31/05/2026
πβ¨ Selamat Hari Raya Aidiladha β¨π
Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan menjadi asbab keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam kehidupan kita. π€²β€οΈ
Di hari yang mulia ini, eratkan silaturahim, saling memaafkan dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Semoga Aidiladha kali ini membawa ketenangan hati, keberkatan rezeki dan kebahagiaan buat anda sekeluarga. ππ
26/05/2026
π Hari Arafah, hari penuh rahmat dan keampunan.
Jangan lepaskan peluang untuk berdoa, berzikir dan berpuasa. Semoga segala hajat dimakbulkan dan dosa-dosa diampunkan. π€²β¨
Selamat Menjalani Puasa Hari Arafah. β€οΈ
10/05/2026
Terima kasih ibu, untuk segala pengorbanan yang tak pernah diceritakan.
Happy Motherβs Dayπ€ untuk ibu-ibu kuat di luar sana!
08/04/2026
Selamat menyambut Hari Kesihatan Sedunia!
Kesihatan adalah anugerah yang sangat berharga, namun sering kali kita terlepas pandang akan kepentingannya. Sayangilah diri dengan menjaga kesejahteraan tubuh kerana badan yang sihat membolehkan kita menjalani kehidupan dengan lebih gembira, cergas dan produktif.
Menitikberatkan kesihatan bukan hanya untuk kebaikan diri sendiri, malah memberi peluang
untuk kita membantu dan memberi manfaat kepada orang lain. Marilah kita bersama-sama
meningkatkan kesedaran, saling membantu, dan berusaha ke arah mewujudkan masyarakat yang lebih sihat, sejahtera dan berkualiti.
08/04/2026
MISI SUMUD FLOTILLA
Kebenaran tidak mampu dibendung, dan nilai kemanusiaan tidak akan sesekali dipadamkan.
Pada hakikatnya, misi Sumud Flotilla tidak hadir dengan membawa sebarang senjata mahupun agenda propaganda. Ia digerakkan oleh nilai kemanusiaan yang membawa mesej ihsan, solidariti dan perpaduan merentasi sempadan bangsa dan kepercayaan. Namun apabila usaha yang berlandaskan belas ihsan malahan digambarkan sebagai ancaman, maka kita harus renungkan kembali apakah sebenarnya yang sedang dipertahankan oleh dunia hari ini?
Adakah kemanusiaan sudah menjadi sesuatu yang menakutkan, atau keadilan itu sendiri semakin dipinggirkan? Sampai bilakah nasib manusia akan terus ditentukan oleh kekuatan senjata, dan bukan oleh nilai kebenaran serta prinsip keadilan sejagat?
Sumud Flotilla bukan sekadar sebuah misi, malahan merupakan sebuah simbol keteguhan
hati, keberanian moral dan suara kemanusiaan yang enggan disenyapkan. Ia mengingatkan
kita bahawa dalam dunia yang semakin tenat dengan konflik, masih ada insan-insan yang
memilih untuk berdiri teguh dengan nilai kemanusiaan, bukanlah kuasa. Selagi masih ada yang berani membawa harapan, selagi itu dunia belum kehilangan ihsan.
Selamat berlayar semoga mesej kemanusiaan ini terus bergema dan membuka mata masyarakat di seluruh dunia.
31/03/2026
Hari ini mungkin hari yang dinanti-nantikan. Ada yang tersenyum, ada yang termenung, semuanya adalah sebahagian daripada perjalanan.
Tahniah kepada semua pelajar SPM 2025! π
Ingat, ini bukan penamat⦠ini adalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.
Teruskan berusaha dan jangan pernah berhenti percaya pada diri sendiri.
πͺ
21/03/2026
πβ¨ Salam Aidilfitri 1447H / 2026M β¨π
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin π€
Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kejayaan buat kita semua.
Ikhlas daripada,
Husainy Group Sdn Bhd πβ¨
12/03/2026
π Student tengah cari tempat internship?
Kami di Husainy Group sedang membuka peluang Latihan Industri untuk anda! π
Position yang tersedia:
β¨ Electrical Engineering
β¨ Information Technology
β¨ Graphic Designer
Apa yang anda akan dapat?
β Pengalaman kerja sebenar
β Skill baru dalam industri
β Networking & exposure
π© Hantar resume anda sekarang
[email protected]
Tag kawan yang tengah cari internship π