SK Taman Aman

SK Taman Aman

Share

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

SK Taman Aman mula dibina pada September 2011 dan siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah pada 9 Ogos 2002. Sesi persekolah pertama bermula 4 Januari 2003 dengan ambilan pertama seramai 435 orang manakala 24 orang guru berugas di bawah pimpinan guru besar yang pertama iaitu Tn Hj Mohamad Rashidi b Said.

Photos from SK Taman Aman's post 02/05/2026

2.5.2026

LARIAN BENDANG KEDAH 2026
Yayasan Sultanah Bahiyah

Tahniah buat anak-anak yang menyertai larian bendang anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah pada pagi tadi.

Terima kasih pada waris yang berkongsi gambar anak-anak SKTA. 👍👍

Photos from SK Taman Aman's post 02/05/2026

2.5.2026

Alhamdulillah, SK Taman Aman berjaya mendapat tempat keempat pada Kejohanan Piala Menteri Belia dan Sukan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru atas doa buat kejayaan anak-anak SK Taman Aman. 🙏🏻🤲🏻.

29/04/2026

29.4.2026

Alhamdulillah dan tahniah buat adik Muhammad Mikail dari 6 Elite atas kejayaannya menjadi Johan Hafazan Al-Quran Lelaki (SR) Peringkat Daerah Kota Setar.

Tahniah dan terima kasih juga buat ibu ayah dan guru-guru pembimbing atas didikan dan dorongan.

Insya Allah, adik Mikail akan mewakili daerah Kota Setar ke Pertandingan Hafazan peringkat Negeri Kedah kelak. Terus doakan beliau cemerlang hingga ke peringkat tertinggi nanti.

Photos from SK Taman Aman's post 28/04/2026

26-29 April 2026

English Week

"Master English, Rule Your Future"

Photos from SK Taman Aman's post 26/04/2026

TAHNIAH diucapkan kepada 2 orang murid SKTA dari TAHUN 5 :

*1. NUR DANIA ALEESA BINTI ABDUL HALIM*

*2. ANIS SOFEA BINTI HAZWAN*

yang telah berjaya menyertai

*KEM KETUA PLATUN KRS/TKRS PERINGKAT NEGERI KEDAH*

bertempat di : PUSAT KO SG TIANG PENDANG
pada : 23-25 April 2026

Terima kasih kepada Guru Besar, barisan pentadbir, guru-guru penasihat TKRS dan warga SKTA yang banyak membantu dan memberi sokongan dan dorongan.

Photos from SK Taman Aman's post 25/04/2026

25.4.2025

Alhamdulillah!
Syabas untuk pasukan bola sepak Aman Panthera kerana berjaya muncul sebagai JOHAN di Kejohanan Bola Sepak SPERD Cup Bawah 12 Tahun Peringkat Negeri Kedah.

Terima kasih atas doa dan sokongan padu para pentadbir, waris dan guru-guru.

Photos from SK Taman Aman's post 24/04/2026

23.4.2026

Alhamdulillah dan tahniah buat pasukan Ragbi Aman Panthera yang berjaya menjadi naib johan di Kejohanan Ragbi MSSD 2026.

Terima kasih kepada barisan pentadbir, para waris dan guru-guru yang bertungkus-lumus membuat latihan dan persiapan akhir ke kejohanan tersebut.

You did well, team!!

Photos from SK Taman Aman's post 20/04/2026

20.4.2026

Program Hari Kesedaran Autisme Sedunia Peringkat Sekolah dikendalikan oleh murid-murid PPKI dengan bimbingan guru-guru PPKI yang dedikasi.

Moga kesedaran tentang autisme dapat membuka mata dan minda masyarakat amnya dan warga sekolah khasnya akan kehadiran golongan autistik di sekitar kita, seterusnya dapat menyantuni mereka agar kita dapat menjalani kehidupan yang lebih sejahtera bersama.

19/04/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera

✨Sukacita dimaklumkan PPKI SKTA telah menghantar tiga orang wakil ke Anugerah Tokoh Nilam pada hari ini.

✨Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid tersebut di atas pencapaian mereka dalam Anugerah Tokoh Nilam.

✨ Terima kasih juga buat semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan serta guru-guru pembimbing yang berusaha melatih peserta sehingga membuahkan hasil.

✨ Semoga warga SKTA sentiasa berjaya.

Photos from SK Taman Aman's post 14/04/2026
Photos from SK Taman Aman's post 14/04/2026

14.4.2026

Majlis Bakti Disanjung, Budi Dijunjung

Selamat bersara dari dunia pendidikan Cikgu Faizah, moga segala curahan ilmu dan dedikasimu dalam perkhidmatan akan diganjari dengan kebaikan di dunia dan akhirat.

Kami di SKTA mendoakan agar Cikgu Faizah sentiasa dalam lindungan Allah dan sihat sejahtera dalam menempuh hari-hari mendatang bersama keluarga tersayang.

Simpan segala kenangan bersama di SKTA. Kami memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan, gurau senda dan kata-kata atau perbuatan yang mungkin mengguris hati selama bekerja bersama. Moga ukhuwwah fillah ini akan berkekalan hingga ke syurga. Jangan lupakan kami di sini dan teruslah menikmati kehidupan yang lebih bermakna. Insya Allah.

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Sk Taman Aman, Anak Bukit
Alor Setar
06550

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Sunday 07:30 - 17:00