuniti pengusaha RLS Belacan Kuala Perlis memperkukuh pemasaran digital, penjenamaan produk, pembangunan kandungan kreatif serta pembangunan model keusahawanan sosial melalui Edutourism for Authentic Belacan Perlis. Pakej edutourism yang dibangunkan merangkumi pengalaman hands-on pembuatan belacan, penyediaan menu berasaskan belacan serta promosi digital yang melibatkan pelajar tempatan dan antarabangsa.

Semasa Grand Showcase IDCT 2.0, SIRANA UniMAP turut memperkenalkan keunikan produk dan menu berasaskan “garam belacan” yang mendapat sambutan sangat positif daripada pengunjung reruai. Inisiatif ini bukan sahaja membantu mempromosikan produk warisan negeri Perlis, malah membuka peluang baharu kepada komuniti untuk memperluaskan pasaran dan meningkatkan keterlihatan produk mereka.

Penyertaan ini membuktikan bahawa peranan universiti bukan sekadar melahirkan graduan berkualiti, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti melalui pemindahan ilmu, inovasi dan keusahawanan sosial. CGEE UniMAP akan terus komited memperkasa agenda kebolehpasaran graduan dan pembangunan komuniti dengan menghubungkan bakat mahasiswa kepada penyelesaian sebenar yang memberi impak kepada masyarakat. Kejayaan merangkul Pingat Gangsa dalam IDCT 2.0 turut membuktikan bahawa inovasi mahasiswa UniMAP mampu mengangkat produk tempatan, memperkasakan komuniti dan membawa nama UniMAP ke pentas nasional sebagai universiti yang sentiasa relevan dalam pembangunan masyarakat dan negara.

🎉 HARI PERTAMA NORTHERN INDUSTRIAL CAREER ENGAGEMENT (NICE) 2026 BERLANGSUNG DENGAN MERIAH! 🎉Alhamdulillah, hari pertama...
10/06/2026

🎉 HARI PERTAMA NORTHERN INDUSTRIAL CAREER ENGAGEMENT (NICE) 2026 BERLANGSUNG DENGAN MERIAH! 🎉

Alhamdulillah, hari pertama penganjuran Northern Industrial Career Engagement (NICE) 2026 yang berlangsung di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung yang terdiri daripada pelajar, graduan dan pencari kerja.

Karnival kerjaya berimpak tinggi ini menghimpunkan lebih 50 syarikat dan agensi daripada pelbagai sektor industri, sekali gus membuka akses kepada lebih 1,000 peluang pekerjaan dan latihan industri yang ditawarkan kepada para pengunjung.

Turut memeriahkan program, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP, telah meluangkan masa mengunjungi setiap reruai industri bagi bertemu secara langsung dengan wakil syarikat serta menyampaikan sijil penghargaan sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sokongan mereka dalam menjayakan agenda kebolehpasaran graduan UniMAP.

Penganjuran NICE 2026 membuktikan komitmen UniMAP dalam memperkukuh jaringan strategik antara universiti dan industri serta menyediakan platform terbaik kepada pelajar dan bakal graduan untuk meneroka peluang kerjaya, menjalani sesi temuduga terbuka, membina rangkaian profesional dan memahami kehendak sebenar industri.

📢 Masih belum terlambat!
CGEE UniMAP selaku penganjur menyeru seluruh warga UniMAP khususnya pelajar dan bakal graduan untuk mengambil peluang menghadiri hari kedua NICE 2026. Manfaatkan peluang yang masih berbaki untuk berinteraksi secara terus dengan majikan, mendapatkan maklumat kerjaya serta membuka ruang kepada peluang pekerjaan dan latihan industri yang ditawarkan.

Jangan tunggu peluang datang kepada anda, datang dan rebut peluang tersebut di NICE 2026!

09/06/2026
♻️✨ KARNIVAL KEUSAHAWANAN DAN KELESTARIAN (KKdK) 2026 BERLANGSUNG MERIAH DI UniMAP! ✨♻️Karnival Keusahawanan dan Kelesta...
09/06/2026

♻️✨ KARNIVAL KEUSAHAWANAN DAN KELESTARIAN (KKdK) 2026 BERLANGSUNG MERIAH DI UniMAP! ✨♻️

Karnival Keusahawanan dan Kelestarian (KKdK) 2026 telah berjaya menghimpunkan warga UniMAP bersama rakan-rakan strategik dalam usaha memperkasakan keusahawanan siswa serta membudayakan amalan kelestarian dan pengurusan sisa pepejal yang mampan.

