21/01/2024
20.1.2024
Berakhirnya sesi taklimat kepada wakil-wakil Persatuan/NGO belia di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara (ROY) di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah. Kami mensasarkan lebih ramai lagi belia-belia di daerah Kota Star untuk menyertai Program SLDN bagi tahun 2024.
23/11/2023
23.11.2023
Batch Pertama Perantis seramai 21 orang telah berjaya menamatkan Peperiksaan Akhir SKM3 (Teori & Prestasi) di bawah Program SLDN hari ini. Peperiksaan ini telah diseliakan oleh Pegawai Penilaian Luar iaitu Encik TS. Yusri Bin Abd Rahman.
08/11/2023
8.11.2023
Hari Pertama Pembukaan Kelas Pembaikpulihan Telefon Bimbit di SMK Abi.
Terima kasih tak terhingga terutamanya kepada pihak pentadbiran sekolah yang menyokong usaha kami dalam menjayakan program ini dan juga kepada guru-guru SMK Abi yang terlibat.
29/10/2023
:::Kepada Warga Belia Negeri Perlis:::
Kami menawarkan kelas Pembaikpulihan Telefon Pintar PERCUMA kepada belia-belia di Perlis. Kelas diadakan hujung minggu (Sabtu/Ahad). Sebarang soalan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi kami (Coach Hafizul - 017-5515518/Coach Zamir - 011-36674772).
25/10/2023
Pancar Academy telah berkolaborasi bersama Maxis Hotlink hari ini dalam menjalankan Projek CSR di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah, Pendang.
11/10/2023
Pancar Academy telah menjalankan projek CSR dengan pemberian simkad prepaid RedOne secara percuma di SMK Tunku Abdul Aziz, Alor Star Kedah. Selari dengan matlamat kerajaan dalam memperkasakan penggunaan teknologi dan pemerkasaan jalur lebar di sektor pendidikan dapat direalisasikan.
Pancar Academy已在Kedah州Alor Star的SMK Tunku Abdul Aziz进行了一项CSR项目,免费提供RedOne预付SIM卡。这与政府旨在加强教育部门的技术应用和宽带连接的目标一致。
𝑃𝑎𝑛𝑐𝑎𝑟 𝐴𝑐𝑎𝑑𝑒𝑚𝑦 ℎ𝑎𝑠 𝑐𝑎𝑟𝑟𝑖𝑒𝑑 𝑜𝑢𝑡 𝑎 𝐶𝑆𝑅 𝑝𝑟𝑜𝑗𝑒𝑐𝑡 𝑏𝑦 𝑝𝑟𝑜𝑣𝑖𝑑𝑖𝑛𝑔 𝑓𝑟𝑒𝑒 𝑅𝑒𝑑𝑂𝑛𝑒 𝑝𝑟𝑒𝑝𝑎𝑖𝑑 𝑆𝐼𝑀 𝑐𝑎𝑟𝑑𝑠 𝑎𝑡 𝑆𝑀𝐾 𝑇𝑢𝑛𝑘𝑢 𝐴𝑏𝑑𝑢𝑙 𝐴𝑧𝑖𝑧, 𝐴𝑙𝑜𝑟 𝑆𝑡𝑎𝑟, 𝐾𝑒𝑑𝑎ℎ. 𝑇ℎ𝑖𝑠 𝑎𝑙𝑖𝑔𝑛𝑠 𝑤𝑖𝑡ℎ 𝑡ℎ𝑒 𝑔𝑜𝑣𝑒𝑟𝑛𝑚𝑒𝑛𝑡'𝑠 𝑔𝑜𝑎𝑙 𝑡𝑜 𝑒𝑛ℎ𝑎𝑛𝑐𝑒 𝑡𝑒𝑐ℎ𝑛𝑜𝑙𝑜𝑔𝑦 𝑢𝑡𝑖𝑙𝑖𝑧𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑎𝑛𝑑 𝑒𝑚𝑝𝑜𝑤𝑒𝑟 𝑏𝑟𝑜𝑎𝑑𝑏𝑎𝑛𝑑 𝑐𝑜𝑛𝑛𝑒𝑐𝑡𝑖𝑣𝑖𝑡𝑦 𝑖𝑛 𝑡ℎ𝑒 𝑒𝑑𝑢𝑐𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑠𝑒𝑐𝑡𝑜𝑟.
10/10/2023
Selesai sesi perbincangan awal bersama wakil Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah (En. Mohammad Hamdan bin Osman) hari ini di Alor Star diharap dapat membuahkan output kerjasama yang bermanfaat bukan sahaja kepada para belia di daerah Kota Setar khususnya tetapi juga kepada komuniti masyarakat amnya.
21/05/2023
Tengah skrol smartphone ke tu?
Kepada yang sedang menantikan keputusan SPM bagi calon SPM 2022, diharapkan anda semua bertenang sahaja.
Moga apa yang diperoleh kelak setimpal dengan usaha masing-masing.
Sekarang sudah banyak bidang yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi.
Nanti bila nak isi borang UPU, IPGM, Matriks dan lain-lain, pastikan bidang yang diisi itu paling utama adalah kerana MINAT.
Bukan kerana disuruh oleh individu lain atau ikut kawan dan sebagainya.
Adik-adik akan melangkah ke alam awal dewasa sejurus setelah habis sekolah menengah. Membuat pilihan yang matang adalah salah satu ciri penting untuk menjadi seorang dewasa yang bertanggungjawab.
Ukurlah minat pada kemampuan diri.
Ada mereka yang mengaku minat, tetapi sebenarnya sekadar gaslighting diri sendiri kerana mereka langsung tidak tahu dan faham bidang yang kononnya diminati itu apakah skop dan prospek perkerjaannya kelak.
Lantas membuatkan mereka lesu dan ramai yang kecundang di menara gading kerana tidak mampu membawa "minat" tersebut.
Oleh itu, MINAT itu perlulah disertai dengan kemampuan diri untuk menghadap perlbagai subjek dalam bidang tersebut.
Ada juga yang sekadar mahu mencuba bidang yang tengah panas di pasaran, kemudian sedar bidang itu skop kerjanya p**a mampu dibawa oleh dirinya.
Rutin perkerjaan yang fleksibel, kerja yang mudah dikuasai skilnya dan pelbagai lagi.
Jika boleh, selidiklah dahulu bidang apa yang kalian mahu ceburi sebelum terus terjun mengisi UPU secara rambang.
Tahu tak ada bidang yang sangat senang buat duit dan tiap-tiap hari confirm ada kerja masuk?
Persekitaran kerja dalam air-cond lagi tu...
Hampir semua orang sekarang masing-masing ada smartphone kan?
Tahu tak Pancar Academy ada tawarkan bidang PEMBAIKAN TELEFON PINTAR (Smartphone repair) PERCUMA?
Macam mana nak join?
Tunggu posting seterusnya daripada kami.
Atau...
WhatsApp terus ke 01155449752 untuk sesi kaunseling bersama kaunselor akademik Pancar Academy.
01155449752
01155449752
01155449752