Smk Alor Janggus

Smk Alor Janggus

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Smk Alor Janggus, School, Smk Alor janggus, Alor Janggus.

10/01/2026

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2026 BAGI SEMUA WARGA SMK ALOR JANGGUS ✨♥️

Photos from Smk Alor Janggus's post 20/11/2025

Hari yang penuh berkat. 🌟
Majlis Restu Ilmu SPM SMK Alor Janggus berlangsung dengan penuh kesyukuran pada Khamis, 20 November 2025 bertempat di Anjung Seri Gemilang.
Semoga setiap doa dan restu yang dititipkan menjadi kekuatan buat calon SPM 2025 melangkah ke medan peperiksaan dengan yakin dan tenang.

Photos from Smk Alor Janggus's post 14/10/2025

PERKAMPUNGAN PECUTAN AKHIR SPM

TARIKH : 13/10/2025 - 14/10/2025

TEMPAT : JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA, ALOR SETAR.

Photos from Smk Alor Janggus's post 24/09/2025

Program Motivasi Tingkatan 5.
Bangkit Sekarang, Menang Kemudian : Rahsia Pelajar Berdikari.

Tempat : Surau Az Zahra
Tarikh : 24/9/2025

Photos from Smk Alor Janggus's post 10/09/2025

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-68 TAHUN 2025 DI ASRAMA SMK ALOR JANGGUS.

Tarikh : 8 September 2025 (lsnin)
Masa : Selepas solat maghrib
Lokasi : Asrama SMK Alor Janggus

Photos from Smk Alor Janggus's post 10/09/2025

BENGKEL KILAUAN PERMATA SPM
Tarikh : 9 dan 10 Sepember
Tempat : Dewan Seminar Menara Zakat

Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Menara Zakat kerana mengizinkan kami untuk menggunakan dewan di menara zakat.

Photos from Smk Alor Janggus's post 04/09/2025

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) atas penyerahan sumbangan zakat kepada para pelajar SMK Alor Janggus yang tergolong dalam kalangan asnaf dan memerlukan.

Majlis penyerahan ini bukan sahaja melambangkan keprihatinan pihak LZNK terhadap keperluan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, malah menjadi simbol solidariti masyarakat dalam menjayakan agenda pendidikan untuk semua. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban kewangan keluarga pelajar, seterusnya memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk terus fokus dalam pelajaran dan mencapai kejayaan yang cemerlang.

Pihak sekolah amat menghargai usaha murni ini dan melihatnya sebagai satu sokongan moral yang besar kepada pelajar untuk terus berusaha, walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Semoga sumbangan ini menjadi asbab kepada keberkatan ilmu, kejayaan pelajar serta ganjaran pahala yang berpanjangan buat para penyumbang.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penyerahan ini. Semoga hubungan strategik antara SMK Alor Janggus dan LZNK akan terus diperkukuh demi kesejahteraan ummah dan kecemerlangan generasi akan datang.

Zakat ialah Tanggungjawab Kita, Harapan Mereka.

04/09/2025

KEJOHANAN ANGKAT BERAT PERINGKAT KEBANGSAAN SIRI 2/2025

TEMPAT : DEWAN KOMUNITI CORAL HEIGHTS, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
TARIKH : 18 OGOS - 23 OGOS 2025

Angkatan yang baik daripada pelajar SMK Alor Janggus yang mewakili Negeri Kedah Darul Aman. Muhammad Haris Bin Hasrul telah mendapat 3 pingat emas di kejohanan angkat berat ini. Tahniah diucapkan 🔥

🔥

Photos from Smk Alor Janggus's post 29/08/2025
Photos from Smk Alor Janggus's post 26/08/2025

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada YM Tengku Fariza atas segala jasa, kepimpinan dan budi yang telah dicurahkan sepanjang berada di SMK Alor Janggus.

Kehadiran YM Tengku Fariza umpama cahaya yang menerangi perjalanan kami – penuh hikmah, tegas dalam kelembutan, dan sentiasa memberi inspirasi.

Walau berat untuk melepaskan, kami redha dengan harapan YM Tengku Fariza akan terus menyinar di tempat baharu. Semoga setiap langkah dipermudahkan dan setiap usaha diberkati.

Kenangan bersama YM Tengku Fariza akan terus terpahat dalam ingatan kami.

Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang di mana jua berada.💪

Photos from Smk Alor Janggus's post 25/08/2025

✨ Salam perpisahan yang penuh rasa hormat dan kasih buat YM Tengku Fariza Binti Tengku Ibrahim ✨

Hari ini, SMK Alor Janggus menutup satu lembaran istimewa dalam sejarahnya. Sebuah bab penuh dedikasi, kebijaksanaan dan kasih sayang yang telah ditulis indah oleh insan yang amat kami hormati, YM Tengku Fariza Binti Tengku Ibrahim.

Selama menjawat jawatan sebagai Pengetua SMK Alor Janggus, YM Tengku Fariza bukan hanya seorang pemimpin, tetapi juga seorang pendidik sejati, ibu kepada warga sekolah, dan inspirasi kepada seluruh warga pendidik serta pelajar. Kepimpinan beliau yang berteraskan nilai integriti, ketegasan yang berhikmah, serta pendekatan yang penuh kasih telah membentuk budaya sekolah yang progresif, harmoni serta dibawah bimbingan beliau juga, bukan sahaja kecemerlangan akademik diberi penekanan, malah pembangunan sahsiah, jati diri dan nilai murni dalam kalangan pelajar turut disemai dengan penuh tekun. Setiap keputusan yang diambil, setiap teguran yang diberi, dan setiap senyuman yang dihadiahkan, semuanya lahir daripada keikhlasan dan cinta kepada dunia pendidikan.
Hari ini, walaupun hati berat untuk melepaskan, kami sedar bahawa perjalanan YM Tengku Fariza masih panjang dan penuh potensi untuk terus menyumbang di tempat baharu. Kami mendoakan semoga YM terus diberi kekuatan, kesihatan dan keberkatan dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa.

🌸 Terima kasih atas segala jasa dan budi. Nama YM Tengku Fariza akan sentiasa terpahat di hati kami, warga SMK Alor Janggus.
Selamat maju jaya di tempat baharu, doa kami sentiasa mengiringi setiap langkah YM.





Want your school to be the top-listed School/college in Alor Janggus?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Smk Alor Janggus
Alor Janggus
06250