13/09/2021
Definisi dadah adalah jenis bahan kimia yang digunakan pada tubuh badan manusia dan haiwan untuk perubatan. Dadah akan mengakibakan ketagihan pada seseorang itu apabila pengambilan tidak mengikut peraturan yang sebetulnya. Dadah adalah bahan yang menyebabkan perubahan dalam fisiologi atau psikologi organisma semasa pengambilannya. Dadah biasanya dibezakan dari makanan dan bahan yang memberi sokongan nutrisi. Penggunaan dadah boleh melalui penyedutan, suntikan, merokok, pengisapan, penyerapan melalui tampalan pada kulit, supositori atau melarutkan dibawah lidah.
Dalam kajian mengenai bahan perubatan, dadah adalah bahan kimia biasanya stuktur yang diketahui yang apabila diberikan kepada benda hidup meghasilkan kesan biologi. Dadah farmasi yang dijual difarmasi juga disebut ubat, bahan kimia yang digunakan untuk merawat, menyembuhkan, mencegah atau mendiagnosis penyakit.
Selain itu, dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti otak dan saraf tunjung. Manusia yang salah penggunaan ini mengambil bukan tujuan untuk perubatan tetapi mengambilnya untuk menghilangkan rasa ketagihan yang melampau. Diperolehi secara haram atau membeli atau menjual secara senyap-senyap. Apabila seseorang individu itu mengambil dadah berlebihan dan menyebabkan ketagihan ia akan membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah maksudnya individu itu bergantung hidup terhadap dadah apabila tidak perolehi dadah individu tersebut menjadi lemah dan tidak berdaya untuk membuat sesuatu perkara. Bahkan mendatangkan kesan-kesan bahaya ke atas kesihantan.
Penagih dadah ini membuat individu itu merosot kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja. Membuat rupa paras menjadi teruk dan kebersihan diri terjejas. Dadah ini membawa individu tersebut mengunjungi tempat-tempat terpencil untuk mengambil atau membeli atau menjual dadah ini. Dadah ini juga membuatkan seseorang itu kekurangan duit dan meminjam wang dari sesiapa atau yang lebih teruk peras ugut dan lebih teruk apabila sanggup memukul atau membunuh ahli keluarga jika tidak memberi wang untuk membeli dadah. Kesan pengambilan dadah seperti sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisma, dan otot-otot menjadi rosak dan menyusutnya berat badan yang sangat mendadak dan lebih bahaya mendapat penyakit HIV dan AIDS.
Jenis-jenis dadah yang perlu diketahui seperti tembakau, ubat tidur, ubat batuk(kodein), g***a, gam, ekstasi, he**in, pil yaba, pil psikotropik, morfin, candu, syabu, nospan, kokain, erimin 5, dan ketum. Ini adalah senarai-senarai dadah yang perlu diketahui oleh semua masyarakat supaya tidak terjebak dalam najis dadah atau menjadi keldai dadah. Itu nama-nama dadah jenis nya ada bermacam-macam jenis ade yang bulat, serbuk, cecair, dan Kristal.
Candu, candu adalah dadah yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman.
Morfin, morfin sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalu dikenali morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklik.
He**in, he**in adalah dadah terkenal dijalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. He**in dalam bentuk tulen adalah serbuk putih yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. He**in mempunyai kekuatan berkali-kali ganda daripada morfin.
Kodein, ini adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walaubagaimanapun kebanyakkan koein di pasaran adalah yang dihasilakan daripada morfin. Dalam bidang perubatan kodein ini digunakan untuk sakit tekak atau batuk, nama lain ialah ubat batuk.
Syabu ataupun ice, merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kump**an stimulant. Ia berbentuk kaca atau Kristal dan kadang kala berbentuk tawas.
Kokain, adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat pada peru, Bolivia dan Colombia di pergunungan andes, amerika selatan dan terkenal sejak dahulu lagi.
Ketamine, p**a sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamine yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan tetapi ia boleh menyebabkan pengguna tertido dengan cepat.
Daun ketum, digunakan untuk perubatan seperti sakit badan tetapi disalahguna dengan mencampurkan pelbagai bahan yang terlarang seperti ubat nyamuk, ubat batuk dan lain-lain lagi.
Pil yaba, digunakan untuk haiwan untuk ubat haiwan gila dan haiwan yang memakannya boleh manjdi tenang. Tapi digunakan untuk manusia yaba berbentuk tablet dan ia sering berwarna merah dengan huruf WY dicetak di atasnya. Pengguna yang mengambilnya paling sering menghisap dadah tinfoil, walaupun ia boleh dimakan secara lisan atau hancurkan. Nama lain bagi pil yaba ialah pil kuda.
MOHD ZULHELMY BIN ABU ZARIM 275073