SAIFI Islamic Research - SIR

SAIFI Islamic Research - SIR

Share

Mengembalikan Kegemilangan Ilmu Imam Ahmad ibn Idris رضي الله عنه

Photos from SAIFI Islamic Research - SIR's post 01/03/2025

KAIFIAT SOLAT TARAWIH 10 RAKAT
Al 'Allamah al Faqih al Syeikh Muhammad al Majzub al 'Abbasi al Sawakini RA

Selamat menyambut kehadiran bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam.

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya dan semoga kita ditaufiqkan untuk menunaikan Ibadah Mulia ini dengan penuh Iman dan Taqwa.

Doa para Salafussoleh menjelang kehadiran bulan Ramadhan:

اللَّهُمَّ سَلَّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلَّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا.

"Ya Allah, sejahterakanlah saya sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagi saya dan terimalah daripada saya (Ibadah pada bulan Ramadhan)."

Diriwayatkan oleh al Tabarani dalam al Du'a: 913 dan Abu Nu'aim al Asbahani dalam Hilyah al Auliya': 3/69

Photos from SAIFI Islamic Research - SIR's post 31/12/2024

AMALAN BULAN RAJAB

Bermula malam ini, mari bersama-sama menghidupkan malam-malam bulan Rajab dengan amalan kebaikan 🤲🏻

Imam Syafi’i berkata dalam Kitabnya al Umm:

وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ: إنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ فِي لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى، وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ، وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dimakbulkan oleh Allah SWT pada 5 malam iaitu:
1. Malam Jumaat
2. Malam Aidil Adha
3. Malam Aidilfitri
4. Malam Pertama Rajab dan
5. Malam Nisfu Sya'ban.

Photos from Institut Imam Ahmad Ibn Idris's post 16/05/2024
16/05/2024

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗨𝗥𝗨

GURU TERHINDAR DARIPADA LAKNAT ALLAH SWT

Rasulullah ﷺ bersabda:

أَلَا إِنَّ ٱلدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونُ مَا فِيهَا إِلَّا ذِكْرُ ٱللّٰهِ وَمَا وَالَاهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ.

"Ketahuilah sesungguhnya dunia itu terlaknat. Dilaknat apa yang ada di dalamnya melainkan Zikrullah dan apa yang mengikutinya (daripada segala perintah Allah SWT) serta orang yang mengajar atau orang yang belajar."

Sunan al Tirmizi, Hadith No. 2322

19/04/2024

RASULULLAH SAW TIDAK MEMBALAS KEJAHATAN TERHADAP DIRINYA

Daripada Aisyah RA berkata:

مَا رَأَيْتُ رَسُولَ ٱللهِ ﴿صَلَّىٰ ٱللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ﴾ مُنْتَصِرًا مِنْ مَظْلَمَةٍ ظُلِمَهَا قَطُّ، مَا لَمْ يُنْتَهَكْ مِنْ مَحَارِمِ ٱللهِ شَيْءٌ، فَإِذَا ٱنْتُهِكَ مِنْ مَحَارِمِ ٱللهِ شَيْءٌ، كَانَ مِنْ أَشَدِّهِمْ فِي ذٰلِكَ غَضَبًا، وَمَا خُيِّرَ بَيْنَ أَمْرَيْنِ إِلَّا ٱخْتَارَ أَيْسَرَهُمَا مَا لَمْ يَكُنْ مَأْثَمًا.

“Saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW membalas dendam (menuntut bela) atas suatu penganiayaan yang dilakukan terhadapnya selama orang itu tidak merobek (melanggar) Larangan-Larangan Allah SWT. Tetapi, apabila sedikit sahaja Larangan-Larangan Allah SWT dirobek, maka Baginda SAW ialah orang yang paling murka terhadap perkara tersebut. Tidaklah Baginda SAW diberi pilihan di antara dua perkara, melainkan Baginda SAW akan memilih perkara yang paling mudah (paling afdhal dan memberi manfaat kepada umat), selama perkara itu bukan perkara maksiat.”

Syama'il al Nabi, Hadith 350

Photos from Muhammad Fuad Kamaludin's post 09/04/2024
08/04/2024

PEMERGIAN RAMADHAN

Ibnu Rajab al Hanbali RA menyebutkan:

قُلُوبُ ٱلْمُتَّقِينَ إِلَىٰ هٰذَا ٱلشَّهْرِ تَحِنُّ، وَمِنْ أَلَمِ فِرَاقِهِ تَئِنُّ.

“Hati orang-orang yang bertaqwa sentiasa merindui bulan Ramadhan dan sentiasa merintih disebabkan kepedihan perpisahan dengannya.”

