11/05/2026
✨ Tahniah diucapkan kepada tiga permata Pandu Puteri SMK Hulu Kelang.
1)Alisha Syakirin,
2)Saktheswary
3)Amalia Hadi
atas pencapaian yang cukup membanggakan dalam Majlis Pengurniaan Anugerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor 2026.
Lebih istimewa, penganugerahan tersebut telah disampaikan sendiri oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin di Balai Tengah, Istana Alam Shah, Klang. Suatu penghormatan yang amat bermakna dan pastinya menjadi kenangan berprestij buat mereka serta warga SMK Hulu Kelang. 👑✨
Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat kepimpinan, komitmen dan dedikasi ahli Pandu Puteri SMK Hulu Kelang terus menyerlah dalam melahirkan generasi muda yang cemerlang, berkarisma dan berwibawa.
SMK Hulu Kelang truly proud of you! Terus bersinar, melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah💙