Akademi Aula

Akademi Aula

Share

Jom Ngaji Online!
- Kanak-Kanak
- Dewasa

30/05/2021

Sikit pun takpa. Janji baca. Setuju?

29/05/2021

Ada anak-anak yang tinggal mengaji sejak pdpr ni? Nak bagi free trial class. Jom mula ngaji balik!

16/05/2020

[HAPPY TEACHER'S DAY]

One profession that creates all other professions. To all teachers, thank you for giving your love and your 110% in everything! May Allah bless and ease your life always

"Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat, menjadi kenangan sepanjang hayat" - Usman Awang, 1979

26/02/2020

Setiap kali kita berselawat, malaikat akan mempersembahkan nama kita, nama kedua ibubapa kita kepada Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

Dan, jika banyak kita berselawat dalam sehari. Maka, akan banyak jugalah malaikat mempersembahkan nama kita kepada Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Oleh itu, mulakan langkah untuk menjadi manusia yang hebat dengan amalan selawat.

In sha Allah. Sama-sama kita usahakannya. ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞


💫

13/11/2019

...”dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadamu, ya Tuhanku.” (Maryam, 19:4)

Demikianlah doa Nabi Zakaria AS kepada Allah yang ketika itu sudah begitu tua, tatkala meminta agar dikurniakan zuriat yang dapat menyambung perjuangan baginda.

Sekiranya seorang Nabi, yang maksum, yang sangat hampir dengan Allah itu pon, Allah tidak makbulkan doanya dalam sekelip mata, apatah lagi kita, manusia biasa yang hina dan banyak dosa?

Tapi itu tidak bermakna doa kita tidak didengari-Nya, kerana sungguh, Dia ialah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maka jangan pernah berputus-asa dalam berdoa, kerana seperti Nabi Zakaria, baginda tidak pernah kecewa dalam berdoa. ☺️

08/11/2019

“Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya.” (Az-Zalzalah, 99:7)

Kehidupan ini adalah satu pertanggungjawaban. Setiap perbuatan, amalan, percakapan dan tingkah laku kita ‘diperhatikan’ dan akan diadili dengan saksama di akhirat nanti.

Maka perbanyakkanlah kebaikan (dan berhati-hatilah dengan amalan maksiat dan kejahatan!) kerana Allah tidak mungkin lalai daripada melihat-Nya dan Allah adalah sebaik-baik Pembalas. 😊

25/10/2019

Selamat pagi 🤲

03/10/2019

Al-Quran itu adalah hadiah dan rahmat dari Allah kepada Ummat Nabi Muhammad (saw).

Jangan mengabaikannya, kerana ia akan memberi syafaat nya dihari akhirat.

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Alor Setar