11/05/2026
πΉ Terima Kasih Muallimah Balqis πΉ
Pihak pengurusan SRITI At-Taqwa Alor Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Muallimah Balqis Binti Zaidi atas kesudian beliau menjalankan amanah sebagai guru bagi menggantikan Muallimah Farhana sepanjang tempoh 3 bulan cuti bersalin.
Segala jasa, pengorbanan, kesungguhan serta komitmen yang dicurahkan dalam mendidik dan membimbing para pelajar amatlah dihargai. Kehadiran dan khidmat bakti yang diberikan telah banyak membantu kelancaran perjalanan sesi pembelajaran serta memberi manfaat besar kepada warga sekolah.
Semoga setiap ilmu yang disampaikan dan setiap usaha yang dilakukan menjadi amal soleh yang diberkati serta memperoleh ganjaran di sisi Allah SWT.
Pihak sekolah mendoakan agar Muallimah Balqis Binti Zaidi terus maju jaya, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT walau di mana jua berada.
Jazakumullahu khairan kathira.
08/05/2026
πβ¨ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2026 β¨π
Seluruh warga SRITI AT-TAQWA ALOR GAJAH mengucapkan setinggi-tinggi doa dan ucapan selamat kepada semua murid dan diberikan ketenangan, kemudahan serta kejayaan dalam menghadapi peperiksaan pertengahan tahun dari 11/05/2026 sehingga 15/05/2026.
Bi Taufiq Wan Najah
Semoga setiap usaha yang disertai doa dan tawakkal akan membuahkan hasil yang cemerlang.
π Teruskan berusaha dengan bersungguh-sungguh,
Perbanyakkan doa dan tawakkal kepada Allah,
Yakinlah dengan kemampuan diri sendiri.
Semoga peperiksaan ini menjadi medan untuk menilai ilmu, membentuk disiplin serta meningkatkan keyakinan diri dalam mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
Semoga Allah SWT mengurniakan kemudahan, keberkatan dan kejayaan buat semua murid.
Aamiin Ya Rabbal βAlamin.
06/05/2026
"GURU HARAKI PEMANGKIN KEKUATAN JEMAAH"
Alhamdulillah, pada 3 Mei 2026 (Ahad) telah berlangsung dengan jayanya program Himpunan Pendidik Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah.
Program ini menghimpunkan para pendidik SRITI seluruh Melaka termasuk barisan pengarah, AJK tertinggi, guru besar serta guru dan staf SRITI cawangan. Suasana penuh ukhuwah, semangat dan komitmen jelas terpancar sepanjang program berlangsung.
Himpunan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan, berkongsi pengalaman serta menyuntik semangat dalam mendidik generasi rabbani murabbi. Semoga segala ilmu dan inspirasi yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam membina anak-anak ummah yang cemerlang dunia dan akhirat.
Sekalung Tahniah & Syabas diucapkan kepada Muallimah Intan Nur Hazirah Binti Abdul Latiff atas kejayaan meraih Anugerah Tokoh Guru SRITI Cawangan 2026.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat seluruh warga pendidik dan terus istiqamah dalam mendidik dengan penuh dedikasi.
24/04/2026
"Jauh berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan."
Sesungguhnya bangsa membaca ialah bangsa berjaya, kerana membaca memerdekakan minda daripada kejahilan, membuka mata terhadap peluang, dan membina jiwa yang berani berfikir.
Dalam langkah kita mencari pengalaman di dunia nyata, jangan dilupa bahawa buku juga membawa kita mengembara lebih jauh daripada kaki mampu melangkah.
Mari jadikan membaca sebagai budaya, kerana apabila minda merdeka, bangsa akan berdiri megah, matang dan berjaya.
Terima kasih kami ucapkan kepada Perpustakaan Cawangan Alor Gajah
yang sudi mengadakan kerjasama bermakna bersama sekolah pada hari semalam, dalam "PROGRAM JOM BACA 10 MINIT 2026" Banyak input dan suntikan semangat diberikan kepada semua pelajar bagi memupuk minat membaca dalam diri.
Semoga terus istiqamah kita menjadikan membaca sebagai amalan mulia.
17/04/2026
"KECIL-KECIL DAH CUBA HAFAL SURAH DALAM AL QURAN"
Ramai Ibu Bapa tertanya, apa kelebihan hantar anak anak ke SRITI. Di SRITI ada silibus PRA TAHFIZ , dan pelajar perlu habiskan sehingga darjah enam.
