12/10/2020
Dah tahu maksud upon? Tgk post yang sebelum ini utk huraian rasmi dari kamus dewan bahasa. Jom kita ulang kaji.
1- ke atas
His son climbed upon his back.
2- di atas
They built house upon hill.
3- menjelang lagi
Ramadhan month has come upon us again.
4- apabila/sebaik shj
Upon receiving the money he left the office.
5- demi
Request upon request have been sent to the minister but nothing has been done.
12/10/2020
frequently used word yang kadang-kadang kita susah nak faham
UPON
apa sebenarnya maksud UPON?
Menurut kamus dewan - Upon ada 5 maksud yg kesemuanya sangat berbeza. jadi jika kita tahu 1 maksud sahaja kita akan terpinga2 bila orang gunakan untuk makna yang lain.
1. upward so as to be on, ke atas:
the child climbed ~ his father’s back, budak itu memanjat ke atas belakang bapanya;
2. in a high position on, di atas:
a house built ~ the hill, rumah yg dibina di atas bukit;
3. imminent, menjelang tiba:
the school holidays are ~ us again, cuti sekolah menjelang tiba lagi;
4. immediately following on, apabila:
~ his death, the property went to his son, apabila dia meninggal, harta itu menjadi milik anak lelakinya;
5. (used between the two occurrences of the same noun) demi;
- request ~ request was submitted to the department, permohonan demi permohonan telah dikemukakan kpd jabatan itu;
- hundreds ~ hundreds of people arrived at the assembly, beratus-ratus orang tiba di perhimpunan itu;
- they travelled through mile ~ mile of desert, mereka mengembara merentasi gurun yg berbatu-batu jauhnya.
yang mana satu kita biasa guna dan dengar?
12/06/2020
Jom kita perhatikan maksud be.
dah tahu maksud be bermakna kita juga tahu maksud is/are/am/was/were.
BE ada lebih dari 20 maksud ya. banyak kan? jadi jangan ingat be ada 1 atau 2 maksud sahaja.
Merujuk kepada kamus dewan BE adalah VERB.
Dan rahsia yang kedua SETIAP ayat bahasa inggeris wajib ada VERB. Kalau ayat tu tiada verb dia adalah ayat yang tidak lengkap atau tak sempurna dan tidak dapat difahami dengan tepat dan detail.
Jom saya dedahkan maksud be:
Be bermaksud...........atau is/are/am/was/were juga bermaksud..............
1- how is she? is bermaksud "keadaan"
2- she is fine. is bermaksud "berada dalam keadaan"
3- Are you okay? Am I okay? Is she okay? is/are/am bermaksud "adakah" bila berada dihadapan
4- How old are you? I am 20 years old. am/are bermaksud "umur/berumur"
5- She is a teacher. is bermaksud "merupakan"
6- His house is behind the shoplot. is bermaksud "terletak"
7- there is a big house behind the mall. is bermaksud "terdapat/ada"
8- He is in his room. She is not here today. she was there when we were talking about her. was/is bermaksud "ada/tiada"
9- she was there when we were talking about her. were bermaksud "sedang". (pattern: is/are/am/was/were + ING bermaksud sedang)
10- I am going to singapore tomorrow. am bermaksud "akan"
APA lagi lebih 10++ maksud BE/IS/ARE/AM/WAS/WERE?
Ini kerja rumah untuk anda. assignment ketiga kita A03.
12/06/2020
The secret is revealed!
Jadi apa maksud is/are/am/was/were?
pernah tak kita cari dalam kamus? apa maksud mereka2 ini?
cuba cari sebentar.
Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka is/are/am/was/were bermaksud..............?
eh tak dinyatakan?
semua minta rujuk kepada BE?
Jadi maksud dia?
Maksudnya makna dia adalah BE. Sama dengan BE.
Apa makna BE p**a? Makna BE itulah makna is/are/am/was/were.
So assignment yang kedua? A02? Apa makna BE?
Cari dalam kamus yg di iktiraf sahaja ok! jgn guna google translate.
12/06/2020
12 asas bahasa inggeris yang wajib kita kuasai untuk bina keyakinan dalam menguasai bahasa ini! Nak belajar?
12/06/2020
Jeng jeng jeng....
Jom kita revealkan jawapan untuk soalan A01.
Apa makna is/are/am/was/were?
23/04/2020
Ramadhan Kareem everyone!
Let's fill our time with good things and benefit to others.
17/04/2020
Rasa susah belajar bahasa inggeris?
******
Mindset ini kita perlu buang jauh2 ke lautan biru. Saya ambil masa lebih 20 tahun untuk buang. Sekarang pun saya masih belajar.
Carilah apa2 perkara yg boleh membuatkan kita buang mindset ini. Saya rasa ianya mudah selepas saya belajar bahasa arab. Allahuakbar. Rasa macam kena tampar.
Let us together climb the ladder of success. Tahu dengan terperinci apa itu asas bahasa inggeris baru kita boleh bercakap dengan yakin.
13/04/2020
Macam mana? boleh tolong buat assignment A01 kita? So apa makna IS/ARE/AM menurut kamus dewan bahasa dan pustaka?
Menurut kajian siapa yang lakukan sedikit kajian dia akan faham lebih banyak berbanding yg tak buat kajian. Makcik kiah sudah. Anda bila lagi?
13/04/2020
Install apps ini dan gunakan. Jangan guna google translate ok!
Assignment A01: Search for IS/ARE/AM dan paste screenshot apa yang anda jumpa dibawah.
13/04/2020
KAMUS oh KAMUS..Jangan Guna GOOGLE Translate!
****************
Ok untuk melangkah setapak lagi kehadapan kita mesti tambahkan vocab dan pemahaman kita. Tak mungkin kita akan pandai kalau kita gunakan sumber yang tidak mampan.
*****************
Kalau kita nak jadi tukang masak yang mahir kita mesti belajar dengan yang dah pakar dalam bidang masakan kan. Kalau nak belajar bahasa pun sama kita mesti tanya kepada pakar bahasa. Baru kita akan dapat maksud yang tepat.
Oleh itu, mulai saat ini kalau nak belajar jangan sekali-kali gunakan google translate ya! sebab memang kita takkan dapat maksud yang betul-betul tepat. Jadi nak guna apa?
*****************
3 Jenis Kamus sahaja yang kita recommend pelajar-pelajar untuk guna:
1- Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
2- OXFORD
3- KamusPRO Apps
Macam aku nak mudah guna Apps KamusPro sahaja. Senang nak refer anytime.
***************
OK semua jangan guna yang lain yaa? Kenapa? Sebab yang tersenarai tu adalah pakar bahasa. Kita suggest guna DBP Satu organisasi yg memartabatkan bahasa melayu. Hasil cetakannya boleh diyakini sbb kita duduk kt Malaysia. Guna bahasa melayu. Ada lagi yang lain-lain tapi boleh guna mana-mana yang sesuai dengan diri anda.
NOTE:
Google translate bukan pakar bahasa ya rakan-rakan!
Semua mesti perasan kan kadang-kadang pelik-pelik yang dia translate? So still nak guna google translate ke? :)
Oh ya nnt kita post gambar apps untuk kamusPRO ya.
Oxford Global Languages | Oxford Languages
Take a look at the latest updates to our Oxford Global Languages content.