05/01/2024
Aku bila orang judge dodol kayu api ni macam dodol biasa kat luaq ( walhal depa sendiri pun tak pernah rasa lagi 🙄)
Teruih aku teringat mak aku pernah cerita,😅
Arwah tok dan tokwan aku ( sebelah mak aku ) orang kantin. Depa dapat tender kantin sekolah rendah. Lama jugak la depa "pegang" kantin tu.
Ni apa yang mak aku cerita la,☺️
Dulu dulu semua depa masak sendiri.
Lauk pauk untuk budak budak,
Lauk pauk untuk cikgu cikgu dan staff,
Kuih muih bagai.
Arwah tok dan arwah tokwan aku ajaq mak aku, dan adik beradik dia buat semua by manual.
Dulu dulu menu kantin meriah ya dengan kuih muih. Bayangkan kuih muih pulak memang yang kuih muih style dulu dulu.
Contoh,
Kalau hari tu kena buat karipap,
Jam empat pagi kena start uli doh, masak inti karipap. Kelim pulak guna manual. Bukan guna acuan tu.
Kalau hari buat kuih pau pun sama.
Hari nak makan tu, hari tu jugak la baru dibuat. Betui betui fresh. Macam karipap kan, tok dan tok wan aku tak kan buat frozen.
Sama jugak mak aku kata kalau bila nak masak makanan yang berasaskan santan. Santan tu akan perah guna tangan. Dari cari buah nyoq, kupaih, kukoq semua sendiri. Arwah ajaq mak aku dan mak mak menakan aku yang lain, kalau rasa nak meniaga makanan, masak macam mana kita masak nak makan.
Kalau setakat nak cincai tu, tak payah.
Sambal nasi lemak tu selagi tak pecah minyak, selagi tak berkecah dapoq dengan percikan, jangan harap boleh berhenti masak.
Aku yang dengaq ni, fuhhh.😆
Tu sebab waktu aku terjebak dengan si dodoi kayu api ni. Mak aku kata,
" makanan tradisional ni, nak betui betui sedap kena guna santan hat fresh, perah sendiri "
" kalau santan segera tu sedap memang la sedap, cuma tak kick. lemak dia pun kurang. lagi satu, dodoi tak jadi berkilat merelip, nak terbit minyak dari santan "
Waktu aku bagi mak aku first time rasa dodoi aku ni,
First mak aku kata bau wangi sangat. ( bau dari kayu api ). Kalau orang yang tak pernah makan dodol yang masak guna kayu api, mesti akan kata ada bau "something".😅
Tapi yang selalu atau pernah makan dodol cara tok nenek kita buat dulu, mesti happy. Happy sebab zaman la ni dah susah nak dapat dodol masak ataih kayu api.
Kalau ada pun, kena tunggu time raya. Tu pun tak semua generasi boleh buat. Sebab tu aku
tak kisah pun orang pandang rendah sebab
" lah dodol ja ? "
Hmm, dodol kayu pi ni la punca ramai bagitau aku depa pakat nak nak pi kat batu belah batu bertangkup. Berebut dengan anak anak woi.😆
By the way, start la ni sapa yang nak dodol, akan dapat dodol yang pakai " baju baru ".☺️
Yang nak dodol boleh roger aku teruih tau.
RM 19 ( setengah kilo )
RM 27 ( setengah kilo + postage )
Klik link ni ya,
https://wa.link/g49y6m
23/06/2020
11/04/2020
08/04/2020
03/02/2020
24/01/2020
24/01/2020
24/01/2020