30/04/2026
โโ *JOM BELAJAR & TINGKATKAN ILMU ANDA* โโ
UCAM menjemput anda untuk menyertai :
๐ *KURSUS PEMBUATAN PELET MAKANAN TERNAKAN*
๐
Tarikh : *18 MEI 2026 (ISNIN)*
๐ Masa : *8.00 pagi โ 4.30 petang*
๐ Tempat : *Kolej Universiti Agrosains Malaysia*
๐ต Yuran : *RM 100 SAHAJA! (Sijil disediakan)*
๐ฏ *Fokus Kursus :*
โ
Memberi pengetahuan asas tentang formulasi dan komposisi nutrien dalam penghasilan pelet makanan ternakan
โ
Melatih peserta dalam kemahiran teknikal pembuatan pelet menggunakan peralatan dan mesin pemprosesan makanan ternakan
โ
Membangunkan keupayaan peserta untuk menghasilkan produk makanan ternakan berkualiti dan berdaya saing secara komersial
๐จ๐ปโ๐ซ *Tenaga Pengajar :*
๐ฑ Pensyarah, Fakulti Agrosains :
*Encik Muhammad Farid bin Abdul Hakim Lim*
๐ฃ Tempat terhad! Jom rebut peluang ini untuk menimba ilmu dalam kursus kali ini!
๐ *Daftar sekarang di pautan ini:
๐ https://forms.gle/XXgdke15f9EHcH1M8
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
*012-6267025 (Hidayati)*
18/04/2026
๐ญ๐ฏ-๐ญ๐ฒ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐: ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฉ๐๐ฆ๐ง๐๐ก๐ ๐ฆ๐ฃ๐๐๐๐๐๐๐ฆ๐ง ๐๐ ๐๐๐ก๐ง๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐๐ข๐ก๐ ๐๐ฆ๐ง๐๐ง๐, ๐๐๐ก๐๐๐๐ง๐๐ก๐๐๐ก, ๐ฆ๐๐๐๐
Satu lawatan kerja telah diadakan ke Genting Sekong Estate, Kinabatangan bagi meninjau pelaksanaan Program Harvesting Specialist. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara pihak industri dan institusi dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi sektor perladangan.
Melalui program ini, fokus utama diberikan kepada pemantapan teknik tuaian serta pendedahan kepada amalan terbaik industri bagi memastikan produktiviti dan kualiti hasil berada pada tahap optimum. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Genting Sekong Estate atas kesudian menerima kunjungan delegasi Kolej Universiti Agrosains Malaysia - UCAM dan berkongsi kepakaran.
Semoga usaha ini terus memacu transformasi dalam modal insan sektor agrosains negara.
08/04/2026
08 April 2026 | Fakulti Agrosains
Selamat Hari Raya daripada Fakulti Agrosains ๐
Sambutan sederhana, penuh makna, eratkan silaturahim sesama warga.
03/04/2026
MASIH BLUR LEPAS SPM? ๐ค
Result dah keluarโฆ tapi masih tak tahu nak buat apa?
Relax, kalian tak kesorangan.
๐ 3 pilihan utama:
๐ผ Kerja โ cepat duit, dapat pengalaman
๐ Belajar โ peluang luas, gaji tinggi
๐ ๏ธ TVET โ skill praktikal, cepat kerja
โ Nak cepat duit atau bina masa depan?
๐ Pilih ikut minat, bukan ikut orang.
_________________________________
๐ JANGAN TUNGGU LAGI
Daftar pengajian sekarang di UCAM!
โ๏ธ Insentif RM500
โ๏ธ Elaun hingga RM450/bulan
โ๏ธ Peluang biasiswa
๐ Ambil tindakan hari ini!
โ๏ธKlik link di website rasmi UCAM :https://ucam.edu.my/
โ๏ธKlik link Pendaftaran untuk terus sambung pengajian di UCAM di https://smp.ucam.edu.my/
03/04/2026
1 April 2026 | Lendu, Melaka
Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Agartech Ventures Sdn Bhd, Alor Gajah atas kesudian menerima kunjungan hormat dan lawatan tapak daripada delegasi UCAM.
Terletak di Lendu, Alor Gajah, ladang milik Agartech Ventures ini kini mempunyai lebih 500,000 anak pokok dan 200,000 benih gaharu setakat Januari 2026. Pencapaian ini menjadikan ia antara pusat pembiakan gaharu paling besar dan tersusun di negara ini.
Syarikat milik Bumiputera ini turut berdaftar di bawah Lembaga Perkayuan Malaysia (MTIB) serta menjalinkan kerjasama strategik dengan University College of Agroscience Malaysia (UCAM) bagi memastikan pembangunan teknologi, penyelidikan dan kualiti tanaman berada pada tahap terbaik.
Apa yang lebih menarik, ladang ini menawarkan spesies gaharu terkini yang tidak memerlukan suntikan inokulasi serta tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Ini menjadikan tanaman gaharu lebih mesra pekebun, menjimatkan kos, dan sesuai dijadikan pilihan sebagai tanaman komersial jangka panjang.
"Integrasi agroteknologi moden dalam industri gaharu kini menjadi kunci kepada penghasilan resin berkualiti tinggi, sekali gus menjamin kelestarian bekalan bagi pasaran dunia"
26/03/2026
Infografik ini menerangkan cara menghasilkan baja organik cecair yang dikenali sebagai Fish Amino Acid (FAA) atau peraman ikan melalui proses fermentasi.
Kaedah ini melibatkan penggunaan ikan dan gula merah dengan nisbah yang sama bagi menghasilkan sediaan yang kaya dengan nutrisi serta asid amino.
Bahan-bahan tersebut perlu disusun secara berlapis di dalam bekas plastik sebelum diperam selama satu bulan dalam keadaan tertutup.
Penggunaan baja ini sangat bermanfaat untuk merangsang pertumbuhan tanaman dan meningkatkan kualiti kesuburan tanah secara semulajadi.
Selain menjimatkan kos, amalan ini menyokong pertanian lestari dengan mengitar semula sisa bahan mentah menjadi produk yang berguna.
24/03/2026
Tak tahu nak sambung belajar di mana?
๐ ๐๐๐ ๐๐ฆ๐จ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐จ๐๐๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐๐ฃ๐ฅ๐๐ & ๐ ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐๐จ๐๐.
Masih mencari tempat pengajian yang fokus praktikal & masa depan kerjaya?
Di UCAM, anda belajar bersama kurikulum industri, pensyarah berpengalaman & persekitaran pembelajaran kondusif.
โ๏ธ Insentif one-off RM500
โ๏ธ Elaun sara hidup sehingga RM450/bulan
โ๏ธ Biasiswa untuk pelajar layak
*๐๐๐ข๐ช๐ ๐ผ๐๐๐ก๐๐ ๐ฉ๐๐ง๐ฉ๐๐ ๐ก๐ช๐ ๐๐๐ง๐ข๐ ๐๐๐ฃ ๐๐ฎ๐๐ง๐๐ฉ.
๐ Ketahui lebih lanjut di https://ucam.edu.my/
23/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
ikhlas daripada Fakulti Agrosains ๐