Win Synergy Training

Win Synergy Training

Share

Win Synergy Training Sdn. Latihan Pengendali Makanan | MeSTI | GMP | HACCP | ISO 22000

Bhd.
201501016982 (1142316-W)
Latihan Pengendali Makanan - Diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia | Food Handler Training - Recognized by the Ministry of Health, Malaysia.

01/05/2026

Untuk pengusaha makanan kecil, penjaja, kafe, restoran dan dapur makanan — perkakas memasak yang rosak bukan sekadar nampak kurang kemas, tetapi boleh menjadi isu keselamatan makanan. ⚠️🍳

Perkakas seperti kuali, periuk, senduk, pisau atau pinggan plastik yang telah kemek, sumbing, retak, cair, berkarat atau salutan terkopek sebaiknya tidak lagi digunakan dalam penyediaan makanan.

Antara risiko yang boleh berlaku:

🔸 Permukaan rosak lebih sukar dibersihkan dengan sempurna
🔸 Sisa makanan dan minyak boleh terperangkap pada rekahan atau bahagian kemek
🔸 Risiko pertumbuhan bakteria atau kulat boleh meningkat
🔸 Salutan non-stick yang calar atau terkopek mungkin tidak lagi sesuai untuk penggunaan selamat
🔸 Karat atau pengoksidaan juga boleh menjejaskan kualiti makanan

Perkakas lama mungkin ada nilai sentimental, tetapi untuk operasi makanan, keselamatan dan kebersihan perlu diutamakan. ✅

============

For food operators, damaged cooking utensils are not only an appearance issue.

Dented, chipped, cracked, melted, rusty, or peeling utensils may be harder to clean properly and can trap food residue, oil, bacteria, or mould.

Scratched non-stick cookware, rusty surfaces, or damaged plastic items should be reviewed and replaced when they are no longer safe or suitable for food preparation.

Food safety starts with clean, suitable, and well-maintained equipment. ✅

============

给食品业者的小提醒:损坏的厨具不只是“外观问题”,更可能影响食品安全。

如果锅、勺、刀具、塑料盘等用具已经出现凹陷、缺口、裂缝、融化、生锈,或不粘涂层刮花、剥落,就可能难以彻底清洗干净,容易藏匿食物残渣、油污、细菌或霉菌。

划痕严重的不粘锅具、生锈的表面或损坏的塑料件,一旦不再安全或适合用于食品制备,就应予以检查并更换。同时,器具不稳定还可能增加烹饪时受伤的风险。

食品安全,始于干净、合适且维护良好的设备。✅

============

Sumber | Source | 来源: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan, Facebook post dated 23 April.
Diringkaskan untuk tujuan perkongsian maklumat.

Tadi nampak satu konten dekat tiktok dia guna perkakas masakan yang telah rosak, sumbing dan kemek. Admin geli hati juga. Mungkin memang itulah niat pembuat konten tu, untuk menghiburkan kita dengan sengaja menggunakan peralatan yang dah kemek dan tidak layak untuk diguna dah.

Hakikatnya situasi ni selalu juga nampak di premis makanan. Senduk kemek, pisau pecah, pinggan plastik dah mencair.

Tapi tahukah risiko sebalik ni?

Ramai yang ingat kuali atau periuk yang dah lama, kemek, atau salutan dah terkopek ni cuma masalah estetik saja. Hakikatnya, ia boleh membawa risiko kesihatan yang kita tak nampak dengan mata kasar.

Kenapa Anda Perlu "Pencenkan" Perkakas Masak yang Rosak?

Pencemaran Logam Berat!
Jika kuali anda jenis non-stick (tidak melekat) yang sudah calar atau terkopek, bahan kimia salutan (seperti PFOA/PTFE) boleh terlepas ke dalam makanan semasa dipanaskan. Bagi kuali besi atau aluminium, kerosakan pada permukaan boleh menyebabkan logam tersebut larut ke dalam makanan, terutamanya jika anda masak makanan berasid (seperti sambal atau asam pedas).

Tempat Pembiakan Bakteria!
Rekahan, sumbing, atau bahagian yang kemek selalunya sukar untuk dibersihkan dengan sempurna. Sisa makanan dan minyak yang terperangkap di situ menjadi "syurga" bagi bakteria dan kulat.

