17/06/2022
Kelas muzakarah malam seperti biasa ....marilah bersama berusaha jiwa kits daripada segala sifat tercela
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Halaqah Ilmiyyah Surau TUAN GURU HAJI HITAM, Education Website, .
17/06/2022
Kelas muzakarah malam seperti biasa ....marilah bersama berusaha jiwa kits daripada segala sifat tercela
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
10/06/2022
Muzakarah kitab 20 sifat berjalan seperti biasa yaa ...in sha Allah
05/06/2022
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
Kenapakah fiqh dibahagikan kepada empat rubu'
Disebutkan dalam kitab sabilal muhtadin bahawasanya tatkala adalah segala hukum syarak taa'luq ia dengan yang empat perkara yaitu ibadah , Dan muamalat Dan munakahat Dan jenayaat , maka berlakulah adat segala imam kita syafiiyyah pada menjadikan pada menjadikan kitab fiqh mereka itu atas empat rubu' :
1- ibadat
2- muamalat
3- munakahat
4- jinayaat
Hikmah kerana bahawasanya Allah taala menjadikan pada segala manusia itu empat empat (قوة)
1- قوة نظيفة (قوة ادراک دان عقل )
2- قوة بطينية شهوية ( قوة کإيڠينن ڤروت )
3- قوة شهوية ف*جية (قوة کإيڠينن ف*ج کڤد وطىء)
4- قوة غضبية ( قوة ماره يڠ جادي درڤداڽ ڤربنتاهن دان بربونوه - بونوهن )
- Maka dengan kurniaan Allah dijadikan perkara yang menyempurnakan قوة نظيفة itu ibadah
- Dan yang menyempurnakan قوة شهوية بطينية itu muamalat
- Dan yang menyempurnakan قوة شهوية ف*جية itu ialah munakahat
- Dan yang menyempurnakan قوة غضية itu jinayaat
Sekian .....
صلوا على النبي محمد
اللهم صل سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
02/06/2022
Assalamualaikum.
Muzakarah kitab 20 sifat hati berjalan macam biasa untuk malam ni.
Jom banyakkan berselawat kepada bagin Nabi MUHAMMAD صلى الله عليه وسلم
26/05/2022
Esok muzakarah kitab 20 akan berjalan seperti biasa yaa?
23/05/2022
- Benar pada Amal ibadah
Disebutkan dalam kitab maqasid imam an-nawawi rahimahullah taala :
- ia adalah bersungguh sehingga tidak menunjukkan amalan-amalan yang zahir di atas batinnya yang tidak bersifat dengannya
- kemungkinan seseorang berdiri di dalam solatnya , secara zahirnya kelihatan ia khusyu' , akan tetapi hatinya lalai daripada solatnya , maka sesiapa yang melihatnya ..nescaya akan melihatnya khusyu' kepada Allah , Dan pada hakikatnya hatinya di pasar , bergantung dengan dengan syahwat daripada syahwat- syahwatnya , ia telah tunduk kepada hawa nafsunya, ia telah menhabiskan waktunya pada kehinaan
Kerana bersalahan zahir dengan batin, jika dengan niat menunjuk- nunjuk , maka itu riya' , Dan ia adalah bencana yang besar bagi seseorang , Dan luput daripadanya ikhlas , Dan jika tanpa tujuan menunjuk , maka luput daripadanya benar dalam amal ibadah
- Kerana itulah , junjungan besar baginda nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم berdoa Dan berkata :
اللهم اجعل سريرتي خيرا من علانيتي ، واجعل علانيتي صالحة
Ya Allah ya tuhan, jadikanlah batinku lebih baik daripada zahirku ، Dan jadikanlah zahirku baik/solehah.
- Dan imam athiyyah ibn Abdul ghaffar berkata : jika muafaqah(sama) batin Dan zahir seorang mukmin , berlumba Allah degannya malaikat berkata : inilah hambaku yang sebenar
-Diperik daripada kitab syarh al-maqasid an- nawawiyyah
22/05/2022
بسم الله والحمد لله
والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم
Hati yang sejahtera adalah alamat kepada seseorang itu mendapat kebahagian daripada Allah taala ...Sehingga junjungan besar baginda nabi Muhammad sصلى الله عليه وسلم menyebut dalam doa baginda
اللهم إني أسئلک قلبا سليما
Yang bermaksud : wahai tuhanku ,sesungguhnya aku memohon kepadamu hati yang sejahtera .
Dan telah berkata Al-imam an-nawawi rahimahullah taala : sesungguhnya terhasilnya hati yang sejahtera dengan sejahteranya daripada penyakit yang batin , seperti hasad , bakhil , riya' , ujub , takabbur Dan suma'h Dan lain-lain
Jomlah sama kita bermujahadah Dan bersungguh membersihkan hati kita daripada sifat - sifat yang dicela dengan menuntut ilmu , kerana orang yang hatinya bersih dia akan hampir dengan Allah taala
Dipetik daripada Kitab Al-wafi fi syarhi arbai'n an - nawawi