Baitul Musthofa Alor Setar

Baitul Musthofa Alor Setar

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Baitul Musthofa Alor Setar, Education, Alor Setar.

Maahad Tahfiz Al-Quran Baitul Musthofa berdaftar sah dengan JAKIM & Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah

Pendaftaran JAKIM - KZH 2016
Pendaftaran JHEIKH -12/2022
Perdaftaran HESA PHK 190/23

Photos from Baitul Musthofa Alor Setar's post 14/11/2025

Bangunan Dua Tingkat Baitul Musthofa kini hampir siap.

Kerja-kerja struktur utama telah 100% disempurnakan dari asas tapak, beam bawah & atas, dinding bata pasir, konkrit lantai hingga pembinaan 5 unit tandas lengkap.

Kini kita memasuki fasa terakhir:

• Pendawaian elektrik & pemasangan lampu
• Pemasangan tingkap aluminium & pintu
• Pemasangan bumbung & sistem gutter
• Pemasangan siling plasterglass
• Render simen & pemasangan jubin lantai
• Kemasan cat dalaman & luaran

Kerja-kerja besar sudah siap.
Asasnya kukuh, dindingnya tegak, lantainya terbentang.

Kini yang tinggal hanyalah sentuhan akhir sebelum anak-anak tahfiz menumpang teduh dan menghafaz ayat-ayat Allah di dalamnya.

*Segala yang tinggal sekarang hanyalah sentuhan akhir*

Dan di sinilah pahala berterusan sedang menanti para pewakaf yang Allah pilih.

Jom bantu siapkan rumah ilmu ini sebelum Januari 2025.

Satu lot wakaf RM100 kecil di dunia, besar di sisi Allah.

Tuan/puan para Dermawan

Setiap lampu yang menyala, setiap kipas yang berpusing, setiap lantai yang dipijak oleh para huffaz kelak…semua itu akan mengalirkan pahala kepada mereka yang membantu dari awal sehingga fasa terakhir ini.

Jom sempurnakan rumah ilmu ini bersama-sama. Satu lot RM100.
Ganjarannya kekal selamanya.

📌 NO. AKAUN WAKAF

*Maybank*
5686 0302 0929
(Maahad Tahfiz Al-Quran Baitul Musthofa)

*Bank Islam*
02011010150021
(Maahad Tahfiz Al-Quran Baitul Musthofa)

Pertanyaan & Penyertaan Wakaf:
📱Ustaz Ariff Idzuan Nordin (Mudir):011-1028 6224

📱Ustaz Nurul Amin Ismail (Timbalan Mudir):019-414 0228

📱Pejabat Maahad: 012-752 4396

Dengan penuh kasih & doa
Maahad Tahfiz Al-Quran Baitul
Musthofa Alor Setar,Kedah

03/10/2025

Bacaan ketika berhenti tidak sama seperti bacaan teruskan pada ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ ٱلْيَوْمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ ayat 3 dalam surah Maidah boleh dibaca berhenti atau teruskan bacaan.

Jom sembang-sambang dalam Santai Tajwid S5.

Sembang santai tapi sampai .

Klik link untuk penyertaan

www.wasap.my/601120773472/nakjoinsantaitajwid

12/09/2025

Amanah Waqaf, Bekal Menuju Akhirat.

Segala waqaf yang Tuan/Puan hulurkan adalah amanah besar yang kami pikul.

Dengan izin Allah, waqaf itu sedang kami usahakan untuk menyempurnakan ruang pengajian di tingkat bawah serta membina asrama di tingkat atas bagi anak-anak Quran.

Kami tidak mampu menjanjikan apa-apa balasan, melainkan doa agar setiap nilai ringgit yang disumbangkan menjadi saksi amal soleh Tuan/Puan di hadapan Allah SWT pada hari akhirat kelak.

Lebih istimewa lagi, kita kini berada di bulan yang penuh kemuliaan, bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Baginda telah mengajarkan bahawa tanda cinta kepada Baginda antaranya ialah dengan memberi, berinfaq, dan menafkahkan harta di jalan Allah.

Maka, marilah kita menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ dengan mengambil peluang berwaqaf di bulan ini. Walau sedikit, insya-Allah yang kecil pada pandangan manusia, besar nilainya di sisi Allah SWT.

Semoga setiap doa, setiap huruf Al-Quran yang dibaca di sini, mengalir menjadi pahala jariah yang tidak pernah putus buat Tuan/Puan.

