11/05/2026
AADK
📞 HOTLINE TELE-HELLO AADK | 24 JAM BEROPERASI, 7 HARI SEMINGGU
Ada masalah berkaitan dadah? Jangan tunggu lagi. AADK sedia membantu anda!
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyediakan pelbagai saluran aduan dan perkhidmatan kaunseling bagi membantu masyarakat yang berdepan isu penagihan atau penyalahgunaan dadah dan bahan.
Hubungi kami melalui Talian Bebas Tol 1-800-22-2235, WhatsApp 019-626 2233, atau buat laporan aduan secara dalam talian melalui portal i-CARI AADK di icari.aadk.gov.my.
Laporan aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh 14 hari oleh pasukan bertugas. Semua maklumat adalah sulit dan dilindungi.
Sama ada anda ingin membuat aduan, mendapatkan khidmat nasihat, atau mendapatkan sokongan kaunseling — AADK sentiasa ada untuk anda.
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
11/05/2026
Guru Bitara, Nadi Negara
Setiap didikan yang disampaikan bukan sekadar ilmu di bilik darjah, tetapi satu amanah besar dalam membentuk insan berakhlak dan berwawasan.
“Guru Bitara, Nadi Negara” menggambarkan peranan guru sebagai pemacu kecemerlangan pendidikan yang menyemai ilmu dan membentuk insan demi masa depan negara.
Jasa dan pengorbanan guru merupakan tunjang utama dalam melestarikan kecemerlangan negara, melahirkan generasi berilmu serta berdaya saing dalam mendepani cabaran global.
Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara, Nadi Negara”
10/05/2026
Dadah Musuh Negara
KERATAN AKHBAR PILIHAN: DADAH FENTANYL YANG DIMASUKKAN DALAM CECAIR PERANTI ROKOK ELEKTRONIK PEMBUNUH SENYAP GENERASI MUDA
Kuala Lumpur, 9 Mei 2026 - Dos dadah Furanyl Fentanyl sekecil butiran pasir sudah cukup untuk menyebabkan nafas penagih terhenti atau mengalami kematian mengejut.
Ternyata dadah sintetik terbaru jenis Fentanyl disifatkan dadah amat mematikan berikutan memiliki kekuatan 50 hingga 100 kali berbanding dadah Morfin.
Kewujudannya disifatkan ancaman kritikal terbaru kepada generasi muda apabila ia semakin agresif digunakan sebagai cecair peranti rokok elektronik atau v**e.
Taktik lebih licik dan membunuh itu menjadi pilihan terbaharu sindiket dadah tempatan berikutan dadah Fentanyl dianggap lebih laris serta memberi kesan serta merta.
Kehadiran bahan maut ini dalam cecair v**e bukan sahaja mempercepatkan ketagihan ke tahap ekstrem, malah berisiko mengubah penghisapnya menjadi ''mayat hidup'' dalam sekelip mata.
Lebih membimbangkan, golongan pelajar dan belia menjadi sasaran utama sindiket ini yang mahu mengaut keuntungan melalui kaedah penagihan paling berbahaya dalam sejarah moden negara.
Ancaman dadah generasi baharu ini dibongkar polis termasuk menerusi operasi Ops v**e dilakukan sejak 13 April lalu sehingga Jumaat lalu.
Melalui operasi OP V**e 1.0 yang dilakukan, polis berjaya memberkas tiga individu termasuk seorang lelaki warga China di Taman Bukit Cheras pada 14 April lalu.
Hasil serbuan itu, polis menemui sembilan botol berwarna putih mengandungi cecair disyaki dadah Fentanyl seberat lebih 16 kilogram bernilai RM 2.5 juta.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
10/05/2026
Happy Mother’s Day!
On this Mother’s Day, let me remind you: Your mother’s prayers have saved you countless times, more than you know.
Sometimes we only see our mother as someone who provides, reminds, corrects, and worries too much.
But behind those worries are prayers we never heard.
Behind her tired eyes are nights she stayed awake thinking about us.
Behind her strength is a woman who also gets tired, but still chooses to love, give, and pray.
So don’t be too hard on your mother.
Remember, it is her first time living life too.
She is also getting older.
Appreciate her while she is still here.
Hug her while you still can.
Say thank you while she can still hear it.
Because one day, you will realize that some of the blessings you survived were covered by your mother’s prayers.
“Her children rise up and call her blessed.” — Proverbs 31:28
Honor your mother, love her gently, and never make her feel like her sacrifices were unseen.
To every mother, thank you for the love we cannot repay and for every prayer that protects us on a daily basis.
Prayer:
Lord, bless our mothers with strength, peace, good health, and a heart that feels loved. Thank You for every prayer they whispered for us, every sacrifice they made, and every love they gave even when they were tired. May we never forget to honor them, appreciate them, and love them while we still can. Amen. 🤍
Prince Umpad
10/05/2026
Selamat Hari Ibu
Celik Istilah Bilangan 7 Tahun 2026
09/05/2026
Syabu yang Merosakkan!
Hidup terlalu berharga untuk dimusnahkan. Pilih untuk hidup sihat tanpa dadah. Sebarkan kesedaran, selamatkan nyawa!
___________________________________________
Lebih baik cegah. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.
07/05/2026
Semoga Berjaya!
Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 22 Mei ini.
Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2553890
Kementerian Pendidikan Tinggi
05/05/2026
Ketum
Aslkm guys...sedikit bingkisan pagi untuk pencinta ketum.
Masalah Dadah atau Ketum hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
05/05/2026
Jangan!
Kalau sayang diri dan orang tersayang, jangan biarkan dadah masuk dalam hidup đź’š
Setiap pilihan yang dibuat hari ini ada kesannya esok untuk diri sendiri dan untuk orang yang kita sayang.
Jangan tunggu sampai terlambat baru menyesal. Pilih untuk jauhkan diri daripada bahan terlarang, cari sokongan jika perlu, dan percayalah bahawa perubahan itu boleh berlaku ✨
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
04/05/2026
V**e Bukan Mainan!
V**e ni nampak macam biasa je...tapi sebenarnya bukan main-main. Sekali cuba, boleh jadi ketagih.
Dalam tu p**a bukan sekadar “asap kosong” tapi ada nikotin & bahan kimia yang boleh rosakkan badan. Paru-paru, otak, jantung..semua boleh kena.
Kalau masih sekolah, memang lagi mudah terjebak. Jangan sebab nak nampak “cool”, kita yang rugi nanti.
------------------------------
Kredit : AADK Daerah Bandar Baharu
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari https://www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.