14/02/2026
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Usrah Khadijah & Cuti-Cuti Anak Watan pada hari Jumaat 6 Februari 2026 yang lepas.
✨ Usrah Khadijah telah diisi dengan slot perkongsian yang sangat bermanfaat daripada Dr. Tahira Karim mengenai “Ramadan dan Kesihatan”. Perkongsian ini memberi pendedahan tentang cara menjaga kesihatan fizikal dan rohani sepanjang bulan Ramadan agar ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.
🌙 Manakala anak-anak p**a mengikuti program bertemakan “Aku dan Ramadan” yang memberi pendedahan awal tentang makna Ramadan, amalan-amalan yang boleh dilakukan serta membina rasa cinta kepada bulan yang mulia ini.
Program diakhiri dengan jamuan makan bersama, mengeratkan lagi silaturrahim antara semua peserta. Semoga segala ilmu yang dikongsikan memberi manfaat dan menjadi asbab kebaikan berpanjangan. 🌸