12/05/2026
SELAMAT HARI GURU 2026
AL-Bukhary~ Bukharians Beat The limit- VISI SEKOLAH
Menjadi sekolah berkualiti berteraskan kecemerlangan akademik.
Selamat datang ke Facebook rasmi SMK Syed Mohamed Al-Bukhary yang merupakan salah sebuah sekolah cemerlang di Alor Star , Kedah Darul Aman, dengan bilangan murid seramai 1016 orang dan dibimbing oleh 83 warga guru dan pentadbir, SMK Syed Mohamed Al-Bukhary dengan slogan "Sentiasa Menandingi, Aura Bestari" akan terus berusaha dalam menandingi pencapaian sekolah-sekolah menengah di Malaysia.
12/05/2026
SELAMAT HARI GURU 2026
Assalamualaikum
Di maklumkan bahawa Mejar KRS Mohd Zahir bin Hashim telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.
Mohon kita sedekahkan Fatihah dan doakan semoga rohnya dicucuri rahmat Dan ditempatkan bersama mereka yang beriman Dan beramal soleh.
29/01/2022
🔖 *KEMPEN SUMBANGAN PROJEK PENDIDIKAN DIGITAL 2022 SMK SYED MOHAMED AL BUKHARY*
Alhamdulillah SMK SYED MOHAMED AL BUKHARY akan melangkah setapak ke hadapan dengan visi Pendidikan Digital Untuk Semua iaitu menaik taraf capaian Internet di SMK Syed Mohamed Al Bukhary.
Kualiti Internet yang sedia ada sangat terhad dan tidak menyeluruh capaian ke semua bangunan sekolah terutama di kelas-kelas pembelajaran. Oleh itu pihak sekolah dengan kerjasama Internet Power Sdn Bhd akan membangunkan kemudahan infra ini bagi manfaat pendidikan anak-anak kita pada masa hadapan.
Pihak Syarikat menyediakan satu landing page khas untuk sumbangan kepada projek ini yang berjumlah RM108,900. Kos ini melibatkan pemasangan 33 unit akses poin yang akan memanfaatkan kepada semua pelajar sekolah, para pendidik dan pentadbir serta akan memudahkan segala urusan pembelajaran dan aktiviti pihak sekolah.
Projek ini akan dapat direalisasikan bersama dengan sumbangan dan sokongan daripada ibu bapa, warga alumni dan masyarakat sekitar dengan menyumbang serendah RM100 setiap orang dan hanya memerlukan 1089 dermawan dari kalangan ibu bapa, alumni atau pun masyarakat sekitar yang bermurah hati untuk melihat kejayaan projek ini pada masa hadapan.
Besar harapan sekiranya ada dari kalangan ibu bapa dan warga alumni yang berkemampuan dan berminat untuk menyumbang satu akses point yang berjumlah Rm3300. Maka hanya memerlukan 33 orang penyumbang dermawan untuk manfaat projek ini pada masa hadapan. Jom bantu sekolah ke arah Pendidikan Digital Untuk Semua. Walaubagaimanapun tiada paksaan kepada ibu bapa, warga alumni dan sesiapa sahaja, kerana ini hanyalah ikhtiar dan perancangan untuk melihat ke arah pendidikan yang lebih baik pada masa hadapan. Semoga setiap sumbangan anda akan menjadi saham akhirat yang akan berkekalan sehingga akhir hayat kita.
Sumbangan anda boleh disalurkan terus melalui link khas ini :
📲
projekinternet.my/smksmalbukhary
projekinternet.my/smksmalbukhary
projekinternet.my/smksmalbukhary
Resit sumbangan akan diberikan melalui emel yang dihantar. Pakat share dan sebarkan kepada semua ibu bapa dan warga alumni untuk bersama menyumbang ke arah masa hadapan anak-anak kita.
Sumbangan Projek Digital SMK Syed Mohamed Al-Bukhari Sumbangan Projek Digital SMK Syed Mohamed Al-Bukhari
10/05/2021
pembukaan sekolah 2021 bersama AJK PIBG
pembukaan sekolah 4 hb april 2021
10/05/2021
pertukaran en Samsor PKP ke SMK BAKAR ARANG SG. PETANI (Pengetua )