Teknologi Pemesinan Industri Kolej Vokasional Alor Setar

Teknologi Pemesinan Industri Kolej Vokasional Alor Setar

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Teknologi Pemesinan Industri Kolej Vokasional Alor Setar, Education Website, .

15/03/2026

Selamat Hari Raya Dari Program Teknologi Pemesinan Industri Kv Alor Setar 2026..

10/03/2026

11 MAC 2026 - Sesi Amali "Tensile Test" telah dijalankan di bilik Kawalan Kualiti, Teknologi Pemesinan Industri. Ujian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan kursus USM2112 Sains Bahan. Diharap semua pelajar terus bersemangat untuk mendalami ilmu bagi persediaan menghadapi cabaran kerjaya.

01/03/2026

11 FEB 2026 - Sesi penilaian dan pembentangan Projek Tahun Akhir (PTA) bagi Program Teknologi Pemesinan Industri KVAS telah dijalankan di Makmal Kawalan Kualiti. Panel jemputan terdiri daripada Ts. Dr Mohd Khairul Nuzul bin Hassan, Ts. Muhamad Hasnan bin Abdullah, dan En Mohammad Junaidi bin Harun.

Tahniah kepada semua pelajar 2DVM Sem4 yang telah kompeten bagi kursus ini.

14/08/2025

Keychain KV made by TPI Kv Alor Setar..


Photos from Teknologi Pemesinan Industri Kolej Vokasional Alor Setar's post 14/08/2025

Alhamdulillah Selesai Meeting Program Teknologi Pemesinan Industri bersama Tuan Pengarah..Demi melestarikan masa depan Tvet Negara..



04/08/2025

Throwback Pertandingan Kv Skills Peringkat Zon Kedah/Perlis 2025..
Bidang Bertanding:
- Mechanical Engineering CAD : Johan
- Additive Manufacturing : Ketiga
- Cnc Milling : Keempat

Tahniah kepada semua Jurulatih dan Pelajar..Anda memang Terbaik..

04/08/2025

Ayuh mohon sekarang..

🎓 𝐉𝐎𝐌 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐕𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐀𝐋𝐎𝐑 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑🔧📚
PERMOHONAN TELAH DIBUKA

Minat dalam bidang kemahiran?
Jangan lepaskan peluang ini!
📢 Kolej Vokasional Alor Setar kini membuka permohonan untuk ambilan pelajar baru sesi 2026.

📅 1 Ogos- 7 September 2025
Mohon sekarang sebelum tarikh tutup.

🌐 Mohon online di:
https://spskt4.moe.gov.my/

Sampaikan berita baik ini kepada semua pelajar tingkatan 3 bagi tahun 2025.
Jom daftar sekarang, KV Alor Setar menanti anda.

01/08/2025

Recap Kv Skills Additive Manufacturing Zon Kedah Perlis 2025 di Kv Sp1 30 Julai 2025..

Photos from Teknologi Pemesinan Industri Kolej Vokasional Alor Setar's post 01/08/2025

Alhamdulillah. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Pensyarah dan peserta yang mewakili Teknologi Pemesinan Industri KVAS ke pertandingan KV SKILLS Zon Kedah Perlis yang telah berlangsung di KV Sungai Petani 1. Teruskan usaha dalam perjuangan untuk memartabatkan TVET Negara.

18/07/2025

17/7/2025_Program Teknologi Pemesinan Industri KVAS telah menganjurkan Bengkel Asas Fibre Laser Engraving bertempat di Bilik Simulasi dan Bilik Kawalan Kualiti Bengkel TPI KVAS. Seramai 20 orang peserta yang terdiri dari pensyarah vokasional dan pensyarah umum telah mengambil bahagian. Terima kasih atas komitmen dari semua peserta. Jom kita bersama-sama membangunkan TVET negara.

17/07/2025

Penilaian Akhir Ujian Amali SVM Sem 1 Pemasangan Komponen Mesin

Pada 15/7/2025, Pelajar SVM Sem 1 telah selesai menjalani peperiksaan Amali Sijil Vokasional Malaysia dengan jayanya. Diharap semua pelajar lulus dengan cemerlang bagi semua kursus. Selamat Maju Jaya.

22/06/2025

Pada 13/5/2025 hingga 20/5/2025, seramai 4 orang Pensyarah Program Teknologi Pemesinan Industri KVAS telah menjalani latihan Pusat di KV Shah Alam bagi pengujian dan latihan peralatan baru. Bengkel ini meliputi mesin seperti berikut:

1. CNC Lathe
2. CNC Milling
3. CNC Grinding
4. EDM Wire cut
5. EDM Die Sinking
6. CMM Machine

Semoga ilmu yang dipelajari boleh dikembangluaskan dan disampaikan kepada anak2 pelajar demi pembangunan TVET Negara. Selamat Maju Jaya

Want your school to be the top-listed School/college?

Culinary Team

Attire