بسم الله ☝️الله🏹 حق🎯
"Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka.
Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah. Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah. Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah."
(HR. Muslim, Tirmidzi, Nasai, Ahmad dan lainnya)
Maahad As-Solehah
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Maahad As-Solehah, School, Lot 738, Kuala Kangkong, Alor Star, Alor Setar.
21/04/2023
[SALAM AIDILFITRI 1444H]
بسم الله الرحمن الرحيم،
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْد
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin daripada kami, warga Maahad As-Solehah/As-Solehin (MATIS) kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia.
Semoga kita memperoleh ketaqwaan dan dapat mengekalkan momentum Ramadhan sebagai bulan tarbiyyah bagi umat Islam dan semoga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadhan yang lalu dan mengizinkan kita untuk bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang. In Shaa Allah.
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال، عيدكم مبارك وسعيد وكل عام وانتم بخير
''Melahirkan Generasi Al-Quran Yang Soleh Dan Solehah"
12/01/2023
"Tahun ini, ""haramkan"" diri dari sifat ini ✊.
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
""Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah"".
Di Malaysia saja, hampir 2.3% orang dewasa yang menghidap penyakit kemurungan.
Yang pasti ia bukannya tanda iman yang lemah.
Tahun ini, kita cuba belajar untuk minta tolong apabila kita berasa lemah.
Cuba untuk bangkit semula perlahan-lahan.
InsyaAllah, semoga tahun ini lebih baik untuk saudara-saudari 🤲.
Selamat menempuh tahun yang baru 😊.
MAAHAD AS-SOLEHAH"
29/12/2022
Perkembangan terkini Maahad Tahfiz As-Solehah setakat 21 Disember 2022.
28/12/2022
Ibu Ayah, tiada yang lebih gembira daripada anak yang soleh solehah kan.
Jangan jemu doakan anak-anak,
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.
Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”
InsyaAllah, anak yang soleh-solehah inilah kunci kebahagiaan kita di dunia dan akhirat 🤍.
22/12/2022
Ekonomi dunia makin gawat.
Mungkin ramai dalam orang yang disekeliling kita yang merasa terkesan, tidak terkecuali juga kita.
Risau kalau perkara ini akan menjadi asbab orang semakin depressed (tertekan).
Pandanglah orang di sekeliling kita, bersikap ihsan pada yang dalam kelelahan dengan ujian mereka.
Semoga Allah SWT murahkan rezeki kita dan mereka.
08/12/2022
Nasihat, bukan bebelan.
Anak itu, bukan tidak mahu dengar apa yang kita cakap,
Mungkin timing kita saja yang kurang tepat.
Anak itu perlu tenang dulu, sebelum dapat menyerap kata-kata yang baik dari kita.
Anak itu perlu difahami dulu, baru dia dapat memahami apa yang kita ingin sampaikan padanya.
🤲 اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
Lot 738, Kuala Kangkong, Alor Star
Alor Setar
06650