03/02/2021
“Anak saya yang sulung, umur 4 tahun dah boleh membaca. Tapi adik dia yang ni, alahai. Slo sikitlah!”
Sabar mama, ayah…
Jangan cepat give up kalau anak kita lambat sikit dari adik-beradik yang lain.
Cuba kita cek, antara 4 sebab ni. Kat mana ‘tercicirnya puzzle’ anak kita.
1. MUNGKIN SEBAB ASAS ANAK BELUM KUKUH
Mungkin si abang dari kecil dah biasa dengar nursery rhymes atau bunyi-bunyi huruf. Dari kecil dah biasa bergelumang dengan mainan yang berkaitan dengan numbers dan alphabet.
Tapi si adik kita banyak beri peluang bermain. Dan kita tak pernah perkenalkan langsung dengan bunyi dan rupa number dan alphabet.
Jadi, anak nampak macam lambat. Tapi jika deria-deria dia dah bersedia, proses belajar boleh jadi cepat.
Jadi, teruskan usaha.
Tidak apa bermula dari bawah, asalkan kita buka peluang seluas-luasnya untuk mereka sentiasa belajar
2. CARA KITA MENGAJAR TAK SESUAI
Anak kita lambat bukan sebab tak pandai.
Tapi cara kita mengajar yang mungkin tak sesuai dengan mereka.
Abang dia dulu, kita cakap sekali, dah faham, sebab jenis AUDITORY LEARNER.
Tapi adik, mungkin jenis VISUAL atau KINESTHETIC learner.
AUDITORY LEARNER : Mudah faham apa yang diajar hanya dengar cikgu bercakap.
VISUAL LEARNER : Memerlukan sokongan gambar atau video untuk anak faham. Kadang-kadang, perlu tunjukkan dulu cara.
KINESTHETIC LEARNER : Perlu belajar menggunakan kaedah bermain. Lagi banyak deria yang terlibat, lagi berkesan proses pembelajaran.
3. KECERDASAN (INTELLIGENCY) SETIAP ANAK BERBEZA.
Atau mungkin jugak anak kita kecerdasan dia kat tempat lain.
Anak yang cepat bercakap dan membaca, mungkin memang keistimewaan dia pada linguistik.
Yang jenis ‘logic’, hebat dia pada mengira. Jadi, ajar sikit aje, dia dah boleh cope.
Kerana itu dari kecil, kita perlu beri peluang untuk anak mencuba dan meneroka sebanyak-banyaknya perkara. Supaya kita tau di mana kecenderungan mereka.
Kecenderungan boleh diasah ketika anak kecil. Sebab waktu kecil inilah otak anak sedang membina highway-highway yang diperlukan untuk dia berkembang.
Ambil peluang untuk dedahkan dengan perkara yang baik-baik. Sebagai contoh, nak anak minat Al-Quran, dedahkan Al-Quran secara konsisten dari kecil.
Tapi tak semestinya anak kita yang slow bab akademik ni nasib dia tak cukup baik.
Menurut teori kecerdasan oleh Howard Gardner, ada 8 kecerdasan pada anak-anak yang boleh kita asah.
Rujuk gambar-gambar ya kalau nak tahu.
Setiap anak, lain acuannya.
Lain kecerdasannya.
Ingat,
Kalau kita mengukur kehebatan ikan dan monyet untuk memanjat pokok, kesianlah pada ikan.
Dia mungkin tak pandai memanjat. Tapi dia hebat berenang. Bayangkan kalau seumur hidup dia tak beperluang tunjukkan kelebihannya.
Jadi, raikan apa jua kelebihan dan kecenderungan anak. Bantu mereka leads minat mereka ke arah yang lebih baik.
4. MUNGKIN SELF IMAGE
Kita nampak anak kita macam slow sikit mingkin juga sebab ini.
Mungkin anak sendiri pernah dengar kita berbincang dengan cikgu atau pasangan tentang prestasi dia yang tak berapa memberansangkan.
Tak pun, dia terkesan bila tengok abang dia dah pandai macam-macam tapi dia belum.
Lebih menyakinkan, bila dia sendiri dengar dirinya dibanding-bandingkan dengan adik-beradik/ kawan-kawannya sendiri.
Sehinggakan dah tertanam kepercayaan bahawa dia memang tak pandai.
Kemahiran membaca, mengira, mengaji tu semua adalah hak anak-anak yang perlu kita beri.
Kita perlu berusaha untuk bantu anak bersedia sebelum mula masuk sekolah. Tidaklah cikgu pening sorang-sorang nak tolong anak kita.
Pun begitu, jangan jadikan ‘trend cepat pandai’ sebagai perlumbaan.
Sehinggakan kita tak ambil kira proses memandaikan anak tu sesuai atau tak dengan kapasiti anak-anak kita.
Jangan juga kerana ekspektasi kita yang tinggi untuk anak capai akademik, sehingga kita gadaikan keperluan mereka untuk bermain.
Sedangkan, fitrah anak yang berjaya kita penuhi akan membantu membina komponen perkembangan lain seperti kemahiran urus diri, komunikasi, EQ dan SQ.
Kerana itu pentingnya kita ambil tahu ilmu parenting ni.
Belajar
Dan praktikkan apa jua ilmu yang membantu perkembangan anak-anak yang sihat.
Anak-anak perlu diajar untuk beradaptasi dengan sistem kehidupan. Bukan dimatikan potensi mereka oleh sistem tersebut.
Susah kan tugas jadi mak ayah ni sebenarnya?
Tak apa.
We always have the chance to start over.
Relearn dan recharge dulu.
Then, kita start once we gain the strength back, ok!
Kredit to Shauqi
Yang Berusaha Memandaikan Diri, Untuk Memandaikan Anak-anak