Tadika Jaim Tanjung Rimau Dalam

Tadika Jaim Tanjung Rimau Dalam

Share

Selamat datang ke Tadika Jaim Tanjung Rimau Dalam, Melaka 😊

Photos from Tadika Jaim Tanjung Rimau Dalam's post 28/03/2025

Selamat bercuti buat anak2 Tadika Jaim Tg Rimau Dalam ❀️

Minggu ini tema Perayaan. Jadi, murid2 memakai baju kurung & baju melayu.

MasyaAllah, segak2 dan jelita semuanya ❀️

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin dari pihak sekolah Tadika Jaim Tg Rimau Dalam ❀️

Photos from Tadika Jaim Tanjung Rimau Dalam's post 16/01/2025

Alhamdulillah.

Selesai sudah Majlis Graduasi & Jamuan Akhir Tahun sesi 2024.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua anak didik. Semoga Allah melindungi kalian di mana jua kalian berada.

Cikgu2 sentiasa mendoakan kalian agar terus cemerlang di dunia & di akhirat.

Sejuta kemaafan kami hulurkan jika kami guru2 ada mengguris hati kalian. Kalian sentiasa di hati cikgu2 ❀️

Terus terbang tinggi anak-anakku ❀️ terus mendoakan cikgu dalam doa kalian ❀️

Cikgu2 sayang kalian dunia akhirat ❀️

Terima kasih juga kepada ibu bapa yang telah berikan kepercayaan kepada kami. Maaf untuk segala salah silap kami sepanjang sesi persekolahan ini.

Berakhir sudah persekolahan sesi 2024 - 2025. Jumpa untuk sesi 2025 - 2026 p**a ❀️

Photos from Tadika Jaim Tanjung Rimau Dalam's post 31/12/2024

Pada tarikh 31/12/2024 sekolah telah mengadakan sambutan hari lahir bagi bulan julai - disember & juga majlis perpisahan Cikgu Umi Kalsum Binti Kamaruddin Umi Kalsum Kamarudin.

Hari terakhir cikgu umi bertugas sebagai seorang guru di sekolah. Kami dari pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala jasa & pengorbanan yg telah cikgu umi berikan sepanjang bergelar seorang pendidik.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan cikgu umi di akhirat kelak 🀲 Semoga cikgu umi terus bersinar di mana jua cikgu umi berada. Sayu hati ini dengan perpisahan ini. Namun inilah asam garam dalam kehidupan.

Terima kasih juga pada semua ibu bapa yg tidak pernah berkira dalam berkongsi rezeki. Hanya Allah sahaja dapat membalas segala kebaikan kalian 🀲

Photos from Tadika Jaim Tanjung Rimau Dalam's post 14/09/2024

GOTONG ROYONG TADIKA JAIM BERSAMA IBU BAPA DAN KOMUNITI PENDUDUK KG TG RIMAU DALAM

Hari : Sabtu
Tarikh : 14/9/2024

Alhamdulillah selesai sudah aktiviti gotong royong bersama ibu bapa & komuniti penduduk kampung.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada hari ini πŸ™‚

Terima kasih kerana menjayakan aktiviti ini & bersama2 menceriakan sekolah dengan hasil seni yang dicurahkan 😊

Umi Kalsum Kamarudin

Photos from Tadika Jaim Tanjung Rimau Dalam's post 21/08/2024

Lawatan ke Balai Bomba Tampin.

Alhamdulillah, tahun ini sekolah membuat lawatan ke Balai Bomba Tampin. Seronok anak2 dapat menimba ilmu di sana πŸ™‚

Semoga anak2 dapat memberikan manfaat kepada masyarakat πŸ™‚

Photos from Tadika Jaim Tanjung Rimau Dalam's post 30/07/2024

Aktiviti tema mingguan, Air.

Sempena tema air pada minggu ini, kita membuat aktiviti di luar kelas.

Alhamdulillah seronok murid - murid dapat bermandi manda ❀️

Pihak sekolah menyewa soopa doopa sempena tema mingguan, air.

Photos from Tadika Jaim Tanjung Rimau Dalam's post 19/07/2024

Alhamdulillah, selesai sudah sambutan hari lahir untuk bulan january - jun.

Alhamdulillah, majlis sambutan hari lahir berjalan dengan lancar 🀲 Hari ini juga, kami mengumumkan pemenang mewarna sempena sambutan awal muharam & bento makanan sempena tema mingguan, makanan 😊

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa & murid -murid 😊

18/07/2024

Tadika Jaim Tg Rimau Dalam

Photos from Tadika Jaim Tanjung Rimau Dalam's post 18/07/2024

Tema Mingguan : Makanan.

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang menjayakan aktiviti bento makanan.

MasyaAllah, kreatif2 ibu ayah semua 😍 Terima kasih sudi meluangkan masa dalam menyiapkan bento makanan buat anak - anak πŸ™‚

Cantik sangat semuanya 😍❀️ Alhamdulillah πŸ€²πŸ™‚

Photos from Tadika Jaim Tanjung Rimau Dalam's post 17/07/2024

Tema mingguan, Makanan.

Alhamdulillah, kami guru2 dan murid2 telah berjaya menghasilkan kuih puteri mandi πŸ˜πŸ˜‰

Alhamdulillah, murid2 memberikan kerjasama yang sangat baik. Sempena tema mingguan makanan, kami memilih untuk membuat kuih puteri mandi.

Tidak sangka, berbakat murid2 ni menjadi chef 😁 mereka juga berselera dengan hasil makanan dari air tangan mereka ❀️ selera sehingga bertambah2 πŸ˜‹

Alhamdulillah 😁

Photos from Tadika Jaim Tanjung Rimau Dalam's post 17/07/2024

Tema Mingguan , Minuman.

Murid2 melakukan aktiviti bersama guru.

Antara aktiviti yang dilakukan, membuat air koktail buah ❀️ Alhamdulillah, air koktail buah ini merupakan air kegemaran murid2 Tadika Jaim Tg Rimau Dalam.

Terima kasih murid2 yang sangat rajin membantu cikgu dalam menyediakan air koktail buah ❀️😍

Photos from Tadika Jaim Tanjung Rimau Dalam's post 17/07/2024

Rasulullah ο·Ί bersabda yang bermaksud,

β€œOrang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Memiliki tubuh badan yang sihat merupakan salah satu daripada 10 keperibadian (muwasofat) seorang muslim. Mari kita berusaha menjaga kesihatan tubuh badan, salah satunya dengan bersenam πŸ™‚

Anak2 Tadika Jaim Tg Rimau Dalam melakukan aktiviti riadah di pagi hari ❀️

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Gajah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Alor Gajah

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
Wednesday 08:00 - 13:00
Thursday 08:00 - 13:00
Friday 08:00 - 13:00