MRSM Alor Gajah - Page Rasmi

MRSM Alor Gajah - Page Rasmi MRSM Alor Gajah
Lot 1720, Jalan Ayer Paabas,
78000 Alor Gajah, Melaka
Tel : 06-5520001

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW 1448H Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi kesempatan untuk kita memperkukuh ...
24/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW 1448H

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi kesempatan untuk kita memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah SAW, meneladani akhlak mulia Baginda serta mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian.

โ€œMeneladani Akhlak Rasulullah SAW, Membina Generasi Berilmu dan Berakhlak.โ€

Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat, keberkatan dan syafaat Rasulullah SAW

23/08/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Š๐ž-๐Ÿ•๐Ÿ•

Merafak setinggi-tinggi ucapan tahniah dan Selamat Ulang Tahun Ke-77 kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohamad Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Semoga TYT sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang lagi diberkati serta ketenangan dan kekuatan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diamanahkan serta terus menjadi tonggak penting dalam perjalanan kemajuan, kesejahteraan dan pembangunan Negeri Melaka ke arah Melaka Maju Jaya.

Setulus ikhlas daripada Barisan Pengurusan dan seluruh warga MRSM Alor Gajah.

๐Ÿ”ฅ LATIHAN KEBAKARAN WAKTU MALAM | MRSM ALOR GAJAH ๐Ÿ”ฅ14 Ogos 2026 (Jumaat) | 11.00 malam | Pavilion & Padang MRSM Alor Gaj...
16/08/2026

๐Ÿ”ฅ LATIHAN KEBAKARAN WAKTU MALAM | MRSM ALOR GAJAH ๐Ÿ”ฅ
14 Ogos 2026 (Jumaat) | 11.00 malam | Pavilion & Padang MRSM Alor Gajah

Latihan kebakaran waktu malam telah dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesedaran, kesiapsiagaan dan kemahiran warga maktab dalam menghadapi situasi kecemasan, khususnya kebakaran pada waktu malam. Latihan ini melibatkan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, wakil pengurusan iaitu TPPP Encik Shahzihan bin Mohamad @ Mohd Noor, Unit JKKP, Unit Teknikal, Unit Warden serta para pelajar MRSM Alor Gajah. Para pelajar diberi pendedahan untuk bertindak pantas, tenang dan teratur, mematuhi arahan warden serta bergerak ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan latihan ini. Keselamatan bermula dengan kesedaran. Bersama kita selamat! ๐Ÿšจ๐Ÿ”ฅ




HebatkanMARA
60TahunMARA
MerakyatkanMARA
menjunjungamanah
HidupBiarBerjasa

Assalamualaikum w.b.t. **Majlis Khas Solat Hajat, Bacaan Yassin & Zikir Munajat** bagi bersama-sama mendoakan **kesejaht...
14/08/2026

Assalamualaikum w.b.t.

**Majlis Khas Solat Hajat, Bacaan Yassin & Zikir Munajat** bagi bersama-sama mendoakan **kesejahteraan dan keselamatan** buat:

๐Ÿคฒ **Nur Aisy Humaira Binti Mohd Saad**
๐Ÿคฒ **Siti Nur 'Aaira Binti Aidi**

๐Ÿ“… **Khamis, 13 Ogos 2026**

Marilah kita bersama-sama menadah tangan, memanjatkan doa dan memohon ke hadrat Allah SWT agar kedua-dua pelajar ini sentiasa berada dalam lindungan-Nya, diberikan kesejahteraan, keselamatan serta segala urusan dipermudahkan.

*"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memperkenankan doa orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku."*
โ€” **Surah al-Baqarah: 186**

๐Ÿคฒ **Semoga Allah SWT mengurniakan yang terbaik dan melindungi mereka sentiasa. Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamin.**

Semoga Berjaya & Tahniah di ucapkan kepadaNURIN QASDINA ZAHRA' BINTI MOHAMAD AZMANACARA : SOLO KREATIF PUTERIMRSM Alor G...
12/08/2026

Semoga Berjaya & Tahniah di ucapkan kepada

NURIN QASDINA ZAHRA' BINTI MOHAMAD AZMAN
ACARA : SOLO KREATIF PUTERI
MRSM Alor Gajah SPM 2026
&
AMIRA NABILAH BINTI MOHD RAZMIN SHAM
ACARA: JURUS TUNGGAL PUTERI
Ansara MRSM Alor Gajah SPM 2025.

yang mewakili Negeri Melaka dalam :

Temasya Sukan Malaysia SUKMA XXII, Selangor 2026
Tempat : Dewan Sarjana UNITEN Bangi, Selangor
Tarikh : 12 - 21 Ogos 2026

PERTANDINGAN HOMEROOM SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2026 Semarakkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air melalui krea...
12/08/2026

PERTANDINGAN HOMEROOM SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2026

Semarakkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air melalui kreativiti, kerjasama dan semangat kekitaan pelajar MRSM Alor Gajah! โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 10 Ogos 2026 (Isnin)
๐Ÿ•’ Masa: 3:00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Foyer Gemilang & Sekitar Maktab
๐Ÿ‘ฅ Peserta: Pelajar Tingkatan 1 โ€“ 4

โœจ Jom serlahkan kreativiti Homeroom anda!
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan jiwa merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

PERTANDINGAN AEROBIC DANCE PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026Anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara & Malaysia Fitness Associa...
12/08/2026

PERTANDINGAN AEROBIC DANCE PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026

Anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara & Malaysia Fitness Association

๐Ÿ—“ 9/8/2026 (Sabtu)
๐Ÿ•ฅ 9:00 pagi
๐Ÿ“West Concourse, Dataran Pahlawan

Pertandingan kali ini telah menghimpunkan sebanyak 16 pasukan dari sekolah-sekolah sekitar negeri Melaka. Dengan gerakan yang bertenaga, kreativiti koreografi serta semangat berpasukan yang tinggi, para peserta berjaya mencuri perhatian dan menghidupkan pentas pertandingan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Kiew Sieng Eik, wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Turut hadir bersama YBrs. Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, YBrs. Encik Nik Muhammad Asraff bin Nik Mod Kamal, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kecergasan Jabatan Belia dan Sukan Negara dan YBhg. Dr. Haji Mardian Shah Omar, Timbalan Presiden Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (MAFA).

Semoga penyertaan kali pertama ini memberi pengalaman menjadi pembakar semangat untuk terus aktif, sihat dan cemerlang dalam sukan. Tahniah semua! Teruskan melangkah, teruskan bertenaga! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ๐Ÿ†

TAHNIAH PASUKAN SILAT MRSM ALOR GAJAH! ๐Ÿฅ‹๐Ÿ†Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Silat MRSM Alor Gajah atas kejayaan...
12/08/2026

TAHNIAH PASUKAN SILAT MRSM ALOR GAJAH! ๐Ÿฅ‹๐Ÿ†
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Silat MRSM Alor Gajah atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Silat Pemilihan Remaja Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2026.
๐Ÿ“… Tarikh: 6 โ€“ 9 Ogos 2026
๐Ÿ“ Tempat: Dataran Baitul Tariq, Klebang, Melaka
Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, disiplin, semangat juang dan latihan berterusan para pesilat serta bimbingan jurulatih.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan dan mengharumkan nama MRSM Alor Gajah di peringkat negeri, kebangsaan dan seterusnya antarabangsa.
Tahniah dan syabas! Teruskan berjuang! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿฅ‹๐Ÿ’ช

Address

Lot 1720, Air Paโ€™abas
Alor Gajah
78000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6065520001

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MRSM Alor Gajah - Page Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category