03/05/2026
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad Syazwan Bin Ahmad Rafidi daripada Unit Kaunseling, Kolej MARA Kuala Nerang serta Unit Bimbingan Kaunseling di bawah kelolaan Hal Ehwal Murid, Pondok Moden Zakat Kedah atas penganjuran Program βIgnite Your Futureβ.
Program ini amat bermakna dan memberi manfaat besar kepada anak-anak pelajar PMZK dalam membuat persediaan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun yang akan bermula esok.
Semoga segala usaha dan perkongsian yang diberikan menjadi asbab kejayaan dan kecemerlangan para pelajar, seterusnya melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Terima kasih sekali lagi atas komitmen dan sumbangan yang diberikan. π
βNegeri Kita,Kita Bangunβ
29/04/2026
β¨ MAJLIS TAUSIYAH BERSAMA DATOβ SERI DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI β¨
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh keberkatan Majlis Tausiyah bersama Datoβ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersama para pelajar Pondok Moden Zakat Kedah.
Pengisian yang sarat dengan ilmu dan nasihat ini memberi inspirasi kepada para pelajar untuk terus memperkukuh jati diri, mendalami ilmu agama serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Semoga segala ilmu yang disampaikan memberi manfaat yang berpanjangan dan menjadi asbab kejayaan dunia dan akhirat buat semua.
π
Tarikh: 28 April 2026
β° Masa: 9:30 pagi β 10:30 pagi
π Tempat: Surau Pondok Moden Zakat Kedah
Terima kasih diucapkan kepada Datoβ Seri atas kesudian hadir dan berkongsi ilmu.
26/04/2026
πππππππππ πππππππππ πππ ππππ ππ ππππππ πππππ πππππ πππππ
π 26 April 2026 | Alor Setar
Alhamdulillah, Pondok Moden Zakat Kedah telah menerima kunjungan strategik daripada Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama serta meneroka model pembangunan pendidikan Islam yang holistik dan berdaya maju.
Delegasi JAIS yang diketuai oleh Tuan Anas Bin Ayob, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS bersama barisan pegawai kanan telah disambut oleh pihak pengurusan Pondok Moden Zakat Kedah yang diketuai oleh Ustaz Shazril Hanis bin Salmi, Ketua Divisyen Pendidikan, Lembaga Zakat Negeri Kedah serta barisan kepimpinan institusi.
Lawatan ini membuka ruang perkongsian menyeluruh meliputi:
πΉ Sejarah penubuhan institusi
πΉ Model tadbir urus dan pengurusan profesional
πΉ Pendekatan pembangunan akademik dan sahsiah pelajar
πΉ Pengurusan kebajikan berasaskan dana zakat
Delegasi turut diberi pendedahan terhadap pendekatan unik Pondok Moden Zakat Kedah yang mengintegrasikan elemen tahfiz, turath, pendidikan dini, akademik arus perdana serta pembangunan kepimpinan pelajar dalam satu ekosistem pendidikan yang seimbang.
23/04/2026
Tahniah diucapkan kepada Alumni Pondok Moden Zakat Kedah, Muhammad Faris Luqman bin Shaifol Asri, atas kejayaan cemerlang memperoleh keputusan MUMTAZ dalam Sijil Tahfiz Malaysia 2025.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh pelajar serta diberkati Allah SWT, seterusnya terus melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak dan berbakti kepada agama serta ummah.
Syabas dan teruskan kecemerlangan!
Negeri Kita, Kita Bangun
17/04/2026
Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Badan Pengawas Pondok Moden Zakat Kedah atas penyertaan sebagai pemerhati dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Kali Ke-15.
Penglibatan ini merupakan satu pendedahan yang amat bermakna dalam memahami sistem pentadbiran dan perjalanan institusi perundangan negeri. Ia juga mencerminkan kesungguhan serta keupayaan para pengawas dalam membina jati diri kepimpinan yang berwibawa.
Semoga pengalaman berharga ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh, memperkukuh kemahiran kepimpinan serta menyumbang kepada agama, bangsa dan negara pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penyertaan ini.
βPemimpin muda hari ini, peneraju masa depan.β
Teruskan kecemerlangan! πͺπ
17/04/2026
Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada pelajar Pondok Moden Zakat Kedah atas penyertaan dan pencapaian cemerlang dalam Acara 2 Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Agama Malaysia (MIISMAM).
Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, kesungguhan tanpa jemu serta semangat juang yang tinggi dalam menuntut ilmu dan mengharumkan nama sekolah. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada para guru pembimbing dan seluruh warga sekolah yang sentiasa komited dalam membimbing serta menyokong para pelajar hingga ke tahap ini.
09/04/2026
π Tahniah & Syabas! π
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar Pondok Moden Zakat Kedah atas kejayaan cemerlang dalam Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Agama Malaysia (MIISMAM) Negeri Kedah Peringkat Zon 2.
Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, kesungguhan serta komitmen tinggi para pelajar dalam mengharumkan nama sekolah. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru-guru pembimbing, para pendidik serta seluruh warga Pondok Moden Zakat Kedah yang sentiasa memberi sokongan, bimbingan dan dorongan tanpa jemu.
βKejayaan bukan milik individu, tetapi hasil usaha bersama.β
Semoga segala usaha ini diberkati dan terus membuahkan hasil yang membanggakan
01/04/2026
Alhamdulillah, 2 orang Pelajar Tajaan Zakat di Pondok Moden Zakat Kedah , cemerlang SPM 9A
31/03/2026
Sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Pondok Moden Zakat Kedah atas pencapaian membanggakan dalam keputusan SPM 2025.
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para pelajar, bimbingan penuh dedikasi para guru, serta sokongan padu daripada ibu bapa dan seluruh warga sekolah.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang. Teruskan berusaha, tingkatkan iltizam dan jadikan kejayaan ini sebagai langkah permulaan ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
07/03/2026
Salam Nuzul Quran 1447H
βNuzul al-Quran mengingatkan kita bahawa cahaya petunjuk Allah diturunkan untuk membimbing manusia daripada kegelapan kepada cahaya iman dan kebenaran.β
Ikhlas daripada
Pengetua dan Seluruh Warga Pondok Moden Zakat Kedah