25/04/2026
Teringat kisah seorang remaja yang parah di ICU, kerana keluar bersama teman lelaki pada waktu malam. Ibu bapa tidak tahu yang anaknya keluar sehinggalah menerima perkhabaran daripada pihak hospital yang memaklumkan anak mereka mengalami pendarahan kepala akibat kemalangan motorsikal.
Ya. Bila nampak budak-budak naik motor berdua, kita cepat marah.
“Budak sekarang.”
“Kecil-kecil dah pandai couple.”
“Mak ayah tak pantau ke?”
Tapi jarang kita tanya satu benda.
Pernah tak kita ajar mereka bahawa sayang bukan bermaksud berani buat benda bahaya?
Anak tidak bercakap.
Kita boleh tambah papan tanda.
Kita boleh tambah saman.
Kita boleh tambah operasi.
Tapi kalau anak-anak masih takut untuk bercerita di rumah, risiko itu tetap akan keluar juga. Di lorong taman. Di belakang sekolah. Di atas motor kawan. Di tempat yang orang dewasa sudah tidak nampak.
Bila nampak remaja naik motor berdua, keluar tanpa kawalan, cuba nampak berani di depan orang yang mereka s**a, kita cepat marah.
“Budak sekarang.”
“Kecil-kecil dah pandai couple.”
“Mak ayah tak pantau ke?”
Tapi mungkin soalan yang lebih besar ialah, pernah tak kita duduk dan berbual dengan mereka tentang rasa s**a, rasa ingin diterima, tekanan kawan, batas pergaulan, dan maksud sebenar menjaga orang yang disayangi?
Ini bukan tentang menggalakkan budak bercinta.
Ini tentang mengakui bahawa remaja memang sedang belajar mengenal emosi. Mereka sedang belajar tentang perhatian, penerimaan, ego, keberanian, malu, cinta dan identiti diri.
Kalau semua itu tidak pernah dibincang dengan orang dewasa yang mereka percaya, mereka akan belajar daripada tempat lain.
Daripada kawan.
Daripada media sosial.
Daripada budaya “nak nampak cool”.
Daripada jalan raya.
Sebab itu ada budak lelaki fikir membawa orang yang dia s**a naik motor tanpa fikir keselamatan ialah tanda berani.
Ada yang fikir kalau tak ikut, nanti nampak pengecut.
Ada yang fikir cinta perlu dibuktikan dengan risiko.
Ada yang tidak faham bahawa satu brek mengejut, satu selekoh, satu jatuh sahaja boleh mengubah hidup satu keluarga.
Undang-undang tetap penting. Helmet tetap wajib. Lesen tetap perlu. Keselamatan jalan raya tetap tidak boleh dipandang ringan.
Tetapi sebelum saman datang, sebelum ambulans datang, sebelum ibu ayah menangis di hospital, perbualan di rumah sepatutnya datang lebih awal.
Tanya anak ke mana dia pergi.
Tanya siapa kawan dia.
Tanya apa yang dia risau.
Tanya siapa yang dia s**a.
Tanya tanpa terus menghukum.
Kadang-kadang anak-anak bukan perlukan ceramah panjang.
Mereka perlukan orang dewasa yang cukup tenang untuk mendengar, cukup tegas untuk membimbing, dan cukup peduli untuk hadir sebelum jalan raya mengajar mereka dengan harga yang terlalu mahal.
28/02/2026
Zakat bukan sekadar wang ringgit.
Ia jawapan kepada doa asnaf yang lama menunggu.
Jom tunaikan zakat di:
https://jom.zakatkedah.com.my/
28/02/2026
🌙 𝑻𝒂𝒌𝒘𝒊𝐦 𝑹𝒂𝒎𝒂𝒅𝒂𝒏 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟏𝟒𝟒𝟕𝑯 𝑲𝒊𝒏𝒊 𝑻𝒆𝒓𝒔𝒆𝒅𝒊𝒂!
Rancang ibadah anda lebih awal sepanjang bulan penuh keberkatan.
