Techtraders

Techtraders

Share

TECHTRADERS ACADEMY mengajar traders cara mudah dan professional untuk berjaya dalam trading

06/11/2024

📈 Peraturan untuk Stop Loss yang Baik 📉

Dalam trading, kenal pasti point stop loss yang betul sangat penting untuk mengurus risiko dan melindungi modal anda. Berikut adalah dua panduan utama:

1️⃣ Letakkan stop loss anda di bawah paras terendah yang terbentuk daripada pengesahan. Ini membantu mengelakkan anda terkena stop loss terlalu awal disebabkan penarikan kecil.

2️⃣ Atau, letakkan di bawah zon Timeframe Lebih Tinggi (HTF). Menggunakan struktur daripada timeframe yang lebih tinggi memastikan stop loss anda berada di kedudukan yang lebih selamat

04/11/2024

Dalam trading, retest berlaku bila harga kembali menguji aras yang telah ditembusi, sama ada sokongan atau rintangan‼️

Proses Retest:

⛔Breakout: Harga melepasi aras sokongan atau rintangan.
🔄Retest: Harga kembali ke aras yang ditembusi.
✅Pengesahan: Jika harga kekal atau berbalik dari aras tersebut, ini mengesahkan trend baru.

Retest penting untuk mengesahkan kekuatan trend baru, membantu pedagang membuat keputusan lebih yakin.

23/10/2024

Dalam trading, menetapkan SL dan TP dengan betul sangat penting untuk kawal risiko dan ambil keuntungan. untuk upward trend, anda boleh menggunakan paras Higher Low (HL) dan Higher High (HH)‼️

1. Entry: Masuk posisi selepas harga menembusi zon breakout.
2. Stop Loss (SL): Tetapkan SL pada paras HL terakhir, bagi mengurangkan kerugian jika pasaran berbalik.🔄
3. Take Profit (TP): Letakkan TP pada paras HH terakhir, untuk mengambil keuntungan pada tahap tertinggi sebelum harga mungkin berbalik.✅

18/10/2024

Strategi yang terlalu rumit tidak menjamin kejayaan dan boleh memberi kesan buruk pada prestasi trading💸

Ramai yang percaya bahawa lebih banyak indikator digunakan, semakin tinggi peluang untuk berjaya dalam trading, namun ini hanya mitos. Sebenarnya, terlalu banyak indikator boleh mengalihkan fokus, menimbulkan kekeliruan, dan akhirnya menghasilkan keputusan yang kurang tepat.

15/10/2024

Strategi Trading🔥

Dengan menggabungkan analisis fundamental dan teknikal, anda dapat meningkatkan keputusan dagangan anda. Berikut adalah cara menggunakan analisis tersebut:

✅ Analisis Fundamental

1. Indikator Ekonomi: Fokus pada kadar faedah, inflasi, KDNK, dan pengangguran. Ekonomi yang kukuh biasanya membawa kepada peningkatan nilai mata wang. 📈
2. Kaji Berita Global: Peristiwa besar seperti pilihan raya atau keputusan bank pusat dapat mempengaruhi nilai mata wang secara signifikan.🌍

✅ Analisis Teknikal

1. Carta Harga: Mengenal pasti pola untuk menentukan peluang beli atau jual berdasarkan trend.🎯
2. Indikator Teknikal: Gunakan purata bergerak, RSI, dan MACD untuk mencari masa yang sesuai untuk masuk atau keluar dari pasaran. 🚀

11/10/2024

Fahami Margin dalam Trading🤔

‼️Margin adalah wang yang diperlukan untuk buka dan kekalkan posisi dagangan anda.‼️

Ia terbahagi kepada Used Margin (margin yang sedang digunakan ) dan Free Margin (baki yang masih boleh digunakan untuk posisi baru)

Jika baki terlalu rendah, Margin Call mungkin berlaku, dan broker akan minta tambah dana atau tutup posisi.

