Pasti Ukhwah Sahabat

Pasti Ukhwah Sahabat

Share

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ukhwah Sahabat

�Terbuka untuk pelajar 4, 5 & 6 tahun
�Yuran yang berpatutan
�Tempat selesa dan kondusif (berhawa dingin)

Alamat: 75, Jalan Gangsa, Taman Wira Mergong, 05350 Alor Setar, Kedah

•Terbuka untuk pelajar 4, 5 & 6 tahun
•Yuran yang berpatutan
•Tempat selesa dan kondusif (berhawa dingin)

Untuk maklumat lanjut Ws Cikgu Afiqah: 0177561805

Photos from PASTI Kawasan Alor Setar's post 15/02/2026
15/02/2026

Memang tak relax, baru 7 hari bersiaran dah dapat top 3 video popular dalam YT TV PASTI.

Itu tara tak masuk lagi animasi Ustaz Azhar Idrus.

Moga dipermudahkan urusan TV PASTI untuk teruskan video sebegini.

Kami ambil masa sikit ya, baru nak menceburi dunia animasi ini. Mohon sokongan daripada semua ibu bapa.

Photos from Pasti Ukhwah Sahabat's post 12/08/2025
01/08/2025

Tahniah atas pelantikan Ustaz Muhammad Zawawi bin Ahmad sebagai Pengarah Jabatan PASTI Negeri Kedah bagi sesi 2025/2027

TAHNIAH

Jabatan PASTI Negeri Kedah merakamkan ucapan Tahniah atas pelantikan Ustaz Muhammad Zawawi bin Ahmad sebagai Pengarah Jabatan PASTI Negeri Kedah bagi sesi 2025/2027. Anak jati Kedah berasal dari Daerah Baling ini merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Pasti Negeri Kedah pada sesi yang lalu.

Semoga dikurniakan hidayah, kekuatan, kesabaran dan kemudahan dalam melaksanakan amanah yang diberikan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kemahiran kendiri dari kalangan warga PASTI khususnya seluruh Negeri Kedah.

Selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi. Sirru a'la barokatillah.


Photos from PASTI Negeri Kedah's post 01/08/2025

Jom Hadir Beramai-Ramai.
Kedah Berselawat 2.0
Petang Sampai Malam

11/07/2025

Telah Hadir pada hari ini bersama - sama dalam Mesyuarat kali ini.

Alhamdulillah. Pengukuhan dan Pemakluman berkenaan makluman isu semasa PASTI.

Terima Kasih Tuan Rumah PASTI Darul Ulum sediakan jamuan.

Alhamdulillah. Telah selesai Mesyuarat PASTI Kawasan Alor Setar kali ke 4.

Medan buat kami sentiasa bermuhasabah dan menilai semula segala tindakan. Seronok juga kali ini dengan jamuan yang disediakan oleh PASTI Darul Ulum- PADU, Alor setar. Terima kasih Tuan Rumah.

Agenda mesyuarat kali ini lebih terarah kepada pasca BSBJ yang telah berlangsung. Terima kasih buat semua yang membantu tidak kira masa, tenaga dan wang ringgit. Tambahan juga, dengan taklimat ringkas berkenaan isu semasa dalam PASTI.



10/07/2025

Program Festival Al-Quran yang baru melabuhkan tirai baru-baru ini memberikan impak positif terhadap pembangungan nilai dan sahsiah serta penyuburan majls ilmu di negeri Kedah.

Akan datang, Program Kedah Berselawat yang akan menampilkan 3 orang tokoh ilmuan yang hebat dan tidak asing lagi, akan menemui penduduk Alor Setar dan sekitarnya bertempat di Stadium Darul Aman.

Ayuh pakat-pakat maklum kepada kenalan dan saudara-mara. Pakat hadir 1 Ogos nanti. Pengisian menarik dan bermanfaat buat semua.

Semua dijemput hadir





10/07/2025

Apa maksud Logo Kejohanan Sukan Bola Sepak Bola Jaring PASTI Malaysia 2025?

Seperti yang diuar-uarkan sebelum ni, kita akan perhalusi secara terperinci maksud disebalik logo yang direka khas sempena BSBJ 2025.

Unsur Visual dalam Logo

1. Kanak-kanak Lelaki & Perempuan (berpakaian sukan hijau hitam) Hadi dan Huda.

Melambangkan peserta-peserta kejohanan yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan dari PASTI seluruh Malaysia. Warna hijau biasanya dikaitkan dengan identiti PASTI. PAS untuk semua.

2. Gajah Comel

Watak maskot yang menyeronokkan, melambangkan negeri Pahang (kerana gajah adalah haiwan simbolik negeri ini). Bukan di Gerik sahaja ada gajah. Ada dua ekor: satu bersama bola sepak, satu lagi dengan bola jaring.

3. Menara Kuantan (Menara 188)

Lambang mercu tanda negeri Pahang khususnya Kuantan, lokasi kejohanan. Memperkukuh elemen tempatan dalam logo.

4. Bendera Malaysia & Bendera Pahang

Menggambarkan kejohanan ini adalah peringkat kebangsaan dan berlangsung di negeri Pahang.

5. Bola Sepak & Bola Jaring

Dua sukan utama yang dipertandingkan.

6. Logo PASTI Malaysia

Diletakkan di tengah-tengah logo (pada menara), menonjolkan penganjur rasmi acara ini.

Ok la kot noh. Jangan lupa untuk memeriahkan Kejohanan Sukan Bola Sepak Bola Jaring PASTI Malaysia 2025 pada tarikh 18-19 Julai di Stadium Futsal Polo IM8, Kuantan.



27/06/2025

Jabatan PASTI Negeri Kedah mengucapkan setinggi-tinggi ucapan Tahniah kepada Ustaz Ilyas Bin Ahmad Pengarah Pasti Negeri Kedah di atas atas penganugerahan:

Darjah Pingat Jasa Kebaktian ( P.J.K )

Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah yang ke 83.

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


75, Jalan Gangsa, Taman Wira Mergong
Alor Setar
05350