🎤 Antara pengisian utama karnival ialah Forum “Sampah Jadi Duit: Siapa Kata Sampah Tak Bernilai?” yang menampilkan panel hebat terdiri daripada Tuan Shahhir (SWCorp Malaysia), Encik Rizam (E-Idaman Sdn. Bhd.), Puan Rosnani (Grass Malaysia) dan PM Ts. Dr. Irnis (UniMAP). Forum ini membuka mata peserta tentang potensi sisa sebagai sumber ekonomi melalui amalan ekonomi kitaran, selain memberi pendedahan mengenai pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) bagi kesalahan pembuangan sampah kecil.

🎉 Majlis Perasmian KKdK 2026 telah disempurnakan oleh Puan Ummi Kalthum Binti Shuib, Pengarah Bahagian Kewangan dan Bahagian Pendidikan Masyarakat, SWCorp Malaysia, mewakili Ketua Eksekutif SWCorp Malaysia. Turut hadir PM Ts. Dr. Che Zulzikrami Azner Abidin, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam (FKTA), UniMAP serta wakil-wakil daripada E-Idaman Sdn. Bhd. dan FAMA Negeri Perlis.

🌱 Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk jualan usahawan siswa, pameran agensi, kutipan minyak masak terpakai, Jualan Agro Madani dan aktiviti interaktif yang berjaya menarik penyertaan warga kampus.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada SWCorp Malaysia atas tajaan dan sokongan penuh yang diberikan. Tahniah juga kepada Jawatankuasa Lestari Siswa UniMAP selaku penganjur bersama Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan (CGEE), Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam (FKTA) serta Pusat Pengurusan Tenaga dan Kampus Lestari atas kejayaan menganjurkan program yang memberi impak besar kepada pembangunan keusahawanan dan kelestarian warga UniMAP.

09/06/2026

Graduan UniMAP Pilihan Utama Syarikat Multinasional

PAUH PUTRA: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengukuhkan reputasi sebagai institusi pilihan industri apabila graduannya sekali lagi diiktiraf sebagai pilihan utama syarikat multinasional (MNC).

Kejayaan itu juga menjadikan UniMAP satu-satunya universiti awam di Malaysia yang menerima Anugerah Kadar Graduan Pilihan MNC Tertinggi Tahun 2025.

Pengiktirafan tersebut sekali gus menyaksikan UniMAP mengekalkan pencapaian sebagai universiti pilihan syarikat multinasional bagi dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2024 dan 2025.

Ia seterusnya membuktikan tahap kepercayaan tinggi industri global terhadap kualiti, kompetensi dan kebolehpasaran graduan yang dilahirkan universiti ini.

Lebih membanggakan, UniMAP turut merekodkan kadar kebolehpasaran graduan (Graduate Employability, GE) sebanyak 99.3 peratus, sekali gus menerima Anugerah Kadar Bekerja Graduan Tertinggi Kategori Universiti Awam menerusi Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) Tahun 2025 yang diumumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Kejayaan berganda ini membuktikan bahawa graduan UniMAP bukan sahaja berjaya memperoleh pekerjaan selepas tamat pengajian malah menjadi antara bakat yang paling mendapat kepercayaan dan pilihan syarikat multinasional dalam pelbagai sektor industri berteknologi tinggi.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, pencapaian tersebut merupakan satu pengiktirafan besar kepada universiti dan membuktikan keberkesanan pendekatan pendidikan berteraskan industri yang dilaksanakan secara konsisten.

“Menjadi universiti yang melahirkan graduan pilihan utama syarikat multinasional selama dua tahun berturut-turut merupakan pencapaian yang amat membanggakan. Ia mencerminkan keyakinan tinggi industri terhadap kualiti graduan UniMAP serta keberkesanan kerjasama strategik yang dibina bersama pelbagai pemain industri.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : Utusan Malaysia
Teruskan Bersama Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.




Address

Aras 2, Bangunan Pusat Pengajian Siswazah, Kampus Pauh Putra, Universiti Malaysia
Arau
02600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kebolehpasaran Graduan & Keusahawanan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Kebolehpasaran Graduan & Keusahawanan:

Shortcuts

Share