Contoh Pengiraan Margin: Jika anda berdagang dengan leverage 1:100 dan anda ingin membuka posisi bernilai $10,000, margin yang diperlukan mungkin hanya $100 (iaitu 1% daripada nilai posisi).🤯

Broker akan menahan $100 ini daripada akaun anda sebagai jaminan, sementara baki akaun anda yang lain kekal untuk menampung turun naik harga. 😁

09/10/2024

konsep Wick rejection dalam carta candlestick, yang digunakan dalam analisis teknikal untuk perdagangan 🤔

📈UPPER WICKS REJECTION
a. Candles dengan long upper wicks menunjukkan bahawa harga telah ditolak naik oleh pembeli (bull), tetapi penjual berjaya menurunkan semula harga.
b. Ada tekanan bearish (penurunan) selepas percubaan bullish (kenaikan)

📉LOWER WICKS REJECTION
a. Candles dengan long lower wicks menunjukkan bahawa harga telah ditolak turun oleh penjual (bear), tetapi pembeli berjaya menaikkan semula harga sebelum sesi tamat.
b. Ada tekanan bullish (kenaikan) selepas percubaan bearish (penurunan)

‼️TRADING IMPLICATION
upper wicks rejection: Menunjukkan kemungkinan pembalikan atau kelemahan dalam trend menaik semasa, mungkin peluang untuk menjual.
lower wicks rejection: Menunjukkan sokongan atau kekuatan dalam trend menurun, mungkin peluang untuk membeli.

07/10/2024

‼ Sebelum mula trading, pastikan anda faham istilah penting yang sering digunakan. Dalam poster ini, terdapat beberapa istilah penting dalam Technical Analysis dan Fundamental Analysis yang membantu dalam membuat keputusan yang lebih baik dalam pasaran. 📈💡

💡 TA (Technical Analysis)
Analisis corak dan pergerakan harga untuk meramal arah pasaran.

💼 FA (Fundamental Analysis)
Menilai kewangan syarikat atau ekonomi untuk menentukan nilai aset.

📊 HOD (High of Day)
Harga tertinggi aset dalam sehari.

📉 LOD (Low of Day)
Harga terendah aset dalam sehari.

🕒 O/N (Over Night)
Posisi yang dibiarkan terbuka semalaman.

🚀 B/O (Break Out)
Harga melepasi tahap support atau resistance, menunjukkan pergerakan kuat.

🛠 BOS (Break of Structure)
Perubahan dalam corak pasaran, biasanya menunjukkan trend baru.

💹 E/R (Earnings Report)
Laporan kewangan berkala syarikat.

⏰ PRE (Pre-Market trades)
Perdagangan sebelum pasaran rasmi dibuka.

🌙 AH (After Hours trades)
Perdagangan selepas pasaran ditutup.

⚖ S/R (Support & Resistance)
Paras support di mana harga mungkin berhenti turun, dan resistance di mana harga mungkin berhenti naik.

💰 TP (Take Profit)
Arahan untuk tutup posisi apabila mencapai keuntungan tertentu.

🔐 SL (Stop Loss)
Arahan untuk tutup posisi bagi mengelakkan kerugian besar.

🔄 LH (Lower High)
Harga tertinggi yang dicapai, tetapi lebih rendah daripada harga tertinggi sebelumnya. Ini menandakan kelemahan dalam trend menaik.

⬇ LL (Lower Low)
Harga terendah yang dicapai, tetapi lebih rendah daripada harga terendah sebelumnya. Ini menunjukkan trend penurunan yang semakin kuat.

📊 R:R
(Risk/Rewards)
Nisbah risiko berbanding ganjaran dalam perdagangan.

📆 TF (Time Frame)
Tempoh masa analisis carta (contohnya 1 jam, 1 hari).

⚖ BE (Break Even)
Tahap harga di mana keuntungan dan kerugian adalah sama—tiada untung atau rugi.

📈 Bu (Bullish)
Pasaran dijangka naik.

📉 Be (Bearish)
Pasaran dijangka turun.

04/10/2024

Anda nak Berjaya dalam Trading? Pastikan ada mindset ini 🔥

Untuk Berjaya dalam trading anda perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi, berpegang pada rancangan anda, kawal emosi, dan tunggu peluang terbaik. Itulah rahsia untuk terus konsisten dan berjaya dalam trading!

03/10/2024

‼️Nak tau rahsia mapping yang berkesan?🫣

Fahami 'Inside Bar' reversal untuk elak fake-out.

Valid: harga Close kekal dalam atau atas paras 'Inside Bar'
Invalid : Harga jatuh paras terendah 'Inside Bar'

Baca chart dengan betul untuk mendapatkan keputusan trading yang menguntungkan🔥

01/10/2024

Ini punca 98% trader Margin Call (MC) account trading!🤫

Kenapa Stop-Loss Penting?

Dalam trading loss yang kecil lebih mudah untuk cover semula berbanding loss yang besar.
Jadi Jangan abaikan stop-loss dalam strategi trading anda.

Jaga modal dan kawal risiko untuk pastikan anda bertahan lebih lama dalam market💪🏻

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No 64 Tingkat 1 , Kompleks Sultan Abdul Hamid
Alor Setar
05050

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00