Risiko Kecederaan!
Kuali yang sudah tidak stabil atau sumbing boleh menyebabkan pemindahan haba yang tidak sekata, malah berisiko untuk terbalik atau minyak panas terpercik disebabkan struktur yang tidak lagi teguh.

Perubahan Rasa!
Perkakas yang sudah teroksida atau berkarat boleh mengubah rasa asli masakan, menjadikannya kurang enak atau berbau besi.

Sayang memang sayang, terutamanya kuali 'legend' kesayangan mak atau isteri di dapur. Tapi kalau keselamatan dan kesihatan yang jadi taruhan, mungkin ini masanya untuk kita laburkan sedikit wang untuk peralatan masak yang lebih selamat dan berkualiti.

Photos from Win Synergy Training's post 06/04/2026

📍 Sesi Latihan Pengendali Makanan Bersemuka – Bahasa Melayu | April 2026

Berikut ialah pilihan sesi bersemuka Bahasa Melayu untuk bulan April 2026:

✅ 11 Apr 2026 (Sabtu) – Tanjung Tokong
✅ 17 Apr 2026 (Jumaat) – Alor Setar
✅ 25 Apr 2026 (Sabtu) – Alor Setar

Yuran: RM50 seorang
Masa: 8:00 pagi hingga 11:30 pagi

Leret untuk lihat tarikh, lokasi dan maklumat setiap sesi.

Untuk pertanyaan / pendaftaran:
📲 011-67489922
🌐 winsynergy.com.my

01/04/2026

不必出门,无论身在何处都能取得食品处理人员证书!

只需一台手机或电脑,加上稳定的网络连接,即可在线上完成课程,证书寄至您指定地址。

💻 中文线上班
🕑 星期二、星期五下午
🌙 星期三、星期日晚上
💰 学费:RM50/人
📦 证书邮寄详情: 西马 → 免费快递; 东马 → 免费普通邮政

报名前请确认您具备以下条件:
📱 一台手机或电脑
📶 稳定的网络连接
🈶 能听懂及以中文沟通(课程全程以华语进行)

适合以下人士报名:
✅ 能以华语沟通、全程跟上中文授课的学员
✅ 全马各地的食品业者/员工
✅ 希望在线上完成课程、省去出行安排的人
✅ 需要为不同地点员工统一安排培训的店主

📝 立即报名:https://winsynergy.com.my/product/chinese-online-food-handler-training/

#食品处理人员课程 #食品卫生课程 #中文线上班 #线上培训 #马来西亚食品业

30/03/2026

Lebih selesa belajar secara bersemuka?

Bagi yang berada di Alor Setar dan kawasan berhampiran, sesi Latihan Pengendali Makanan secara fizikal kini dibuka untuk pendaftaran.

🗓 3 April 2026 (Jumaat)
⏰ 8.00 hingga 11.30 pagi
📍 Pejabat Win Synergy Training, Jalan Pegawai, Alor Setar
💵 RM50 (sijil siap hari yang sama!)
🧑🏻‍🏫 Ms. Khairul Muna

Sesi ini sesuai untuk:
✅ peserta yang lebih selesa hadir kelas secara bersemuka
✅ peserta sekitar Alor Setar / kawasan berhampiran
✅ majikan yang ingin daftarkan staf ke sesi fizikal

Dengan sesi fizikal, peserta hanya perlu hadir ke lokasi kelas dan mengikuti latihan secara terus bersama tenaga pengajar.

Tempat adalah terhad bagi setiap sesi.

Pendaftaran boleh dibuat di pautan berikut:
https://winsynergy.com.my/product/latihan-pengendali-makanan-alor-setar/

25/03/2026

Untuk peniaga makanan kecil, homebased dan mikro yang jual makanan berbungkus ~ peringatan ini memang sangat relevan. 📌

==========
Perkongsian ini mengingatkan bahawa label makanan tidak semestinya mahal atau cantik, tetapi maklumat asas perlu lengkap. 🏷️

Tulisan tangan atau label ringkas pada kertas kecil pun masih boleh membantu, asalkan maklumat penting dinyatakan dengan jelas. ✍️

Maklumat yang ditekankan dalam perkongsian asal:
• Nama makanan 🍱
• Senarai bahan 📝
• Nama dan alamat pengusaha 🏠
• Nombor telefon ☎️
• Tarikh & masa siap masak / tarikh luput 📅

Label yang lengkap membantu pembeli, penguat kuasa dan juga jejak semula maklumat produk apabila diperlukan. ✅

