01/07/2023
MAKLUMAT PEGAWAI TEKNIKAL PESAKA MALAYSIA - Tahun 2023.
Sesuai dengan permohonan MSN, KBS dan PERSILAT untuk mengemaskini maklumat terkini setiap pegawai teknikal (wasitjuri) yang telah diberi tauliah, anda dikehendaki mengisi borang maklumat dan dihantar. Tarikh akhir menghantar maklumat tersebut adalah pada 7 JULAI 2023 (JUMAAT) sebelum Jam 12.00 malam. Kerjasama tuan/puan amat dihargai. Terima kasih.
Sila klik link dibawah 👇👇 https://forms.gle/Fxx5NHAKYjBrzBmQA
MAKLUMAT TERKINI PEGAWAI TEKNIKAL PESAKA MALAYSIA TAHUN 2023
Tarikh Akhir Menghantar Maklumat Adalah Pada 7 JULAI 2023 (JUMAAT) Sebelum Jam 12.00 malam.
15/04/2021
FROM THE BEST TO THE BEST...
Masih ingat lagi tahun lepas saya cerita tentang jasa kasut lama saya yang dimamah usia. 👇👇👇
KASUT JUGA ADA JASA...
Jenama biasa je, "Diadora". Tapi jasa kasut ni pada saya LUAR Biasa. Kenangan manis bersama juga luar biasa.
Selain dalam negara, DIA ni jugak banyak terbang ke luar negara. Antwerp, Dubai, Amsterdam, Jakarta & Manila. ✈️🚀
..(Tamat sedutan kisah silam)...
Satu malam masa di Kyrgyzstan, saya didatangi seorang hamba Allah yang juga juara dunia dari Malaysia. Dia bilang, jangan disebut nama beliau. Biarlah rahsia.
Katanya, " Cikgu Kamarul, ni hadiah buat Cikgu. Saya dah pakai 3 kali saja sejak beli. Ni memang nak bagi kat cikgu. Doakan saya dan pasukan berjaya dalam Kejuaraan SILAT DUNIA nanti." Bila ditanya berapa harga, jawabnya ringkas USD180. 🤔🤔.
Saya tak sangka dapat hadiah sebegini rupa dengan harga yang agak mahal. Diadora diganti Adidas. 😉
Terima kasih daun keladi, birthday saya lambat lagi. Jangan lupa hadiahnya nanti. 😉😂.
Terkadang kita lupa tentang JASA BARANGAN kita yg membawa kita atau sentiasa bersama kita, susah atau senang. Kalau kasut sebegini hina patut kita puji jasanya pada kita. Inikan p**a jasa MANUSIA. 😔
Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat buat kalian semua pasukan Silat Malaysia. Aminnn. Ya Rabb.
21/01/2021
PERATURAN LAMA vs PERATURAN BAHARU 2020
Apakah perkara yang sangat penting dan WAJIB untuk anda tahu pasal perubahan ini.!!! 🤔🤔
Ada 17 perkara BAHARU dalam peraturan TERKINI yang akan mengubah keseluruhan landskap pertandingan Sukan Silat akan datang.
Jomm kita bongkar, selongkar & punggah benda ni. Baik tahu. Jangan keliru.
Mari bersama saya pada 22hb Januari 2021 jam 9.30pm dalam LIVE FB saya di bawah ni👇👇
https://www.facebook.com/Kamarul-Ariffin-A-Latib-113409877041362/
16/01/2021
Jomm sembang santai...
SEMBANG SANTAI SILAT
BERSAMA CIKGU KAMARUL
Isnin. 18hb Januari 2021.
9.30pm. "LIVE"
Jomm kita bongkar ...
"5 FORMULA JADI PESILAT, JURULATIH & PEMIMPIN SILAT BERJAYA"🙏
Kat mana??? Kat sini ler 👇
https://www.facebook.com/Kamarul-Ariffin-A-Latib-113409877041362/