📥 Muat turun sekarang di sini:
👉https://www.lznk.com.my/wp-content/uploads/2026/02/Takwim-2026.pdf
Simpan, cetak dan kongsikan kepada keluarga serta rakan-rakan.
26/02/2026
💐MAJLIS PERSARAAN BERSAMA CIKGU MOHD NIZAM BIN AHMAD,PJK. DAN CIKGU HAJAH HAFNI BINTI BAHARI BUDIMU DISANJUNG JASAMU DIKENANG💐
📅 Khamis - 26.2.2026 (8 Ramadan 1447H)
⌚ 10:15 pagi - 12:45 tengah hari
🏫 Dewan Ibnu Al-Baitar SKM
⭐ Anjuran Badan Kebajikan Guru & Staf SKM
Majlis persaraan untuk Cikgu Mohd Nizam Bin Ahmad,PJK. yang telah berkhidmat di SKM selama hampir 20 tahun bermula dari 1.1.2006 hingga 26.2.2026.
Majlis ini juga turut meraikan persaraan Cikgu Hajah Hafni Binti Bahari yang telah berkhidmat di SKM selama hampir 17 tahun bermula dari 1.1.2009 hingga 26.2.2026.
Kami seluruh warga SK Mergong mendoakan selamat bersara dari perkhidmatan yang cemerlang dan terbaik buat Cikgu Mohd Nizam dan Cikgu Hafni. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di atas jasa dan bakti mereka berdua yang telah berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum anak-anak didik di SKM.
Budimu disanjung, jasamu dikenang. Semoga ikatan ukhuwah berkekalan. Semoga dipanjangkan umur dalam kesihatan, tenang beramal ibadah, ditambahkan keberkatan dalam rezeki dan bahagia bersama keluarga tersayang. Amin.
Terima kasih Cikgu Mohd Nizam.
Terima kasih Cikgu Hajah Hafni.
👏👏👏💐💐💐👍👍👍
゚viralシfypシ゚ ゚viralシ
18/02/2026
🌙 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗠𝗨𝗕𝗔𝗥𝗔𝗞 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠
Semoga segala amalan kita diterima dan dikurniakan keberkatan serta kesejahteraan buat semua oleh Allah SWT.
"𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑴𝒆𝒏𝒖𝒏𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑰𝒃𝒂𝒅𝒂𝒕 𝑷𝒖𝒂𝒔𝒂"
29/12/2025
Kita tak nafikan.
MRSM, SBP, sekolah berasrama penuh memang banyak melahirkan orang yang masuk universiti terbaik, jadi pegawai tinggi, jadi profesional, dan kukuh ekonomi. Itu fakta. Sistem dia tersusun, exposure dia luas, rangkaian dia kuat.
Tapi satu lagi perkara pun sama penting.
Sekolah harian biasa, sekolah “biasa” pun dah lama membuktikan benda yang sama. Ramai juga yang berjaya.
Bezanya, jalan dia lain.
Di sekolah biasa, survival dia datang dalam bentuk yang lebih sunyi. Kalau nak jadi hebat, anda kena cari sendiri. Kena tanya sendiri. Kena belajar sendiri. Kena bina disiplin sendiri, sebab tak semua benda disediakan.
Dan di situ, lahir satu kekuatan yang orang luar jarang nampak.
Kekuatan untuk tahan tekanan.
Kekuatan untuk pegang rutin walaupun tak dipuji.
Kekuatan untuk jadi “self-made”, bukan sebab sistem memimpin, tapi sebab diri memilih untuk berjuang.
Jadi bila ada orang cakap, “tak masuk SBP, habis la”, itu sebenarnya ayat yang tak adil.
SBP dan MRSM boleh jadi jalan yang cantik.
Tapi SMK biasa pun boleh jadi jalan yang kuat.
Sebab akhirnya, yang menentukan bukan nama sekolah. Yang menentukan ialah siapa anda bila tiada siapa yang mengangkat anda.