Sedang berlangsung di DEWAN SRITI AT TAQWA ALOR GAJAH , anak-anak SRITI di Negeri Melaka menghadiri Pertandingan MAIS PERINGKAT NEGERI MELAKA bagi acara hafazan Tahap 1 dan Tahap 2.
Antara kelebihan pelajar yang menghafaz Al-Quran πβ¨
β
Daya ingatan lebih kuat
β
Lebih berdisiplin dan pandai urus masa
β
Fokus dalam pelajaran meningkat
β
Akhlak dan sahsiah lebih baik
β
Jiwa lebih tenang
β
Berpotensi cemerlang dalam akademik
β
Menjadi contoh baik kepada masyarakat
Semoga anak anak SRITI , menjadi contoh teknokrat yang baik apabila dewasa nanti.
Berjaya tidak bermakna perlu tinggalkan agama.
14/04/2026
APA ITU PENCERAPAN GURU?
Pencerapan guru mengajar bermaksud satu proses di mana pengajaran seorang guru diperhati, dinilai, dan diberi maklum balas oleh pihak tertentu seperti guru besar, penolong kanan, atau pegawai pendidikan.
Secara mudah: Ada orang datang tengok cara cikgu mengajar dalam kelas, kemudian beri komen untuk penambahbaikan.
Tujuan pencerapan:
β
Menilai keberkesanan cara pengajaran guru
β
Membantu guru tambah baik teknik mengajar
β
Memastikan PdP (Pengajaran dan Pembelajaran) berjalan dengan baik
β
Berkongsi idea atau kaedah pengajaran yang lebih berkesan
Apa yang biasanya diperhatikan?
π Cara guru mengajar dan menerangkan isi pelajaran
π Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)
π Interaksi dengan murid
π Pengurusan kelas
π Pencapaian objektif pembelajaran
Hari ini, 3 orang guru SRITI AT TAQWA telah menjalani Pencerapan Guru Oleh Pengarah SRITI Negeri. Alhamdulillah berjalan dengan baik. Prestasi yang baik ditunjukkan oleh
Muallimah Intan
Muallimah Farhana
Muallimah Maisarah
14/04/2026
Bayangkan berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apabila seorang bapa bergegas ke sekolah hanya untuk melihat jasad anak perempuannya yang baru berusia 13 tahun kaku di perkarangan surau, dunia seakan-akan terhenti berputar. Itu dugaan maha hebat yang sedang dilalui oleh Mohd Azaudin Abdullah, bapa kepada arwah adik Nur Fatimatul Hawa yang maut dirempuh kenderaan gurunya sendiri di SMK Tanjong Mas.
Dalam saat dada hancur luluh dan emosi sedang memuncak, beliau sempat bertanya di lokasi kejadian siapa yang melanggar anaknya. Apabila guru wanita berusia 57 tahun itu tampil dan mengaku secara berhadapan, reaksi Mohd Azaudin sangat meruntun jiwa. Beliau tidak menengking, tidak memaki hamun, dan tidak bertindak mengikut amarah. Beliau memilih untuk berdiam diri.
Hari ini, bapa cekal ini mengeluarkan satu kenyataan yang mengajar kita semua tentang tahap keimanan yang paling agung. Sebagai bapa, saya maafkan guru berkenaan, selebihnya serah pada polis. Kata-kata ini nampak ringkas, tetapi ia menuntut kekuatan hati yang luar biasa. Untuk melafazkan kemaafan kepada insan yang menjadi asbab kematian darah daging sendiri bukanlah sesuatu yang mampu dilakukan oleh sebarangan orang. Ia adalah cerminan jiwa yang sangat reda dengan ketetapan takdir Ilahi.
Kemaafan yang diluahkan oleh bapa ini tidak bermaksud keadilan dunia diketepikan. Keputusannya menyerahkan kes ini bulat-bulat kepada siasatan polis menunjukkan kematangan seorang ketua keluarga. Beliau meletakkan keadilan pada landasan lunas undang-undang yang betul, tanpa membiarkan hati dan fikirannya dibakar oleh api dendam kesumat. Beliau faham, marah setinggi gunung sekalipun tidak akan mengembalikan senyuman anaknya.
Dalam kedukaan yang tidak bertepi ini, Encik Mohd Azaudin telah mendidik kita semua erti sabar, reda, dan ikhlas yang sebenar. Benarlah, ujian yang paling berat hanya diberikan kepada bahu yang paling kuat. Semoga Allah mengurniakan ketabahan yang tidak putus-putus buat bapa hebat ini dan seluruh ahli keluarganya, serta mengangkat darjat beliau di atas kemaafan luar biasa yang telah diberikan.