RM100/1Lot utk hanya 400 dermawan di Hari Jumaat pada Bulan Rabiul Awal ini.
📞 Pertanyaan & penyertaan wakaf:
📲 Ustaz Ariff Idzuan Nordin (Mudir): 011-1028 6224📲 Ustaz Nurul Amin Ismail (Timbalan): 019-414 0228📲 Pejabat Maahad: 012-752 4396

Dengan penuh kasih dan doa,📩
Maahad Tahfiz Al-Quran Baitul Musthofa

Photos from Baitul Musthofa Alor Setar's post 08/08/2025

Bismillahi MasyaAllah..

Minggu ni ada hamba الله yang pemurah hantar Simen 50beg dan 5000bata untuk kegunaan pembangunan.

Pembinaan telah memasuki fasa kedua..

Proses yang sedang dijalankan adalah kerja pemasangan acuan (formwork) dan perancah (scaffolding) untuk pembinaan beam dan lantai tingkat atas.

Alhamdulillah, dengan izin-Nya, kutipan wakaf bagi pembangunan Baitul Musthofa sehingga hari ini telah mencecah RM51’275.00

Masih berbaki RM28’725.00 untuk melengkapkan sasaran fasa pertama berjumlah RM80,000.00.

✨ Kami memerlukan hanya 280 pewakaf yang sudi menyumbang RM100.00 seorang pada Hari Jumaat yang penuh barakah ini, semoga menjadi amal jariah yang mengalir hingga ke syurga.

Wakaf untuk Ibu & Ayah Tersayang
Hadiahkan mereka saham akhirat yang mengalir tanpa henti.
Setiap huruf Al-Quran yang dibaca, setiap doa yang dipanjatkan di tempat ini —
pahalanya mengalir buat mereka, walau jasad sudah tiada.

Kerana kasih kita pada mereka,
biarlah ia kekal hingga ke syurga.

Mohon jasa baik Tuan/Puan untuk sebarkan mesej ini, mudah-mudahan Allah sampaikan kepada hati para kekasih-Nya yang dermawan.

Ya Allah, bukakanlah pintu hati hamba-hamba-Mu untuk membantu kami menyempurnakan rumah ilmu dan Al-Quran ini.

Salam hormat dari saya
Ariff Idzuan Nordin
Mudir,Baitul Musthofa.

22/07/2025

Perkataan نِدَاءً dan هُدًى ketika memberhentikan bacaan perlu dibaca dengan 2 harakat.

Kami nak ajak sembang santai tapi sampai bagi bacaan 2 harakat yang akan ustaz kongsi nanti dalam sambungan Santai Tajwid siri 2.

Dengan keadah simbol kita akan bincangkan tajwid dengan lebih mudah.

Penyertaan TIADA YURAN. Jom sertai sekarang.Tempat terhad.

Tekan link untuk penyertaan...

https://forms.gle/ukqJZzPnMZX5Xtdd6

13/06/2025

Taklimat Keselamatan dan Latihan Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Alor Setar di Maahad Tahfiz Al-Quran Baitul Musthofa pada hari Selasa,10 Jun 2025.

Taklimat disampaikan oleh Tuan Azrin yang memberikan penekanan Keselamatan di premis,penggunaa tong gas dan praktikal penggunaan alat pemadam api kebakaran.

Taklimat ini sangat penting dan bermanfaat sebagai satu usaha bagi mengelakkan kejadian tidak diingin berlaku.

Photos from Baitul Musthofa Alor Setar's post 13/06/2025

Alhamdulillah Ibadah Korban Baitul Musthofa yang telah disertai oleh Waris dan Muhibbin pada tahun ini berjaya dilaksanakan pada 12 Zulhijjah 1446.

Ibadah korban tahun ini kolaborasi dengan DarSa TKY Al-Fadhil Ustaz Moqti Ahmad. Terima kasih Al-Fadhil Ustaz,Al-Fadhil Ustaz Wan Amir,En Ayie dan seluruh team DarSa TKY yang memudahkan ibadah korban tahun ini. Moga diqabulkan oleh الله.

Photos from Baitul Musthofa Alor Setar's post 13/06/2025

Perlawanan Paintball sempena Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis 2025

Baitul Musthofa telah menghantar 2 team Musthofa
Sinwar dan Baqaratul Hamra.

Team Musthofa Sinwar telah mendapat Johan..
Tahniah buat semua pelajar dan jurulatih, guru-guru dan para waris yang telah mengambil bahagian didalam perlawanan ini.

Jumpa lagi di Game seterusnya Julai di Penang.
Takbir..AllahuAkbar!!!!

11/06/2025

Dengan penuh rasa syukur kepada الله dan hormat, kami merakamkan jutaan terima kasih kepada pewakaf tanah Lot 10369 yang telah mewakafkan hartanya ke jalan Allah untuk pembangunan Tahfiz Baitul Musthofa.

