19/12/2025
19 DISEMBER 2025 | ILP MUAZAM SHAH, PAHANG
Satu lagi Program Latihan & Kemahiran Kerjaya (PLKK) sedang berlangsung di Pahang melibatkan Kursus Perantisan Kimpalan WQT 3G/4G. Program 10 hari ini disertai 30 belia luar bandar terpilih dan dilaksanakan secara percuma dengan peruntukan dari Bahagian Kesejahteraan Rakyat (KR), Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW). Program ini turut menawarkan jaminan kerjaya kepada peserta.
Berminat untuk sertai ? Nantikan kursus-kursus yang sama untuk PLKK tahun 2026.
17/12/2025
16 Disember 2025 | Masjid Tanah, Melaka
Sekitar Lawatan Pemantauan Porgram Latihan & Kemahiran Kerjaya (PLKK) oleh Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) yang diketuai Puan Nor Dalila binti Ibrahim, KPSU Bahagian Kesejahteraan Rakyat (KR) KKDW.
Program ini melibatkan penyertaan 32 peserta termasuk 10 orang belia dari kaum India untuk Kursus Perancah Tahap 1, PLKK dan akan berlangsung sehingga 24 Disember 2025 ini.
15/12/2025
Certified Halal Executive Program (CHEP)
Currently underway at UniKL MICET, the Certified Halal Executive Program (CHEP) is specially organised for students as an initiative to strengthen their knowledge and competency in the halal field.
The program provides comprehensive exposure to the halal system, certification requirements, and the role of Halal Executives in the industry, in line with current market needs.
This program is jointly funded by the Halal Development Corporation (HDC), reflecting a continued commitment to producing competitive graduates who are ready to support the development of the national halal ecosystem.
HDC, represented by Mr. Husaini Rahman, was also present on 13 December to monitor the progress of the program.
Congratulations to all participants, and sincere appreciation to HDC for its strong support in developing future halal talent.
29/11/2025
25-27 NOV 2025 | PUSAT LATIHAN FELDA, CHINI
Program Bina Insan (PBI) - MERCU 2025 Siri 1 telah selesai dilaksanakan dengan penglibatan 180 peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar SPM 2026 dari 6 sekolah sekitar Pekan & Temerloh.
PBI kali ini merupakan inisiatif Bahagian Kemajuan Tanah & Wilayah (TW), Kementerian Kemajuan Desa & WIlayah (KKDW). Turut hadir adalah YB Dato' Mohd Sharim bin Haji Md Zain, Adun Chini yang turut berkongsi pengalaman dan inspirasi kepada peserta.
Terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Pekan, Pejabat Pendidikan Temerloh dan IKBN Pekan atas kerjasama.
06/10/2025
1-2 OKTOBER 2025 | MITC, MELAKA
Sesi IdeaLAB bagi ACE UniKL MICET dan Unit Halal membincangkan beberapa projek dan pendekatan baharu untuk usahawan mikro dan kecil. Turut berlangsung sesi khas bersama Dekan UniKL MICET, Dr Noor Aina Mohd Nazri.
28/09/2025
27 SEPTEMBER 2025 | KUNAK, SABAH
Kami mengalu-alukan lawatan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) , YBhg. Datuk Zahid Ismail bersama pegawai kanan MPC ke tapak Projek Sistem Pertanian Bersepadu Untuk Penanaman Rumpai Laut Mampan di Kunak, Sabah.
Projek Sistem Pertanian Bersepadu Untuk Penanaman Rumpai Laut Mampan dijayakan melalui geran dari Malaysia Productivity Corporation (MPC) bermula Januari lepas sehingga December 2025 ini adalah salah satu projek dilaksanakan oleh UniKL MICET.
21/09/2025
18 SEPTEMBER 2025 | MITEC KUALA LUMPUR
ACE UniKL MICET berkesempatan ke Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2025) yang telah berlangsung di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
MIHAS 2025 merupakan edisi ke-20 yang berlangsung daripada 17 hingga 20 September 2025 ini telah mencipta peluang untuk perniagaan Halal antarabangsa dan pengeksport dengan 2028 gerai pameran daripada 66 buah negara.
Kementerian Kemajuan Desa & wilayah (KKDW) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut terlibat secara langsung dalam acara ini melalui inisiatif-inisiatif keusahawanan dan pensijilan HALAL. UniKL MICET merupakan salah satu pusat latihan bertauliah JAKIM bagi pensijilan HALAL.