==========
This post highlights a simple but important point: food labels do not need to be fancy or expensive, but the basic information should be complete. 🏷️

Even a handwritten label or a small paper label can still be useful if the key details are clearly stated clearly. ✍️

The original post highlights these details:
• Food name 🍱
• Ingredients list 📝
• Name and address of the food operator 🏠
• Phone number ☎️
• Date & time cooked / expiry date 📅

A complete label helps buyers, authorities, and product traceability when needed. ✅

==========
这则分享提醒大家:食品标签不一定要漂亮、精美或印刷成本高,但基本资料应尽量完整。🏷️

即使用手写,或只是在小纸张上注明,只要重点资料清楚,仍然有其作用。✍️

原贴提到的资料包括:
• 食品名称 🍱
• 成分列表 📝
• 经营者姓名与地址 🏠
• 电话号码 ☎️
• 烹煮完成日期与时间 / 期限 📅

完整标签有助于消费者了解产品,也方便在需要时追溯产品资料。✅

Sumber | Source | 来源:Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan
Diringkaskan untuk tujuan perkongsian maklumat.

Bukan cantik label yang kami cari,
tapi maklumat lengkap yang kami hargai.
Guna tulisan tangan sekalipun,
Atau ditulis / dilabel cuma pada sekeping kertas kecil.
Label tetaplah label.

Itu pun dah cukup nak tunjuk disiplin seorang peniaga.

Ada peniaga pernah cakap,
“Puan… buat sticker label ni mahal. Saya cuma peniaga kecil.”

Kami faham, puan.
Tak perlu label fancy dan gah, tak perlu design mahal.
Buatlah label kreatif macam mana pun,
yang penting maklumatnya lengkap.

Nama makanan.
Senarai bahan.
Nama dan alamat pengusaha.
Nombor telefon.
Tarikh & masa siap masak / Tarikh luput.

Itu saja pun sudah cukup untuk bantu kami, pembeli dan penguat kuasa faham apa yang kami makan. Dengan label yang lengkap, setiap langkah dapat dijejaki.

Harap semakin ramai peniaga homebased mula melabel makanan mereka demi memudahkan jejak semula maklumat produk.

Kecil pada kertas, besar pada tanggungjawab.

20/03/2026

🌙✨ Salam Aidilfitri 1447 | 2026 ✨🌙

Semoga Aidilfitri ini menjadi titik permulaan kepada kebahagiaan dan kejayaan yang berpanjangan.

💚 Maaf Zahir & Batin 💚

03/03/2026

Nak belajar pemprosesan makanan secara hands-on? 👇

Ringkasan maklumat daripada MARDI mengenai Latihan Sangkut (Test Bed Teknologi MARDI).

==========
Program latihan praktikal menggunakan fasiliti sebenar MARDI untuk pendedahan kepada:
• Teknologi pemprosesan & pengawetan makanan
• Kawalan mutu & pemilihan bahan mentah
• Penggunaan mesin & peralatan
• Pembungkusan & pelabelan makanan

📌 Terbuka kepada warganegara Malaysia (18 tahun ke atas)
💰 Bayaran: RM100 seorang
📍 Individu & kumpulan
🚗 Pengangkutan/penginapan tidak disediakan
📅 Tarikh bergantung kepada permintaan & ketersediaan tenaga pengajar

Tempat terhad.
Daftar di laman rasmi:
👉 https://elatihansangkut.mardi.gov.my/

==========
Interested in hands-on food processing training using real facilities?

MARDI’s “Latihan Sangkut” (Technology Test Bed) provides exposure to:
• Food processing & preservation technologies
• Quality control & raw material selection
• Machinery & equipment handling
• Food packaging & labelling

💰Fee: RM100 per participant
📌Open to Malaysians (18+)

Registration via official website:
👉 https://elatihansangkut.mardi.gov.my/

==========
想亲身体验食品加工实操培训吗?

MARDI “Latihan Sangkut” 提供以下实务培训:
• 食品加工与保藏技术
• 品质控制与原料选择
• 机器与设备操作
• 食品包装与标签

💰费用:每人 RM100
📌仅限 18 岁以上马来西亚公民

报名请通过官方网站:
👉 https://elatihansangkut.mardi.gov.my/

📌 Sumber asal: MARDI
(Diringkaskan untuk tujuan perkongsian maklumat industri)


#食品加工

JOM SERTAI LATIHAN SANGKUT MARDI (Test Bed Teknologi MARDI)

Nak belajar pemprosesan makanan secara hands-on guna fasiliti sebenar?

