09/05/2026
Perasmian Gelanggang Akademi SINGA PUTIH Malaysia di Smk Agama Arau telah berlangsung dengan jayanya pada Khamis lalu.
Bertambah lagi gelanggang Singa Putih Di bumi Indera Kayangan. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah serta adik² Panglima dan Srikandi SMKA ARAU yang hebat!
Tahniah juga kepada semua Gurulatih ASPM 🔥
Huffaz yang hebat ilmu akhlaknya dan berjiwa pendekar!
04/05/2026
Team Akademi SINGA PUTIH Malaysia di pawagam bersama GAYONG 2 kali ni.
Tahniah semua yang masih berdarah pendekar. Semoga jiwa anak-anak muda terisi dengan semangat kepahlawanan melayu yang kini makin pudar ditenggelami zaman.
30/04/2026
DAULAT TUANKU
Dari seluruh ahli Akademi SINGA PUTIH Malaysia
Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.
27/04/2026
Selamat Hari Ulangtahun kepada Ketua Majlis Gurulatih AKADEMI SINGA PUTIH MALAYSIA Panglima Abdullah Bin Ahmad.
Belau juga atau lebih dikenali sebagai "Abg Lah" pernah menjadi gurulatih legend suatu ketika dahulu di sebuah gelanggang tua kedah iaitu Gelanggang Limbong Di bawah bimbingan arwah guru Haji Hussain Bin Din. (Al-Fatihah)
Semoga diberkati segala penat lelah dalam perjuangan dan dipanjangkan Umur dalam keberkatan.
19/04/2026
Meraikan Majlis Penutup Syawal Di Gelanggang Singa Putih, Ipoh Perak bersama Cikgu Noriman Ahmad, Srikandi Nadia dan semua waris² arwah Cikgu Mad Jepun dan seluruh jemaahnya.
Terima Kasih atas jemputan Aidilfitri buat kami. Cukup meriah majlisnya, juadah yang disediakan semuanya enak belaka.
Meskipun dari Kedah ke Perak, jauh berbatu nautika tapi majlis seperti ini sungguh bermakna dan bernilai bagi menguatkan lagi hubungan silaturrahim kita semua.
Kerana kita semua SEGAYONG! Kita adalah KELUARGA! Moga kita semua dapat menjalankan amanah arwah Guru kita Cikgu Mad Jepun dengan baik dan sempurna.
16/04/2026
MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI Akademi SINGA PUTIH Malaysia di Gelanggang Pusat.
Alhamdulilah, terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis.
Ucapan terima kasih juga buat Cikgu Noriman Ahmad sekeluarga yang merupakan waris kepada arwah Cikgu Mad Jepun serta jemaah dari Ipoh yang sudi hadir meraikan Syawal bersama kita.
Semoga dengan majlis seperti ini dapat mengukuhkan lagi ukhuwaah sesama ahli Gayong. InshaAllah.
InshaAllah, ada rezeki kita raikan lebih ramai lagi jemaah. Maaf atas kekurangan. Maaf jika terlepas pandang jemputan.
Salam Kasih Sayang. Salam Gayong!
12/04/2026
KURSUS PENYELARASAN SILIBUS Akademi SINGA PUTIH Malaysia di Gelanggang Pusat Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Fateh - MADAF.
Selesai 2 hari 1 malam, dengan aktiviti yang padat dan bermanfaat buat semua peserta.
Himpunan anak² gelanggang di Gelanggang Pusat Madaf yang hampir 100 orang lebih peserta telah memberi impak positif dalam pemantapan ilmu silat dan ukhuwaah sesama ahli.
Tahniah diucapkan buat semua para peserta dan para Guru Latih yang telah memberi komitmen yang baik sepanjang kursus berlangsung.
Next........... 🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥
20/03/2026
Ikhlas dari kami warga
AKADEMI SINGA PUTIH MALAYSIA
27/02/2026
Sekilas pandang Ifthar jemaah Majlis Gurulatih Akademi SINGA PUTIH Malaysia
Secara santai layan healing angin malam ramadhan
Semoga ukhuwaah ini terus berdiri teguh bersama semangat Perjuangan yang tinggi melangit
25/02/2026
Kejohanan Silat Terbuka Bertempat di Muzium Kota Kuala Kedah
Tahniah pada semua pemenang pingat Emas, Perak dan Gangsa
Tahniah juga buat semua coach yang terlibat sepenuhnya selama kejohanan berlangsung.
Tahniah pada Biro Olahraga Akademi SINGA PUTIH Malaysia
21/02/2026
Persembahan Silat oleh anak-anak SINGA PUTIH pada kejohanan sukan Sekolah Menengah Lubuk Merbau dan Sekolah Rendah Lubuk Merbau Pendang kedah.
Turut hadir bersama wakil Dato Zuraidi dan Pengetua Sekolah serta guru-guru sekolah, juga wakil dari Ahli Majlis Gurulatih Akademi Singa Putih Malaysia serta anak-anak Singa Putih dari Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Fateh MADAF
Akademi SINGA PUTIH Malaysia akan mula menapak Di Sekolah ini dijangka selepas Aidilfitri InshaAllah.