08/06/2025
🌟 Assalamualaikum, Selamat Datang ke Page HERO KAFA & UPKK! 🌟
Ibu ayah, cikgu, & sahabat-sahabat semua,
Terima kasih sebab sudi singgah ke sini. Page ni kami wujudkan khas untuk:
✅ Membantu anak-anak kita kuasai ilmu KAFA dengan lebih seronok & berkesan
✅ Berkongsi tips & strategi untuk cemerlang dalam UPKK
✅ Sediakan bahan bantu belajar yang mudah & menarik
✅ Kuatkan kefahaman & amalan harian anak dalam agama
Kami percaya kejayaan anak bukan hanya di atas kertas peperiksaan, tapi yang paling penting, ilmu yang diamalkan dalam hidup seharian.
🌸 Di sini kami akan kongsikan:
Modul interaktif & aktiviti seronok
Latihan & soalan UPKK
Infografik & peta minda KAFA
Tips hafalan & ulangkaji
Nasihat & motivasi untuk ibu ayah & cikgu
Misi kami mudah je:
Bantu ibu ayah & guru sama-sama lahirkan HERO kecil yang soleh, solehah, bijak, & yakin dengan ilmu agamanya.
Kalau ibu ayah nak anak lebih faham, lebih yakin, & lebih seronok belajar KAFA, page ni memang tempat yang sesuai.
👉 Follow & aktifkan notifikasi supaya tak terlepas setiap perkongsian yang kami siapkan dengan penuh kasih sayang.
Doakan usaha kecil ini bermanfaat buat semua.
Salam penuh kasih dari team HERO KAFA & UPKK. 🌷
Sekian, terima kasih!
Ikhlas daripada saya:
Ustaz Faqeh,
Penyelaras Hero KAFA & UPKK