Latihan ini memberi pendedahan kepada:
✔️ Teknologi pemprosesan & pengawetan makanan
✔️ Kawalan mutu & pemilihan bahan mentah
✔️ Penggunaan mesin & peralatan
✔️ Pembungkusan & pelabelan makanan

📌 Syarat Penyertaan:
• Warganegara Malaysia
• 18 tahun ke atas
• Dapat memberikan komitmen untuk hadir
• Patuh garis panduan pengendalian makanan KKM

📍 Terbuka kepada individu & kumpulan
📅 Tarikh bergantung kepada permintaan & kesesuaian tenaga pengajar
📖 Nota & bahan latihan disediakan
🚗 Pengangkutan & penginapan tidak disediakan

Tempat terhad & bergantung kepada teknologi Test Bed yang dipohon.

🧾Bayaran hanya RM100 sahaja seorang untuk setiap latihan

🔥 Berminat? Buat pendaftaran terus di laman web rasmi kami:
👉 https://elatihansangkut.mardi.gov.my/
👉 https://elatihansangkut.mardi.gov.my/

02/03/2026

Pembekal makanan untuk perolehan kerajaan?
Ringkasan maklumat daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), KKM.

Jika anda pembekal makanan dalam perolehan kerajaan di:
📍 WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, WP Labuan
📍 Selangor, Negeri Sembilan, Melaka

Atau terlibat dengan kementerian seperti MINDEF, KPM, KKM, KESUMA, KPWKM, KDN, KPT, KBS & KKDW

Anda dijemput hadir ke sesi Taklimat Online Pelaksanaan Rintis Fasa 2.0.

Taklimat ini berkaitan:
Pensijilan PKKM, KKM sebagai pra-syarat pembekalan makanan bermasak / perkhidmatan penyediaan makanan dalam perolehan kerajaan.

📅 Tarikh taklimat: 5 Mac 2026
🕘 9.00 pagi – 1.00 tengah hari

Daftar melalui QR code pada poster asal.

============
Food suppliers involved in government procurement?
An online briefing will be conducted on the implementation of PKKM certification requirements as a pre-condition for government food supply and catering services (Phase 2.0).

Briefing date: 5 March 2026
🕘 9.00 a.m – 1.00 p.m
Refer to the original PKKM post for registration via QR code.

============
参与政府食品采购的供应商请注意:

关于 PKKM 认证作为政府食品供应及餐饮服务采购前置条件(第二阶段)的线上说明会。

说明会日期:2026 年 3 月 5 日
🕘 早上 9.00 – 下午 1.00

报名请扫描原贴中的二维码。

============
📌 Sumber asal: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM


Adakah anda PEMBEKAL MAKANAN dalam perolehan kerajaan di 5 negeri (WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, WP Labuan, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka) dan 9 kementerian (MINDEF,KPM,KKM,KESUMA, KPWKM, KDN,KPT,KBS & KKDW)?

Jika ya, anda dijemput hadir ke sesi taklimat ini. Sesi taklimat ini bertujuan untuk membimbing pembekal makanan tentang Pelaksanaan Keperluan Pensijilan PKKM,KKM sebagai Pra-Syarat Perolehan Pembekalan Makanan Bermasak dan/atau Perkhidmatan Penyediaan Makanan dalam Perolehan Kerajaan (Fasa 2.0) yang mula berkuatkuasa pada 1 Februari 2026 .

Photos from Jabatan Standard Malaysia's post 27/02/2026

MS 1480:2025 — Malaysia’s latest HACCP standard 👇
A new revision has been released by Jabatan Standard Malaysia.

For food businesses that are HACCP-certified (or planning to be), this update is important to take note of.

==========
Standard MS 1480:2025 kini menggantikan versi 2019.

Antara penekanan utama:
• Budaya keselamatan makanan
• Pengesahan dengan bukti saintifik sebelum pelaksanaan langkah kawalan
• Keperluan naik taraf pensijilan sebelum 24 Oktober 2027

==========
马来西亚 HACCP 标准 MS 1480:2025 已取代 2019 版本。

重点包括:
• 食品安全文化
• 实施控制措施前需科学验证
• 现有认证单位须在 2027 年 10 月 24 日前完成升级

若您的业务涉及食品生产或出口,此更新值得关注。

📌 Sumber asal: Jabatan Standard Malaysia
🔗 https://shorturl.at/7LePO


#食品安全

17/02/2026

骏马奔腾开新局,宏图再展创高峰
愿新的一年稳步前行、持续努力、再创佳绩。🐎

May the year ahead bring steady growth, purposeful effort, and stronger achievements. 🐎

Happy Chinese New Year!
新年快樂
🍊🧧🍊🧧🍊🧧

12/02/2026

Tapak bazar / karnival dah set... semua pengendali makanan sudah bersedia?

