29/04/2026
Makluman untuk semua waris SKSG.
Laman FB Rasmi
29/04/2026
Makluman untuk semua waris SKSG.
🚘🚦 *ARAHAN LALU LINTAS KEPADA SEMUA WARIS SK SRI GUNONG*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Makluman dan perhatian kepada semua ibubapa/penjaga. Bagi memastikan keselamatan murid dan kelancaran trafik di kawasan sekolah, *semua waris diminta mematuhi arahan berikut:*
1. *Sila hantar anak melalui Pintu Pagar B sahaja.*
2. *Pimpin tangan anak semasa menyeberang jalan.*
3. *Sekiranya anak melintas jalan sendiri, pastikan mereka melintas ketika lampu isyarat bertukar hijau dan tiada kenderaan di jalan raya.*
4. *Waris dilarang keras memberhentikan kenderaan di hadapan pintu pagar sekolah semasa menghantar dan mengambil anak.*
5. *Elakkan membuat pusingan-U di hadapan kawasan sekolah.*( *PERINGATAN* )
6. *Beri perhatian pada lampu isyarat di hadapan sekolah. Pastikan kenderaan berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah.*
Kerjasama semua waris amat dihargai demi keselamatan semua murid. Patuhi peraturan dan elakkan kecelakaan.
Harap maklum dan terima kasih.
*UNIT HEM SKSG*
📢 *HEBAHAN RASMI: PENDAFTARAN TAHUN 1 KALENDAR AKADEMIK TAHUN 2027*
Dimaklumkan bahawa penjadualan terkini permohonan pendaftaran Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 adalah seperti berikut:
🗓 *Tarikh Akhir Permohonan (Umur 5+) bagi kelahiran 2 Januari 2021 hingga 1 Januari 2022 :*
*15 April 2026 (Rabu)*
🔒 *Penutupan Sementara Sistem :*
*16 April – 30 April 2026*
Sistem permohonan akan ditutup sementara bagi tujuan penyelarasan.
🔓 *Pembukaan Semula Permohonan Dalam Talian :*
pada *1 Mei – 15 November 2026*
Permohonan akan dibuka semula secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan https.idme.moe.gov.my *hanya bagi kelahiran 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021 (Umur 6+)*
📌 Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang berhampiran.
⚠️ Perhatian: Pastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Sekian Terima Kasih
20/03/2026
16/03/2026
📢 MAKLUMAN CUTI SEKOLAH
Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri dan cuti penggal pertama bermula 18 hingga 28 Mac 2026 (Rabu hingga Sabtu)
🏫 Sekolah akan dibuka semula pada 29 Mac 2026 (Ahad).
Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga sekolah.
Selamat bercuti dan sentiasa jaga diri serta keselamatan sepanjang musim perayaan bersama keluarga tersayang.
💖🚘
11/03/2026
PROGRAM DIDIK ZAKAT BERSAMA LZNK
Program Didik Zakat ini bertujuan menggalakkan warga sekolah menunaikan kewajipan membayar zakat.
Selain itu, program ini juga memberi pendedahan dan mendidik murid-murid tentang kepentingan serta cara menunaikan zakat fitrah, agar mereka memahami tanggungjawab sebagai seorang Muslim sejak kecil.
Hal ini selaras dengan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 43
وَاَقِيْمُوا الصَّلٰوةَ وَاٰتُوا الزَّكٰوةَ وَارْكَعُوْا مَعَ الرّٰكِعِيْنَ
bermaksud: "Dan dirikanlah kamu akan solat serta tunaikanlah zakat dan rukuk la kamu bersama orang-orang yang rukuk."
Melalui program ini, diharapkan murid dapat mempelajari dan mengamalkan cara membayar zakat dengan betul serta menyemai nilai keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.
06/03/2026
Agihan Bubur Lambuk sempena menyemarakkan Bulan Ramadan 1447H kepada warga sekolah.
الحمد لله..
Semoga dimurahkan rezeki kepada yang telah memberi sumbangan/infaq utk program ini.
Tarikh : 5 Mac 2026
Anjuran : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
24/02/2026
PERLANTIKAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA SKSG 2026
TARIKH : 23 FEBRUARI 2026
HARI : ISNIN
PENGAWAS SEKOLAH
PENGAWAS PSS
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
KETUA DAN PENOLONG KELAS
24/02/2026
PERLANTIKAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA SKSG 2026
TARIKH : 23 FEBRUARI 2026
HARI : ISNIN
Tahniah kepada murid-murid yang baru sahaja dilantik sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, PRS, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.
Pelantikan ini merupakan satu amanah dan kepercayaan besar yang diberikan oleh pihak sekolah atas sikap tanggungjawab, disiplin dan kepimpinan yang telah kamu tunjukkan.
Semoga kalian dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, berintegriti, adil serta menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan yang lain. Ingatlah bahawa jawatan ini bukan sekadar lencana di dada, tetapi satu tanggungjawab untuk membantu guru, menjaga kebajikan rakan serta memupuk suasana sekolah yang harmoni dan berdisiplin.
Teruskan berusaha, berani memimpin dan sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan. Semoga pengalaman ini membentuk sahsiah diri yang cemerlang serta menjadi kenangan manis sepanjang alam persekolahan.
Tahniah dan selamat menjalankan tugas! 🌟