Kami telah menyempurnakan Akad Lafaz Wakaf di Pejabat Agama Islam Daerah Kota Setar pagi ini Rabu,11 Jun 2025

Sesungguhnya wakaf ini adalah satu amal jariah yang pahalanya berterusan hingga ke akhirat.”

“Ya Allah, terimalah wakaf ini daripada hamba-Mu, jadikan ia sebagai bekalan untuknya di hari kiamat. Berkatilah hartanya dan usianya, dan jadikanlah tanah ini sebagai sebab untuk mendapat keredhaan-Mu dan memasuki syurga-Mu.”

“Harta yang kita tinggalkan akan binasa… tapi harta yang kita wakafkan akan terus hidup dan memberi syafaat”

Baitul Musthofa

Photos from Baitul Musthofa Alor Setar's post 28/05/2025

Lawatan sambil belajar Maahad Tahfiz al-Quran Baitul Musthofa ke Zawiyah an-Nasiriyyah dan Kilang Coklat Napoh Jitra

Alhamdulillah, pada hari Isnin, telah berlangsung satu kunjungan hormat Pra Huffaz, Maahad Tahfiz al-Quran Baitul Musthofa yang diketuai oleh al-Fadhil Ustaz Al-Amin Amiruddin ke Zawiyah an-Nasiriyyah, Pedu,Kedah yang dipimpin oleh Syeikh Muhd Nazrul Abd Nasir Al-Azhary.

Dalam sesi pertemuan tersebut, Syeikh telah menyampaikan sebuah tausiah ilmiah yang menekankan tentang kepentingan pendidikan pada peringkat Kuttab. Syeikh juga menegaskan bahawa asas yang kukuh dalam bidang ilmu, khususnya dalam pembelajaran al-Quran dan adab, merupakan teras utama dalam membentuk peribadi pelajar yang unggul.

Sebelum berangkat pulang, pihak kami turut diberi kesempatan untuk melihat suasana pembelajaran kelas Kuttab yang sedang berlangsung di Zawiyah an-Nasiriyyah.

Lawatan kedua di Kilang Coklat di Napoh Jitra,Kedah. Pelajar berpeluang mendengar taklimat penghasilan coklat dan merasai pengalaman membuat coklat sendiri. Pembelajar diluar bilik darjah ini sangat bermanfaat bagi memberikan pengalaman kepada para pelajar.

Semoga kunjungan ini menjadi asbab keberkatan, mempererat hubungan silaturrahim antara institusi serta menjadikan asbab kejayaan semua pihak yang terlibat. Allahumma aamin..

Photos from Baitul Musthofa Alor Setar's post 20/05/2025

Sambutan Hari Guru Baitul Musthofa pada Hari Ahad,18 Mei 2025 bertemakan “Back to School”.

Program bermula jam 8:30 pagi dengan perhimpunan dan Ucapan Khas Mudir,Al-Fadhil Ustaz Ariff Idzuan bin Nordin berkisar kemuliaan Ilmu dan Guru.

Diserikan dengan aktiviti “Outdoor dan Indoor” perlawanan antara Team Guru dan Team Pelajar. Perlawanan melibatkan semua guru dan pelajar menceriakan suasana sambutan hari guru.

Sesi petang bermula dengan persembahan pelajar
Pra 3 dengan lakonan pentomen,Pra 2 dengan Boria, Pra 1 dengan Nyanyian Terima Kasih Guru dan Pelajar Tahfiz Syahadah dengan Dikir Barat.

Penyampaian Hadiah Khas kepada Guru-Guru dengan Undian pelajar dan para Muhibbin.

Terima kasih kepada semua semua Guru-guru yang memberikan komitmen dan seluruh pelajar yang menguruskan semua program,aktiviti dan persembahan untuk hari Guru pada tahun ini.

Semoga menjadi kenangan indah kita semua bersama

Photos from Baitul Musthofa Alor Setar's post 16/05/2025

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِمَشَايِخِنَا وَلِمَنْ عَلَّمَنَا وَارْحَمْهُمْ، وَأَكْرِمْهُمْ بِرِضْوَانِكَ الْعَظِيْمِ، فِي مَقْعَد الصّدْق عِنْدَكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredhaan-Mu yang agung, di tempat yang
disenangi di sisi-Mu, wahai Yang Maha Penyayang di antara
penyayang.

Selamat Hari Guru 2025 kepada sekalian guru-guru yang sangat berjasa kepada Baitul Musthofa

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Alor Setar