Pastikan semua pekerja sudah ada Sijil Kursus Pengendalian Makanan KKM - sertai sesi bersemuka kami!

🗓 14 Februari 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 hingga 11.30 pagi
📍 Pejabat Win Synergy Training, Jalan Pegawai, Alor Setar
💵 RM50 (sijil siap hari yang sama!)
🧑🏻‍🏫 Ms. Khairul Muna

Apa yang bestnya?
• Hands-on tips & guideline terus daripada tenaga pengajar berpengalaman
• Faham selok-belok kebersihan & keselamatan makanan
• Sijil diiktiraf KKM terus boleh guna untuk permohonan tapak
• Kelas tambahan boleh diadakan kalau ada permintaan

⚠️ Tempat terhad—daftar sekarang!
☎️ Call/WhatsApp: 011-6748 9922

07/02/2026

Ringkasan praktikal daripada infografik PKKM 👇
Sebagai peringatan keselamatan makanan di dapur - jangan ambil risiko.

• Makanan baru dimasak lebih selamat
• Elakkan pencemaran silang (asingkan mentah & RTE)
• Hidangkan dalam tempoh selamat, kekalkan suhu panas
⚠️ Makanan lama walaupun dipanaskan semula belum tentu selamat

A practical summary from the PKKM infographic 👇
A food safety reminder for the kitchen - don’t take the risk.

• Freshly cooked food is safer
• Prevent cross-contamination (separate raw & RTE)
• Serve within safe time, keep food hot
⚠️ Reheating does not guarantee food safety

来自 PKKM 信息图的实用摘要 👇
作为厨房食品安全的提醒 - 不要冒险。

• 现煮的食物 比较安全
• 避免交叉污染(生食与即食食品分开)
• 控制时间与温度
⚠️ 食物加热后 不一定 代表安全

📌 Infografik asal oleh Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
👉 Jangan biar lebihan makanan semalam menjadi racun hari ini


#食品安全

🍗 BARU VS LAMA

JANGAN AMBIL RISIKO❕

Makanan yang baru dimasak lebih selamat untuk dimakan. Elakkan keracunan makanan dengan sentiasa membudayakan amalan keselamatan ini 👇

❌ Elakkan pencemaran silang

▪️Jangan campur makanan mentah dengan makanan sedia dimakan (RTE)
▪️Gunakan papan pemotong dan peralatan berasingan untuk bahan mentah dan RTE
▪️Basuh tangan SEBELUM dan SELEPAS mengendalikan makanan mentah mahupun RTE

⏱️ Had tempoh hidangan

▪️Hidangkan makanan dalam tempoh 4 jam selepas dimasak
▪️Makanan yang dibiarkan lama pada suhu bilik berisiko tinggi untuk pembiakan bakteria dan terdedah kepada pencemaran

🌡️ Jaga suhu makanan

▪️Makanan baru dimasak berada diluar zon bahaya dan perlu kekal panas (≥60°C) untuk elakkan pembiakan bakteria
▪️Elakkan makan makanan yang terdedah lama pada suhu bilik yang berkemungkinan telah berada dalam zon bahaya suhu (5°C – 60°C)

⚠️ Perlu ingat ❕
Makanan yang lama walaupun dipanaskan semula belum tentu selamat dimakan.

👉 Jangan biar lebihan makanan semalam menjadi racun hari ini❕




Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


190 (1st Floor), Susuran Sultan Abdul Hamid 8, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid, Jalan Pegawai
Alor Setar
05050

Opening Hours

Monday 09:00 - 12:30
14:00 - 22:30
Tuesday 09:00 - 12:30
14:00 - 22:30
Wednesday 09:00 - 12:30
14:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 12:30
14:00 - 17:30
Friday 09:00 - 12:30
14:00 - 17:30
Saturday 09:00 - 12:30
14:00 - 17:30
Sunday 09:00 - 12:30
14:00 - 17:30