10/05/2026
Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026 SEKOLAH RENDAH ISLAM TAHFIZ DARUL HIDAYAH & TADIKA PRA TAHFIZ DARUL HIDAYAH.
Semoga beroleh kejayaan.
بالتوفيق والنجاح
DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN.
Ya Allah, ya Tuhan kami, Kami memohon keampunan-Mu, kami memohon kerahmatan-Mu, kami memohon taufik dan hidayah-Mu ya Allah.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, ya Tuhan kami, permudahkanlah urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada-Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai-Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima-Mu.
Ya Allah, ya Tuhan kami, Ikhlaskanlah hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu-Mu. Tetapkanlah niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata-mata kerana-Mu ya Allah.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu-Mu ya Allah.
Ya Allah, tidak lama lagi, anak-anak kami akan menduduki peperiksaan ya Allah. Kami memohon kepada-Mu ya Allah, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi nanti ya Allah.
Ya Allah, peliharalah kesihatan anak-anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah, berikanlah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia menjadi pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba-Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada-Mu.
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada- Mu, perbaikilah akhlak anak-anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah, apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat kami ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah-Mu yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah, jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Anak yang menjadi penyejuk mata apabila kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke syurga-Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka-Mu ya Allah. Tetapkanlah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Engkau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah, kami tidak mampu untuk mengawasi anak-anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan-Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.
Ya Allah, perkenankanlah doa-doa kami ini.
Amin ya Rabbal Alamin.
21/04/2026
Assalamualaikum w.b.t.
Tuan/puan dijemput hadir *Sambungan Daurah Kitab* dengan rujukan kitab:
📘 “Keruhanian Solat, Solat Para Wali”
📘Tasawuf, Meniti Jalan Menuju Ihsan
📍22 APRIL 2026 (RABU)
📍 Masjid Pondok Darul Hidayah,
Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah,
Kg Sg Mati, Lepai, Langgar, Alor Setar, Kedah.
🕰 Sesi 1: 9.00pagi - 12.00tengahari
🕰 Sesi 2: 3.00petang - 6.00petang
🕰 Sesi 3: 8.00malam - 9.30malam
Semua muslimin & muslimat dijemput hadir.
🌿Jamuan Tengahari dan Jamuan Lepas Asar Disediakan
Semoga majlis ilmu ini diberkati Allah SWT.
15/04/2026
Assalamualaikum w.b.t.
Tuan/puan dijemput hadir *Sambungan Daurah Kitab* dengan rujukan kitab:
📘 “Keruhanian Solat, Solat Para Wali”
📍22 APRIL 2026 (RABU)
📍 Masjid Pondok Darul Hidayah,
Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah,
Kg Sg Mati, Lepai, Langgar, Alor Setar, Kedah.
🕰 Sesi 1: 9.00pagi - 12.00tengahari
🕰 Sesi 2: 3.00petang - 6.00petang
🕰 Sesi 3: 8.00malam - 9.30malam
Semua muslimin & muslimat dijemput hadir.
🌿Jamuan Tengahari dan Jamuan Lepas Asar Disediakan
Semoga majlis ilmu ini diberkati Allah SWT.
12/04/2026
Alhamdulillah tahun ini AlFadhil Tuan Guru Ustaz Johari Morad dan isteri berhari raya bersama penduduk2 Kg. Atog dan Lingkabau, Sugut, Paitan, Sabah.
Sejak tahun 2018 AlFadhil TG turun berdakwah di sini. Kehadiran penduduk Islam di surau baru kampung Atog termasuk wanita dan kanak2 melimpahi keluar surau.
Pelajar Kg. Dampiron, Sugut Umar Al-Hafiz Asran Abdullah yang pernah belajar di Pondok Darul Hidayah, Kedah menjadi imam solat dan Alfadhil TG membaca Khutbah hari raya.
Jamuan hari raya diadakan dirumah Alfadhil TG kira2 50 meter dari surau.
Ramai juga dari Penduduk yang bukan Islam hadir sama.
TG membina rumah kayu disitu pada tahun 2019.
Paling mengembirakan pada hari raya pertama sebelum solat hari raya seorang pemuda kg. Atog telah di syahadahkan kepada Islam.
Pada hari raya kedua seorang ibu dan 2 orang anak kecil juga disyahadahkan oleh Alfadhil TG di kg. Lingkabau.
Sepanjang pagi hingga zohor hari raya kedua Alfadhil TG menghimpunkan muallaf di Kg. Atog dan Lingkabau dalam kursus pemantapan Islam dan praktikal solat. Seramai 30 orang hadir.
Isteri TG sibuk di dapur rumah menyediakan makan tengahari kepada peserta dan penduduk Islam dan bukan Islam yang masih datang kerumah TG pada hari raya kedua.
Hari raya ketiga Alfadhil TG pulang semula ke Madrasahnya di Kiulu Tamparuli dengan memandu selama 7 jam perjalanan dengan hati yang penuh kesyukuran kepada Allah SWT.
21/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Daripada Tuan Guru Ustaz Haji Johari B Morad (Pengerusi KPIDH),
Moga amalan dan taubat kita sepanjang bulan Ramadhan diterima oleh Allah. Amin
تقبل الله منا و منكم
18/03/2026
Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Sumbangan zakat dan pakaian di Paitan, Sugut, Beluran, Sabah.
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh keberkatan Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat setempat di Kg. Timpus dan Kg. Kehebaton serta Kg. Dampiron, Paitan, Sugut, Sabah yang dihadiri oleh Alfadhil Tuan Guru Ustaz Johari bin Morad. Ustaz Johari Morad
Setelah memandu kereta dari Kota Kinabalu menuju Sugut, Sabah yang mengambil masa 7 jam dengan ditemani isterinya, AlFathil Ustaz dapat menghadiri majlis berbuka puasa beberapa hari dengan masyarakat setempat termasuklah muallaf dan asnaf. Majlis ini turut diserikan dengan penyampaian zakat, duit raya serta sumbangan pakaian kepada golongan dewasa dan kanak-kanak sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang kepada komuniti setempat.
Lebih membanggakan, pelajar Sugut yang pernah belajar di Pondok Darul Hidayah, Kedah iaitu Umar AlHafiz telah diberi kepercayaan untuk mengimamkan solat Maghrib,Isyak dan sunat Tarawih. Ini merupakan satu pencapaian yang amat bermakna dalam melahirkan generasi berilmu dan berakhlak.
Kehadiran penduduk setempat yang ramai dari kalangan remaja lelaki dan perempuan terutama di Kg. Dampiron, Sugut memberi harapan telah terbina satu generasi yang sangat perihatin kepada amal dan dakwah dipendalaman Sabah.
Semoga segala amal kebajikan ini diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan kepada semua yang terlibat.
Terima kasih kepada semua penyumbang wang dan pakaian, pemberi zakat dan dan pihak yang menjayakan program setiap tahun dikawasan ini.
Insyaallah, pada 18 Mac dan 19 Mac AlFathil akan berbuka puasa dan menyantuni masyarakat islam di Kg. Lingkabau dan Kg. Atog, Sugut, Sabah dan terus berada disitu untuk sambutan Aidil Fitri bersama mereka yang kebanyakannya muallaf untuk kali yang yang ketujuh setiap tahun.
Semoga segala amal kebajikan ini diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan kepada semua yang terlibat.