🎥 Throwback Emoji Challenge di PSS 🤩
Murid-murid berjaya meneka peribahasa & simpulan bahasa hanya melalui emoji! 🧠✨
Penuh fokus, tapi tetap meriah dengan gelak tawa 😂
Tahniah berani mencuba & tampil ke depan! 🔥👏
Jumpa lagi dalam aktiviti seterusnya 📚💫
🌸
Sekolah Menengah Kebangsaan Tajar - RASMI
"BERTEKUN DAN BERBAKTI"
08/04/2026
Sumbangan wang zakat ikhlas daripada waris murid Tingkatan 2 UIA telah diagihkan kepada 3 orang murid asnaf SMK Tajar.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan dan keikhlasan yang ditunjukkan. Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat serta meringankan beban penerima, insya-Allah.
PVMA SMK Tajar in action 🔧
Dari teori ke praktikal, murid sendiri buat installation & maintenance water heater!
Skill hands on, bukan sekadar belajar dalam buku.
Future technician in progress ✨
02/04/2026
Alhamdulillah 🤍
Syukur atas segala nikmat dan kejayaan SPM 2025 SMK Tajar.
Tahniah anak-anak semua.
Ini bukan penamat, tetapi permulaan kepada perjalanan yang lebih besar.
Teruskan melangkah dengan yakin dan gapailah impian setinggi mungkin ✨
📊 GP SMK Tajar 2025: 4.95
🌟 8A: 1 orang
🌟 7A: 2 orang
🌟 6A: 2 orang
🌟 5A: 8 orang
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para guru atas segala ilmu, bimbingan dan pengorbanan yang tidak ternilai.
Tidak dilupakan juga buat ibu bapa yang sentiasa mendoakan, menyokong dan menjadi kekuatan di belakang setiap kejayaan ini.
Raya memang lagi meriah bila bersama 🌙
Selamat Hari Raya semua!
Takbir suci yang bergema,
mengiringi Aidilfitri yang dinanti 🤍
Andai ada salah dan silap di hati,
dengan rendah diri kami pohon dimaafi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Daripada warga SMK Tajar
09/03/2026
Edaran Sumbangan Fidyah
Pihak sekolah telah mengagihkan sumbangan fidyah daripada salah seorang waris murid SMK Tajar kepada 15 buah keluarga yang terpilih.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi manfaat kepada para penerima.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyumbang atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan. Semoga segala kebaikan ini mendapat ganjaran yang berlipat ganda.🤍
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir memeriahkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 tahun ini. Komitmen dan sokongan anda amat dihargai demi kecemerlangan anak-anak 💫
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Sekolah Menengah Kebangsaan Tajar
Alor Setar
06500