Latoif al Ma'arif fima li Mawasim al 'Am min al Wazaif, Hlm: 486

26/03/2024

ZIKIR-ZIKIR SELEPAS SOLAT TARAWIH
AL 'ALLAMAH AL FAQIH SYEIKH MUHAMMAD AL MAJZUB AL `ABBASI AL SAWAKINI RA.

Syeikh Muhammad al Majzub RA merupakan salah seorang murid Al Qutb al Nafis Imam Ahmad ibn Idris RA yang banyak memenuhi masanya berdamping dan belajar dengan Syeikhnya tersebut.

Beliau diputerakan pada bulan Rajab tahun 1210 Hijrah di Matammah yang terletak di Negeri Shendi iaitu sebuah Wilayah di sebelah barat Sudan dan nasab beliau sampai kepada Ayahanda Saudara Nabi SAW iaitu Sayyiduna `Abbas ibn Abdul Muttolib RA.

Syeikh Muhammad al Majzub RA merupakan seorang Ulama' dan Auliya' Allah yang diiktiraf Keilmuan dan Kewaliannya oleh golongan yang sezaman dengannya dalam kalangan Masyayikh dan Ulama’.

Antara pujian Imam Ahmad ibn Idris RA terhadap ketinggian kedudukan muridnya ini ialah:

“Demi Allah, jika manusia itu mengetahui Kemuliaan dan Kedudukan al Majzub RA di sisi Allah SWT dan Rasulullah SAW, sudah pasti mereka akan meninggalkan semua orang Soleh dan pergi ke Pintu beliau.”

Antara Kalam Hikmah Syeikh Muhammad al Majzub RA ialah:

لَوِ ٱسْتَغْنَىٰ ٱلنَّاسُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ لَكَفَاهُمْ شَرَّ ٱلنَّاسِ وَٱلْوَسْوَاسِ.

“Sekiranya manusia itu berpada dengan Tuhan manusia, nescaya Dia akan Melindungi mereka daripada kejahatan manusia dan bisikan syaitan.”

Beliau telah dijemput kembali menemui Penciptanya pada 27 Muharram 1247 Hijrah ketika berusia hampir 37 tahun.

Jasadnya disemadikan di Tanah Permakaman Damir yang menghimpunkan Makam-Makam Nenek Moyangnya.

Photos from SAIFI Islamic Research - SIR's post 22/03/2024

TUNTUTAN BERSEGERA BERBUKA PUASA

Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَزَالُ ٱلدِّينُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ ٱلنَّاسُ ٱلْفِطْرَ، لِأَنَّ ٱلْيَهُودَ وَٱلنَّصَارَىٰ يُؤَخِّرُونَ.

“Sentiasalah Agama ini terserlah selama manusia (kaum Muslimin) bersegera berbuka Puasa kerana orang-orang Yahudi dan Nasrani sering melewat-lewatkan berbuka Puasa.”

Sunan Abi Daud, Hadith no 2353

21/03/2024

SALAM ALLAH SWT KE ATAS SAYYIDAH KHADIJAH RA

Sesungguhnya antara Keistimewaan Sayyidah Khadijah al Kubra RA, Allah Rabb al `Izzah telah Mengirim Salam kepada Sayyidah Khadijah RA bersama Salam Jibril AS. Jibril AS berkata:

يَا مُحَمَّدُ، هٰذِهِ خَدِيجَةُ قَدْ أَتَتْكَ بِإِنَاءٍ فِيهِ إِدَامٌ وَطَعَامٌ، فَإِذَا هِيَ أَتَتْكَ فَاقْرَأْ عَلَيْهَا مِنْ رَبِّهَا وَمِنِّي ٱلسَّلَامَ.

“Wahai Muhammad! Khadijah telah datang kepadamu dengan membawa bekas yang berisi lauk-pauk dan makanan. Apabila dia datang kepadamu, maka sampaikanlah Salam daripada Tuhannya dan daripadaku kepadanya.”

Apabila Sayyidah Khadijah RA datang, Rasulullah SAW menyampaikan Salam tersebut kepadanya. Lalu Sayyidah Khadijah RA menjawab:

ٱللهُ ٱلسَّلَامُ، وَمِنْهُ ٱلسَّلَامُ، وَعَلَىٰ جِبْرِيلَ ٱلسَّلَامُ.

“Allah adalah al Salam (Maha Memberi Kesejahteraan) dan daripadaNyalah jua al Salam (Kesejahteraan), semoga Kesejahteraan sentiasa dilimpahkan kepada Jibril juga.”

Hadith Riwayat Bukhari & Muslim
Dipetik dari Kitab al Busyra fi Manaqib al Sayyidah Khadijah al Kubra RA
karya al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki RH

Want your school to be the top-listed School/college in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No 11 Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00