15/07/2026
Terima kasih kepada Saudara Muhammad Kamil bin Shukeri yang merupakan alumni Kohort 2017 (SVM) dan Ambilan 2019 (DVM). Beliau merupakan graduan tahun 2021.
Beliau telah meneruskan pengajian dalam Sarjana Muda Teknologi Pembinaan Bangunan Dengan Kepujian di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Beliau akan bergraduasi tidak lama lagi. Lebih menggembirakan, kami menerima perkhabaran bahawa beliau ingin meneruskan lagi pengajian ke peringkat Sarjana. Didoakan semoga segala urusan beliau sentiasa dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan yang berterusan.
Terima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan Program Bicara Alumni dengan berkongsi pengalaman, memberikan nasihat serta penerangan yang sangat bermanfaat kepada adik-adik pelajar. Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada mereka untuk terus berjaya pada masa hadapan.