SMK DATO' DOL SAID

SMK DATO' DOL SAID education

Setulus Budi, Seindah Memori 🌷Majlis Persaraan Puan Hajjah Zulita binti AhmadSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasi...
18/08/2026

Setulus Budi, Seindah Memori 🌷

Majlis Persaraan Puan Hajjah Zulita binti Ahmad

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, bakti dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan. Semoga persaraan ini menjadi permulaan kepada kehidupan yang lebih tenang, bahagia dan penuh keberkatan.

Setulus budi, seindah memori. Jasa dikenang, kenangan disimpan. ❤️

Selamat bersara, Puan Hajjah Zulita binti Ahmad. Semoga terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan ketenangan bersama insan tersayang. 🌹

Alhamdulillah..Pasukan Robotik SMKDDS telah berjaya meraih JOHAN dalam Pertandingan Cabaran Inovasi Tiny Techies dan set...
17/08/2026

Alhamdulillah..

Pasukan Robotik SMKDDS telah berjaya meraih JOHAN dalam Pertandingan Cabaran Inovasi Tiny Techies dan seterusnya melayakkan diri mewakili Zon Selatan ke peringkat seterusnya yang akan berlangsung di Lembah Klang pada bulan September ini.

Daripada 530 penyertaan dari seluruh Malaysia, projek ‘Smart Farm Detector’ hasil inovasi pelajar SMKDDS telah berjaya terpilih sebagai Johan.

Mohon doa daripada semua agar pelajar-pelajar ini terus diberikan kekuatan, keyakinan untuk berikan yang terbaik pada bulan September nanti dalam membawa nama Zon Selatan.

Tahniah kepada semua yang terlibat

Program Jelajah Sekolah BLINK 2026 berlangsung selama 2 hari. Dimulakan dengan pameran dan jualan buku-buku terkini terb...
15/08/2026

Program Jelajah Sekolah BLINK 2026 berlangsung selama 2 hari. Dimulakan dengan pameran dan jualan buku-buku terkini terbitan BLINK pada hari pertama. Pada hari kedua, pameran & jualan buku di meriahkan lagi dengan program "Suara Merdeka : Bual Bicara Eksklusif 30 minit bersama Wira Angkasa Leftenen Mohamed Adib Bin Abdul Razak TLDM (Bersara). Bual Bicara ini dikendalikan oleh DJ Fazira Binti Raman, DJ Melakafm, sebagai moderator.

🌟 Syukur Alhamdulillah! 🌟Pasukan Robotik DOL SAID berjaya mencatatkan Ranking Top 5 dalam Pertandingan Robotik Kebangsaa...
12/08/2026

🌟 Syukur Alhamdulillah! 🌟

Pasukan Robotik DOL SAID berjaya mencatatkan Ranking Top 5 dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka! 🤖🏆

🥉 Tempat Ke-4 daripada 26 pasukan – STEM Innovation
🥉 Tempat Ke-3 daripada 4 pasukan – Future Innovator

🎉 Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta serta guru pembimbing atas usaha, komitmen dan dedikasi

Teruskan mencipta, teruskan menginspirasi! 🤖🚀 DOL SAID TERUS GEMILANG!

🏕️ HARI KETIGA & PENUTUP PERKHEMAHAN TAHUNAN KOKURIKULUM 2026 Hari ketiga diteruskan dengan pelbagai aktiviti penutup se...
10/08/2026

🏕️ HARI KETIGA & PENUTUP PERKHEMAHAN TAHUNAN KOKURIKULUM 2026

Hari ketiga diteruskan dengan pelbagai aktiviti penutup sebelum para peserta mengemas khemah dan bersiap untuk kembali ke sekolah. Walaupun penat, wajah-wajah ceria dan semangat setiakawan jelas terpancar sepanjang perjalanan. 💪🏻🤝🏻

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan guru, urus setia, fasilitator serta semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang perkhemahan ini.