29/12/2025
Cara yang lebih sihat dan positif untuk kongsi kejayaan anak (bukan tak boleh)
1. Puji usaha, bukan ranking.
2. Cerita proses, bukan result semata-mata.
3. Jangan bandingkan dengan ank lain dan anak org lain.
4. Kongsi sekali-sekala
5. Tutup dengan doa dan syukur.
Rasa bangga dengan pencapaian anak itu normal. Bila anak pandai buat sesuatu, bila cikgu puji, bila dia dapat peluang yang kita dulu tak pernah ada, hati memang mekar. Itu tanda sayang.
Cuma dalam rasa bangga tu, ada satu ayat yang elok kita simpan elok-elok dalam hati
“Anak bukan trophi”
Anak bukan untuk kita flex. Bukan untuk kita jadikan bukti kejayaan hidup kita. Bukan untuk kita letakkan dalam CV, dan bukan juga untuk kita jadikan konten utama media sosial.
Anak ialah anak. Anak ialah anugerah. Bila kita faham anak itu anugerah, kita akan mula nampak dia sebagai manusia yang ada keistimewaan sendiri, bukan projek yang mesti jadi “perfect”.
Kejayaan dia adalah kejayaan dia. Dan peranan ibu bapa p**a cantik sebenarnya. Kita bukan juri, bukan pengurus reputasi. Kita ialah pendorong. Kita ialah tempat anak balik bila penat. Kita ialah doa yang anak tak nampak, tapi selalu rasa.
Bukan Ibu Bapa Gagal
Dan kalau satu hari anak tak capai apa yang orang lain capai, itu bukan tanda anda ibu bapa yang gagal. Itu bukan tanda anda tak cukup baik. Sebab setiap anak ada musimnya. Ada jalan yang Tuhan bagi dia. Kita cuma temankan.
Yang paling indah, bila hubungan itu kuat, nanti bila kita tua, yang tinggal bukan sijil atau pingat. Yang tinggal adalah hati anak yang lembut.
Mungkin dia bukan award untuk almari.
Tapi mungkin dialah yang rajin p**ang ke kampung. Mungkin dialah yang temankan anda waktu sunyi. Mungkin dialah yang paling setia doakan anda bila anda dah tak ada nanti.
Anak bukan trophy. Anak adalah anugerah. Dan anugerah paling cantik bila kita jaga dengan kasih dan amanah ❤️
22/12/2025
Jom sertai pas**an Bola Sepak SMK Mergong 2026 👍
21/12/2025
🔊 KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN SATU (1) KELAS SELIAAN NEGERI (KSN) SESI 2026 - KELAS RANCANGAN KHAS (KRK) DAN KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) 🔊
Perhatian kepada waris/penjaga murid Tahun Enam (6) Sesi 2025/2026 yang bersekolah dalam negeri Kedah.
Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan permohonan tersebut akan dibuka secara dalam talian melalui Sistem Permohonan Kelas Seliaan Negeri *mulai 29 Disember 2025* . Waris boleh ke pautan di bawah untuk membuat semakan.
Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut bagi perkara ini, sila hubungi Encik Tajularif bin Ibrahim, Unit Sekolah Jenis Khas, Sektor Pengurusan Sekolah melalui talian 04-7404046 / [email protected] atau Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Menengah & Tingkatan 6 mengikut daerah masing-masing.
Keputusan KSN Kedah 2025/2026
Dibangunkan oleh Tc. Bakrizal Fahmi bin Abu Bakar dengan kerjasama USJK (Sektor Pengurusan Sekolah), Sektor Pendidikan Islam, Sektor Pengurusan Maklumat dan PTIS Kedah.
21/12/2025
PENGUMUMAN
𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐌𝐀𝐊𝐓𝐀𝐁 𝐌𝐀𝐇𝐌𝐔𝐃 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Keputusan Kemas**an ke Tingkatan Satu Maktab Mahmud Negeri Kedah Bagi Tahun 2026 boleh disemak di portal rasmi Lembaga Maktab Mahmud pada 22 Disember 2025 bermula 8.00 pagi di https://www.maktabmahmud.edu.my
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit HEM Lembaga Maktab Mahmud di talian 04-7728973