SMK Tengku Laksamana

SMK Tengku Laksamana

Share

LAKSAMANA 2025

Photos from SMK Tengku Laksamana's post 04/09/2025

πŸ“š Lawatan Penanda Aras Pemantapan Pusat Sumber Sekolah
3 September 2025

SMK Tengku Laksamana dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada SMK Sultanah Bahiyah atas sambutan dan kunjungan Lawatan Penanda Aras Pemantapan Pusat Sumber. Semoga perkongsian ilmu ini dapat meningkatkan kualiti pengurusan pusat sumber serta memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah.

Photos from SMK Tengku Laksamana's post 04/09/2025

Alhamdulillah, Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Bil. 8 SMK Tengku Laksamana berjalan lancar pada 3 September 2025. Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat. Semoga usaha ini terus menyemai disiplin, kepimpinan dan kecemerlangan dalam kalangan warga sekolah.

Photos from SMK Tengku Laksamana's post 01/09/2025

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ Tahniah Kadet Koreksional! βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kadet Koreksional SMKTL atas kejayaan menyertai perbarisan Hari Kebangsaan 2025 dengan penuh disiplin, semangat patriotik dan komitmen yang tinggi.

Penglibatan ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan unit beruniform, malah turut membuktikan semangat cintakan tanah air yang jitu dalam diri setiap ahli.

Syabas dan teruskan kecemerlangan! πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ

Photos from SMK Tengku Laksamana's post 01/09/2025

Pada 28 Ogos 2025 (Khamis), telah berlangsung Kursus Pemantapan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Kursus ini bertujuan memperkukuh kemahiran kepimpinan, komunikasi dan peranan PRS sebagai rakan sokong bantu di sekolah.

Pelbagai slot menarik dijalankan termasuk ceramah motivasi, latihan dalam kumpulan serta simulasi bimbingan. Seramai [bilangan] orang PRS bersama guru pembimbing telah mengambil bahagian.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta! Semoga PRS terus bersemangat dalam membantu rakan-rakan dan menjadi contoh teladan di sekolah. πŸ’«

Photos from SMK Tengku Laksamana's post 01/09/2025

πŸƒβ€β™‚PROGRAM LAKSAMANA GAYA HIDUP SIHATπŸ’ͺ
TARIKH: 27 OGOS 2025
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN DAN KANTIN
πŸ“ŒATURCARA MAJLIS
7.30 AM : MAJLIS PERPISAHAN PN NAZNEEN
8.00 AM : AKTIVITI SENAMROBIK
PERGERAKAN MURID KE KANTIN
8.40 AM : CERAMAH KESIHATAN (KANTIN SEKOLAH)
9.40 AM : BERSURAI

Photos from SMK Tengku Laksamana's post 26/08/2025

KEMPEN ANTI BULI...
Jom sama2.. KAMI BENCI BULI

Photos from SMK Tengku Laksamana's post 23/08/2025

Syukur alhamdulillah, Gotong-Royong Madani hari ini berjalan lancar dengan kerjasama semua. Terima kasih tidak terhingga kepada PIBG, guru, murid dan komuniti setempat yang berganding bahu menjayakan program ini. Semoga usaha bersama ini membawa manfaat dan keberkatan.

23.8.2025

23/08/2025

TAHNIAH AINUL MARDHIAH BINTI ZAMRI (5 Ibnu Khaldun)
Berjaya Mengekalkan Kejuaraan 2024
πŸ†Johan Mahrajan Memanah KSGPI Terbuka Kedah 2025πŸ†
πŸ“†23 Ogos 2025
πŸ“SK Ambangan Height, Sg Petani
Anjuran: UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD KUALA MUDA DENGAN KERJASAMA SPI JPN KEDAH DAN MAHABBAH ARCHERY (UPIPPDKM)

20/08/2025

Program Gotong Royong Madani 2025
πŸ“… Tarikh: 23 Ogos 2025 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Perkarangan Sekolah
πŸ‘₯ Anjuran: SMKTL & PIBG
πŸ”” Semua waris dijemput hadir

17/08/2025

Selamat Menduduki Ujian Tilawah Al-Quran, Hafazan & Bacaan Hadis (UTQH) SPM 2025 🌸

Semoga semua calon UTQH dipermudahkan urusan, diberi ketenangan hati serta kejayaan yang cemerlang.
Teruskan langkah penuh doa & usaha tanpa jemu πŸ’ͺ✨

Photos from SMK Tengku Laksamana's post 15/08/2025

Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan πŸ‡²πŸ‡Ύ
πŸ“… 13 Ogos 2025 | πŸ•°οΈ 7.40–8.20 pagi
πŸ“ Kantin Sekolah
πŸŽ‰ Tema: Cantik Berselendang, Segak Bersongkok

Mari semarakkan semangat patriotisme bersama!
"Malaysia Madani, Rakyat Disantuni"

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Jalan KUALA
Alor Setar
06600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00