Majlis Sambutan Hari Raya ASTECH 2026 Bersama ALUMNI ASTECH 18 April 2026 Dewan Seri Budiman SM TEKNIK ALOR SETAR
Alor Setar Technical School
Page FB Alor Setar Technical School memaparkan berita semasa mengenai SM Teknik Alor Setar.
14/04/2026
Hebahan : Dijemput ALUMNI SMTAS hadir ke MESYUARAT AGUNG PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK ALOR SETAR & JAMUAN HARI RAYA.
Tarikh : 18 April 2026
Tempat : Dewan Seri Budiman
05/04/2026
Alhamdulillah. Pelbagai program telah berjaya dijalankan bagi memupuk nilai kebersamaan di kalangan warga sekolah.
05/03/2026
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Mohd Faruhi bin Johari selaku Guru Pembimbing serta dua orang murid Tingkatan 5, Fahim bin Fauzi dan Muhammad Iqbal bin Ayob atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan World Youth STEM Invention Innovation 2026 (WYSII 2026) yang telah berlangsung di Bangkok, Thailand pada 29 Januari hingga 2 Februari 2026.
Dalam pertandingan berprestij peringkat antarabangsa tersebut, pasukan ini telah berjaya meraih pencapaian membanggakan seperti berikut:
🥇 Anugerah Emas Kategori Guru menerusi projek STEM Career Book
🥇 Anugerah Emas Kategori Murid menerusi projek All Stardy Apps
🏆 Panel Choice Award
🌟 Special Award – Instagram Poster Challenge
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah, malah membuktikan komitmen, kreativiti dan kecemerlangan warga Sekolah Menengah Teknik Alor Setar dalam bidang inovasi dan STEM di peringkat global.
Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga turut dirakamkan kepada pihak PIBG, Alumni, ibu bapa serta barisan guru atas sokongan padu, sumbangan dan doa yang berterusan dalam merealisasikan kejayaan ini.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
26/01/2026
HEBAHAN : 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Dimaklumkan kepada semua calon bahawa semakan keputusan rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi Ambilan 2026 boleh dibuat mengikut ketetapan berikut:
📌 Tarikh semakan keputusan rayuan: 27 Januari 2026, mulai jam 10 pagi.
📌 Tarikh pendaftaran: 03 Februari 2026
🔗 Pautan semakan: https://sptv.moe.gov.my
Sehubungan itu, calon yang berjaya dikehendaki membuat semakan dan pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan.
Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya.
26/01/2026
Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada Team Memanah.
26/01/2026
Alhamdulillah. Tahniah kepada penerima.
26/01/2026
Gotong Royong Perdana 2026
SM Teknik Alor Setar
15/12/2025
Sekalung penghargaan & tahniah atas pelantikan baharu. Semoga terus cemerlang dalam kerjaya dan memberi khidmat bakti yang terbaik.
24/11/2025
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊𝐈 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐒𝐏𝐌) 𝟐𝟎𝟐𝟓.
TARIKH : 25 November - 22 Disember 2025
2 PUSAT : KC 333 & KC 334
SM TEKNIK ALOR SETAR
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon SPM 2025.
Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan, diberi kesihatan yang baik, ketenangan hati, dan kelancaran menjawab, serta memperoleh keputusan yang cemerlang.
Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal. Sesungguhnya kejayaan pasti milik mereka yang tidak berputus asa.
Semoga kejayaan SPM 2025 menjadi langkah pertama menuju masa depan yang gemilang.
Doa daripada kami warga ASTECH mengiringi perjuangan semua anak didik ASTECH 💐💐💐
All the best!
24/11/2025
Hebahan : Temuduga Calon Murid Tingkatan 4, 2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Sekolah Menengah Teknik Alor Setar , Lebuh Raya Sultan Abdul Halim
Alor Setar
05400
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |