11/05/2025
Sedekah sekarang, pahala abadi! Kerana setiap ringgit itu, pasti dan pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada dunia dan seisinya.
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Umrah Baitul Musthofa, Educational consultant, No 14, Taman Sri Menanti, Jalna Gangsa, Alor Setar.
11/05/2025
Sedekah sekarang, pahala abadi! Kerana setiap ringgit itu, pasti dan pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada dunia dan seisinya.
24/12/2023
Soalan : Bagaimana cara yang betul untuk istilam Hajar al-Aswad
Jawapan :
Terdapat 4 cara istilam Hajar al-Aswad
1. Mengucup Hajar al-Aswad secara langsung sekiranya dia mampu untuk mengucupnya.
2. Menyentuh atau mengusap dengan tangan kemudian mengucup tangannya yang telah menyentuh Hajar al-Aswad.
3. Menyentuh Hajar al-Aswad dengan tongkat atau sesuatu yang lain dan mengucup tempat yang telah tersentuh dengan Hajar al-Aswad.
4. Mengisyaratkan tangan ke arah Hajar al-Aswad dan tidak mengucupnya (tangan)
Istilam ini dilakukan pada setiap permulaan tawaf. Ia tidak dilakukan pada akhir pusingan tawaf yang ke 7.
Jika seseorang yang melaksanakan tawaf tidak melakukan istilam Hajar al-Aswad maka tidak berdosa kerana ia adalah suatu perkara sunat.
Wallahu A'lam
Kredit : FB Abu Ammar al-Mahmudi
19/12/2023
Jom kenal bahagian-bahagian Kaabah.
19/12/2023
Prasangka buruk ku di bayar tunai... Peringatan Allah kepada ku....
Suatu hari, di Masjidil Haram, setelah habis menyelesaikan tawaf, saya segera ketepi mencari tempat strategik yang berhadapan betul-betul dengan Multazam untuk berdoa
Saya menemukan tempat yang kebetulan kosong di hadapan Kaabah. Lalu saya bersimpuh dan memanjatkan doa sambil menunggu waktu Subuh menjelang
Saat itulah saya melihat seorang lelaki hitam legam dari benua Afrika datang dan langsung mengambil tempat di sisi kanan
Terlintas dalam hati, "Dengan potongan perawakan dan tampan seperti ini, lelaki kulit hitam ini biasanya orangnya kasar yang tidak berpendidikan"
Lalu sebagaimana kebiasaan di masjid ketika duduk bersebelahan dalam satu jamaah, saya menghulurkan salam kepadanya
Tiba-tiba dia bertanya dalam bahasa Inggeris yang bagus sekali tentang asal saya
"Saya dari Nigeria, kamu dari mana?" Saya jawab, saya berasal dari Malaysia
"Kenapa orang Malaysia s**a sekali berusaha mencium batu Hajar Aswad?" tanyanya memulai percakapan
"Mungkin kerana cinta. Kaabah adalah rumah Allah, dan Hajar Aswad adalah batu yang pernah dicium Rasulullah (s.a.w). Maka mencium Hajar Aswad adalah refleksi cinta orang Malaysia terhadap Allah dan RasulNya", jawab saya secara ringkas
"Apakah orang Malaysia juga bertingkah laku seperti itu terhadap cinta Allah yang dianugerahkan kepada mereka?" tanyanya
"Maksud anda? Cinta Allah seperti apa yang dianugerahkan kepada kami?", jawab saya dengan bingung
Lalu lelaki berkulit hitam itu menjawab, "Jika Allah menganugerahkan kalian isteri, anak-anak dan orang tua yang masih hidup, itulah wujud cinta Allah kepada kalian."
"Pertanyaan saya", katanya, "Apakah orang-orang Malaysia, berusaha dengan keras dan gigih mencurahkan kasih sayang terhadap anak, isteri dan orang tua mereka yang masih hidup yang diamanahkan Allah sebagaimana mereka berusaha mencium Hajar Aswad?"
"Jika terhadap batu saja refleksi cinta kalian begitu dahsyat, lebih lagi terhadap makhluk Allah yang telah diamanahkan kepada kalian?", tegasnya lagi
Saya tercengang, hilang akal dan tak mampu berkata-kata lagi
Apalagi saat ia bercerita bahawa ia menyelesaikan PhD nya di Harvard University, USA, kemudian ditawar pekerjaan dan jawatan tinggi di sana, namun memilih untuk pulang membesarkan anak-anaknya yang 6 orang, agar mampu menjadi Muslim yang baik
Maka hancurlah semua persangkaan saya terhadap orang ini. Allah membayarnya terus secara tunai saat itu juga
Setelah solat Subuh, sebelum berpisah, dia memberi nasihat yang sampai saat ini masih teringat di kepala saya
"Kejayaan haji atau umrah kita, mabrur atau tidaknya, dinilai bukan pada saat kita menyelesaikan perbuatan-perbuatan haji atau umrah, seperti tawaf atau bahkan mencium Hajar Aswad, namun dinilai pada saat kita kembali"
"Apakah kita mampu menunaikan amanah-amanah, anugerah-anugerah, cinta dan kasih sayang Allah kepada kita dengan bersungguh-sungguh, bersusah payah, mencurahkan kasih sayang kepada orang-orang yang kita cintai, pekerjaan dan masyarakat"
Saya genggam tangannya, saya memeluknya dengan erat dan menyampaikan rasa terima kasih yang mendalam
Saat dia pergi dan hilang di antara kerumunan orang, saya faham, inilah cara Allah menegur saya dan menyampaikan makna mencium Hajar Aswad
Saudara saudariku tercinta
Semoga Allah selalu menjaga hati dan fikiran kita agar selalu lembut dan jernih, hingga dapat menangkap pesan-pesan Ilahiyah yang sangat halus
Cut&paste
Tulisan asal,
(Tidak bernama)
13/12/2023
Keadaan tawaf sekarang..
13/12/2023
Berita baik kepada bakal dhuyufurrahman…
Tambahan 25 kerusi bagi Umrah Mahabbah Rasul + Nisfu Syaaban…
Lawatan khas ke
+ Badar al Kubra
+ Ziarah Khas Madinah al Munawwarah
+ Taif
+ Perkampungan Bani Saad (kawasan rumah Halimatus Saadiah)
Bersama Tabung Haji Travel
Hubungi kami
Seat masih ada. Jangan lepaskan peluang!!!!
Daftar sini bagi umrah n—> https://wa.me/60103254348?text=umrah/UBM002
08/05/2023
Kami sudah bersedia bagi pakej umrah terbaru bersama Baitul Musthofa. Insya Allah kami menawarkan ziarah ke tempat-tempat yang menarik . Jadi jangan lepaskan peluang!!!!
UMRAH JEJAK RASUL 1445H
Istimewa bersama BAITUL MUSTAFA
_Bimbingan :-_
👳🏻♀️ Ustaz Nurul Amin bin Ismail
👳🏻 Ustaz Muhammad Naim Anuar
👳🏻♀️ Ustaz Ahmad Izuddin bin Ahmad Shabudin
Tarikh : 14 - 24 Sept 2023 (11 Hari 10 malam)
Syarikat pengendali Tabung Haji Travel & Services
🏬 Penginapan Hotel bertaraf 4/5 bintang
Makkah al Mukarramah : MIRA AJYAD - 200 meter*
Madinah al Munawwarah :
Al Saaja - 150 meter
🍵 Sajian Asia 3 kali sehari (Sarapan pagi, Makan Tengahari & Makan Malam)
🕌 Umrah Bimbingan Ustaz Berpengalaman dan mengikuti hukum hakam berlandaskan keputusan Muzakarah Haji.
🛣 Lebih Istimewa, Pakej merangkumi LAWATAN DAN ZIARAH JEJAK RASUL ke :-
1. BADAR AL KUBRA- 15 tempat yang punyai kaitan sejarah perjalanan Nabi SAW dan Para sahabat.
2. TAIF - Sejarah Dakwah Baginda Nabi SAW
3. PERKAMPUNG SAADIAH -
Tempat Nabi SAW dilayani oleh Halimatus Saadiah sebagai ibu susuan di zaman kanak-kanak
4. ZIARAH KHAS MADINAH AL MUNAWWARAH - Tinggalan sejarah Nabi SAW dan para sahabat.
Termasuk lawatan di
Makkah al Mukarramah
- Masyaer Hajj / Ji’ranah
- Hudaibiyah
Madinah al Munawwarah
- Quba’ / Ladang Kurma / Uhud / Khandak / Qiblatain
Harga pakej :
🏢 Bilik Ber empat : RM9,390.00
🏢 Bilik Ber tiga : RM9,690.00
🏢 Bilik Ber dua : RM10,390.00
Pakej termasuk :
- Tiket Penerbangan Kelas Ekonomi (Kuala Lumpur - Doha - Jeddah / Madinah - Doha - Kuala Lumpur)
- Pengangkutan di Tanah Suci
- Insurans bagi setiap jemaah
- Visa
- Cendehati dari Tabung Haji
1. Bagasi
2. Beg Tarikh
3. Beg Sendeng
4. Buku Panduan
5. Telekung (Wanita) / Ihram (Lelaki)
Untuk maklumat lanjut :
+6010 325 4348
Hotline Umrah Baitul Musthofa
+6011 1028 6224
Ustaz Ariff
+6012 564 2132
Ustaz Hanifi
25/03/2023
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |