14/04/2025
Akademi Impian 100 turut berdukacita dan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Terima kasih tun atas segala khidmat dan bakti kepada negara.
Al-Fatihah
08/10/2024
5 Oktober 2024, Akademi Impian 100 turut menyertai satu program Bengkel Mesra 3D (diskleksia,diskalkulia dan disgrafia) yang bertempat di Dewan Al-Farabi, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
Program yang dihadiri hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai institusi pendidikan swasta (tadika/taska/agensi) ini banyak memberi ilmu tambah nilai khususnya kepada wakil akademi itu sendiri.
Untuk sedia maklum, disleksia seringkali dikaitkan dengan kesukaran membaca dan menulis walau telah diberikan tahap pendidikan yang sempurna. Namun, adakala kita alpa ada murid juga yang alami permasalahan diskalkulia atau disgrafia. Jika tidak dirawat dan dicegah mungkin boleh membawa kepada permasalahan lain.
Pantaulah perkembangan anak anda. Jika tidak pasti bawalah anak anda ke Pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan.
08/10/2024
Setiap individu wajar memainkan peranan bersama. Tiada pihak yang salah hanya yang salah jika tiada tindakan setiap individu terbabit.
KPM | Seramai 122,000 murid Tahun Satu bagi sesi akademik tahun ini di seluruh negara dikesan masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
16/05/2024
Pihak pengurusan Akademi Impian 100 mengucapkan selamat hari guru kepada seluruh tutor Akademi Impian 100 dan juga kepada seluruh guru-guru di Malaysia.
"Selamat Hari Guru "
31/08/2023
Akademi Impian 100 mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-66.
Semoga dengan semangat kemerdekaan ini akan membentuk jati diri kita agar lebih kental dan berdaya saing untuk lebih berjaya di masa hadapan.
Terima kasih Pahlawan negara!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
16/05/2023
Akademi Impian 100 mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik
terutamanya tutor-tutor akademi kami.
Terima kasih kerana tidak pernah jemu mendidik anak bangsa, semoga segala ilmu yang dicurahkan menjadi ilmu yang bermanfaat di akhirat kelak.
Selamat hari guru😊
13/05/2023
Alhamdulilah, sambutan hari raya bagi keluarga besar Akademi Impian 100 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih tak terhingga kepada semua tutor yang bertukus lumus memastikan program berjalan dengan lancar.
Tidak dilupakan semua waris pelajar yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Sekiranya ada kekurangan mohon maaf kami pinta.
Terima kasih semua. 😊
14/04/2023
Iftar Ramadan.
Terima kasih kepada seluruh warga kerja Akademi Impian 100, semoga pada tahun akan datang keluarga kita semakin bertambah.
😊😊😊