TVET MARA ALOR SETAR

TVET MARA ALOR SETAR

Share

Facebook Rasmi TVETMARA ALOR SETAR

Photos from TVET MARA ALOR SETAR's post 12/05/2026

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘 𝗛𝗔𝗦𝗡𝗬 𝗙𝗨𝗥𝗡𝗜𝗧𝗨𝗥𝗘

📅 11 Mei 2026

Kunjungan hormat telah diadakan oleh Dr. Hj. Norazli Hj. Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Ekonomi Bumiputera (BPEB), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bersama Tc. Huzaireen Hassan Asri, Ketua Program Diploma Teknousahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot, TVETMARA Alor Setar ke kilang Hasny Furniture di Pantai Remis, Perak yang merupakan usahawan di bawah Program Diploma Teknousahawan Rekabentuk & Pengeluaran Perabot (KBNET).

Lawatan ini bertujuan meninjau peluang serta potensi syarikat dalam industri perabot, di samping melihat sendiri operasi dan perkembangan perusahaan yang dijalankan oleh usahawan.

Turut diadakan sesi perbincangan bagi mengenal pasti isu, cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh Hasny Furniture sebagai usahawan di bawah naungan KBNET dan MTIB, khususnya dalam usaha memperkukuh pembangunan perniagaan serta meningkatkan daya saing industri perabot bumiputera.

Semoga lawatan ini dapat mempererat hubungan strategik antara pihak industri dan agensi berkaitan serta membuka lebih banyak peluang pembangunan, sokongan dan kemajuan kepada usahawan industri perabot negara.












Photos from MARA Negeri Perak's post 12/05/2026
Photos from Fabristar's post 11/05/2026
06/05/2026

𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗔𝗡 & 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa, urus setia serta semua pihak yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan dedikasi dalam menjayakan Karnival 60 Tahun MARA.

Segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan amat dihargai dalam memastikan kelancaran penganjuran program yang penuh bermakna ini.

“MENJUNJUNG AMANAH”

Daripada:
En Zahari Aziz
Timbalan Ketua Pengarah MARA &
Pengerusi JK Sambutan
Karnival 60 Tahun MARA








05/05/2026
Photos from TVET MARA ALOR SETAR's post 04/05/2026

🎉 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝟲𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗔! 🎉

𝗝𝗼𝗺 𝗸𝘂𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗕𝗼𝗼𝘁𝗵 𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗦𝗲𝘁𝗮𝗿 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗶𝗻𝗶!
Pelbagai aktiviti menarik, pameran usahawan serta produk kreatif menanti anda.

📅 5 Mei 2026
📍 Tingkat 4, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur

🗓 Antara pengisian menarik hari ini:
🔹 9.00 pagi – 10.00 malam
Pameran Booth Usahawan & MARA BizNetwork

🔹 9.00 pagi – 6.00 petang
Ekosistem Keusahawanan MARA

🔹 11.00 pagi – 1.00 tengah hari
MARA In Fashion

🔹 10.45 pagi – 1.00 tengah hari
Perhimpunan KAMI Gen MARA

🔹 Sepanjang hari
Jualan Usahawan MARA & HAVOC Food Festival

🔹 8.30 malam – 12.00 malam
Malam Perdana Inspirasi

✨ 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠!
𝐒𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐡 𝐛𝐨𝐨𝐭𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐬𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐕𝐄𝐓𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐥𝐨𝐫 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐫

💥 Hari terakhir – jumpa kami hari ini!










04/05/2026

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗕𝗛𝗚. 𝗗𝗔𝗧𝗢’ 𝗦𝗥𝗜 𝗦𝗨𝗥𝗜𝗔𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗧𝗢’ 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗

Seluruh warga Majlis Amanah Rakyat (MARA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan cemerlang dalam memacu pembangunan desa dan luar bandar, seterusnya meningkatkan kesejahteraan masyarakat Bumiputera.








Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


TVETMARA Alor Setar, Jalan Kota Tanah
Alor Setar
05050