Semoga segala pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk membentuk murid yang lebih berdisiplin, berani, berdikari dan mampu memimpin. ❤️

🏕️ HARI KEDUA PERKHEMAHAN TAHUNAN KOKURIKULUM 2026 🏕️Hari kedua Perkhemahan Tahunan Kokurikulum SMK Dato’ Dol Said 2026 ...
10/08/2026

🏕️ HARI KEDUA PERKHEMAHAN TAHUNAN KOKURIKULUM 2026 🏕️

Hari kedua Perkhemahan Tahunan Kokurikulum SMK Dato’ Dol Said 2026 diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang mencabar, menyeronokkan dan penuh pengisian. 🌿🔥

Sepanjang hari, murid berpeluang mengasah kemahiran kepimpinan, kerjasama, disiplin dan ketahanan diri melalui aktiviti yang dilaksanakan secara berkumpulan.

Setiap cabaran yang dilalui bukan sekadar menguji fizikal, malah membina keyakinan, keberanian serta semangat setiakawan dalam kalangan peserta. 💪🏻🤝🏻

Semoga segala pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan manis dan membentuk insan yang lebih berilmu, berdisiplin dan berbakti. ❤️

🏕️ HARI PERTAMA PERKHEMAHAN TAHUNAN KOKURIKULUM 2026 🏕️Alhamdulillah, bermula sudah Perkhemahan Tahunan Kokurikulum SMK ...
10/08/2026

🏕️ HARI PERTAMA PERKHEMAHAN TAHUNAN KOKURIKULUM 2026 🏕️

Alhamdulillah, bermula sudah Perkhemahan Tahunan Kokurikulum SMK Dato’ Dol Said 2026 yang berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026 di NK Adventure Camp, Jalan Machap, Alor Gajah, Melaka.

Hari pertama diisi dengan pelbagai aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan, dalam usaha membentuk sahsiah, disiplin, kepimpinan serta semangat kerjasama dalam kalangan murid. 💪🏻🌿

Semoga perkhemahan ini menjadi pengalaman yang bermakna dan meninggalkan kenangan indah buat semua peserta. Teruskan bersemangat, bina keyakinan dan nikmati setiap detik sepanjang perkhemahan! ❤️

CERAMAH KESIHATAN UNTUK MURID PEREMPUAN INDIA SMK Dato’ Dol Said telah menganjurkan Ceramah Kesihatan untuk Murid Peremp...
07/08/2026

CERAMAH KESIHATAN UNTUK MURID PEREMPUAN INDIA

SMK Dato’ Dol Said telah menganjurkan Ceramah Kesihatan untuk Murid Perempuan India bertemakan “Penjagaan Diri, Kesihatan Terjaga, Hidup Sejahtera” pada 7 Ogos 2026.

Ceramah yang disampaikan oleh Dr. Hari Umaa A/P Krishnan ini memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan wanita, gaya hidup sihat serta membina keyakinan diri untuk menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

Semoga perkongsian yang diberikan dapat meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan diri serta membentuk generasi wanita yang sihat, yakin dan sejahtera

PROGRAM JAYA WARIS MURID ASRAMA          Program Jaya Waris Murid Asrama SMK Dato’ Dol Said diadakan sebagai wadah untuk...
07/08/2026

PROGRAM JAYA WARIS MURID ASRAMA Program Jaya Waris Murid Asrama SMK Dato’ Dol Said diadakan sebagai wadah untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama antara ibu bapa/penjaga, guru SiSKA serta pihak pengurusan asrama dalam memastikan kebajikan, kesejahteraan dan kecemerlangan murid sentiasa diberi perhatian.

Semoga program ini dapat menjadi jambatan yang lebih erat antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam membentuk anak-anak yang cemerlang akademik, berdisiplin, berilmu dan berakhlak mulia.

Festival Lakon dan Layar Sekolah Generasi Madani (FLLaSh) Peringkat Kebangsaan telah melabuhkan tirai. Tahniah diucapkan...
07/08/2026

Festival Lakon dan Layar Sekolah Generasi Madani (FLLaSh) Peringkat Kebangsaan telah melabuhkan tirai. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Monolog SMK Dato’ Dol Said kerana telah mendapat ANUGERAH KHAS JURI. Terima kasih kepada semua yg menyokong.

Address

Alor Gajah

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 09:00 - 16:30

Telephone

+6065561286

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK DATO' DOL SAID posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category