15/12/2025
15/12/2025 | ISNIN
JAMUAN AKHIR TAHUN 2025 KAFA MASJID UBUDIYYAH
✨ Alhamdulillah ✨
Jamuan Akhir Tahun KAFA Masjid Ubudiyyah telah berlangsung dengan jayanya pada 15.12.2025 dalam suasana penuh keceriaan dan ukhuwah.
Hidangan Marrybrown 🍔🍗 serta kehadiran maskot 🐻 telah menceriakan anak-anak dan memeriahkan program. Senyuman mereka menjadi kenangan manis buat semua.
Semoga momen indah ini menjadi memori berharga serta pembakar semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha, berdisiplin dan berakhlak mulia.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, ibu bapa serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga segala usaha ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT 🤲✨
14/12/2025
14/12/2025 | AHAD |
KAFA MASJID UBUDIYYAH MERGONG
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KAFA MASJID UBUDIYYAH 2025
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Program Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar KAFA Masjid Ubudiyyah bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini, sama ada dari segi tenaga mahupun kewangan, antaranya ahli jawatankuasa, barisan guru serta ibu bapa dan waris yang turut memberikan sumbangan.
Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang telah mencapai kecemerlangan dalam pelajaran serta mendoakan agar semua pelajar KAFA Masjid Ubudiyyah terus bersemangat dan berusaha mencapai kejayaan, menjadi anak yang soleh dan solehah kepada ibu bapa, serta berjaya di dunia dan di akhirat.
14/12/2025
13/12/2025 | SABTU
MASJID AL BUKHARY
MAJLIS SAH KHATAM AL QURAN KAFA PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR 2025
Alhamdulillah.
Seramai 12 orang murid KAFA Masjid Ubudiyyah telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran Daerah Kota Setar 2025.