15/09/2026
๐ญ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ช๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐ก๐๐๐ ๐๐๐ก๐ฆ๐๐๐ข๐ฅ ๐๐๐ ๐๐๐ช๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ (๐๐๐ฃ)
15 September 2026 - Program Ziarah Kasih Siswa bersama ๐ฌ๐๐ต๐ด. ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ. ๐๐ฟ. ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐ฆ๐ฎ๐๐ถ๐น๐ถ ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ต๐ถ๐ฏ๐ถ, ๐ง๐ถ๐บ๐ฏ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ก๐ฎ๐ถ๐ฏ ๐๐ฎ๐ป๐๐ฒ๐น๐ผ๐ฟ (๐๐ฎ๐น ๐๐ต๐๐ฎ๐น ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ) ๐จ๐ถ๐ง๐ , telah dilaksanakan sebagai satu inisiatif mendekati para mahasiswa serta menzahirkan keprihatinan pihak universiti terhadap kebajikan, kesejahteraan dan keperluan pelajar.
Program ini turut menjadi medium untuk menyantuni pelajar secara lebih dekat, mendengar perkongsian serta memahami situasi dan keperluan mereka sepanjang menjalani kehidupan sebagai mahasiswa.
Dalam rangka lawatan tersebut, YBhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) turut mengadakan lawatan ke Dapur Siswa MADANI (MDS) di Kolej Tun Ali bagi melihat pelaksanaan inisiatif berkenaan yang menyediakan sokongan keperluan makanan kepada mahasiswa. Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak universiti dalam memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan pelajar sentiasa diberi perhatian.
Program diteruskan dengan Ziarah Kasih Siswa kepada pelajar baharu Sesi September 2026 UiTM Cawangan Melaka di beberapa lokasi sekitar Melaka sebagai usaha mendekati dan menyantuni pelajar secara langsung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada ๐ฌ๐๐ต๐ด. ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ. ๐๐ฟ. ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐ฆ๐ฎ๐๐ถ๐น๐ถ ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ต๐ถ๐ฏ๐ถ, ๐ง๐ถ๐บ๐ฏ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ก๐ฎ๐ถ๐ฏ ๐๐ฎ๐ป๐๐ฒ๐น๐ผ๐ฟ (๐๐ฎ๐น ๐๐ต๐๐ฎ๐น ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ) ๐จ๐ถ๐ง๐ , atas kesudian meluangkan masa menyantuni para pelajar serta menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa.
Penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ. ๐ ๐ฎ๐ฑ๐๐ฎ ๐ง๐. ๐๐ฟ. ๐ก๐ฎ๐ฑ๐๐ฟ๐ถ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ณ, ๐ง๐ถ๐บ๐ฏ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ฅ๐ฒ๐ธ๐๐ผ๐ฟ ๐๐ฎ๐น ๐๐ต๐๐ฎ๐น ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ, ๐จ๐ถ๐ง๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐ฎ, atas komitmen, sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Program Ziarah Kasih Siswa ini.
Terima kasih juga kepada barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN), warga Hal Ehwal Pelajar (HEP), Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Sekretariat MPP, Pembantu Minggu Destini Siswa (PMDS) serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.